
Namanya pernah viral selepas kemunculan dalam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) sebagai pembawa trofi menarik perhatian penonton. Malah, Remaja juga pernah menemu bual anak muda yang berusia 19 tahun ini, Jabir Meftah.
Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, Jabir turut mengambil kesempatan untuk datang ke sesi uji bakat Hero Remaja 2020.
"Jabir masuk Hero Remaja sebab Jabir nak jadikan semua orang yang pada hari ini seorang juara. Macam mana Jabir nak buat? Kena tunggu.. Hehe!
"Jabir nak buat satu perubahan yang orang selalunya jadikan sebagai satu standard dalam pertandingan. Beauty and brain. Jabir nak bawa pendekatan ketiga iaitu budi bahasa. Semua orang ada beauty dan brain tapi tak semua memiliki budi bahasa,"

"Selain itu, Jabir juga ada misi untuk mengajak anak muda bersama-sama menggiatkan kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, kalau kita lihat 50 tahun lepas dan hari ini, boleh dikatakan hampir 50 peratus pokok-pokok telah pun ditebang. Jadi, tahun depan Jabir mempunyai misi untuk menanam 1 juta pokok dan saya perlukan sokongan anak muda untuk menjayakan matlamat ini," jelas Jabir.
Good luck kami ucapkan buat Jabir dan semua peserta uji bakat yang hadir hari ini. Untuk korang yang masih ingin mencuba nasib dalam Hero Remaja 2020, jangan lupa datang esok di hari terakhir uji bakat.
Pendaftaran bermula jam 9 pagi sehingga jam 4 petang di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam.
See you guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meerqeen Tumpah Air Mata Setelah Tamat Drama Angkara Cinta

Drama rantaian popular di saluran Astro Prima iaitu Angkara Cinta telahpun melabuhkan tirainya pada minggu lalu dan memberi laluan kepada sebuah drama adaptasi berjudul Hati Yang Dikhianati yang menemui penonton hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Bintangi Drama Adaptasi MISTRES HERMANAS, Mengapa Arena Wan Beremosi Pula? – REMAJA
Begitupun, Angkara Cinta masih segar di minda penonton yang setia menanti di hadapan kaca televisyen setiap jam 6 petang demi mengikuti drama 115 episod itu.
Salah satu faktor utama yang menarik begitu banyak tontonan setiap kali ditayangkan terletak pada gandingan dua orang pelakon terajunya iaitu Hun Haqeem dan Meerqeen.
Meerqeen sewaktu ditemui REMAJA hari ini mengaku chemistry di antara mereka berdua semakin kuat hingga ke penggambaran babak terakhir.
“Meerqeen banyak belajar dari episod satu hingga terakhir. Banyak sangat perasaan yang ada semasa penggambaran tamat, sedih dan gembira itu bercampur-aduk.
“Meerqeen dan Hun (Haqeem) sendiri pun dah menjadi sahabat yang saling memahami perangai masing-masing. Kami lebih seperti ‘brothers’.
“Sebagai pendatang baharu, banyak kata-kata semangat, tip do’s & don’ts yang Hun berikan kepada Meerqeen; melebihi soal lakonan dalam set pengggambaran sahaja.
“Jadi bila kita dah selalu berborak tentang Angkara Cinta di set, tentulah kami sayangkan drama rantaian ini hingga air mata kami tertumpah selepas drama tersebut tamat secara rasmi,” kongsi pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 itu.
Bercakap mengenai chemistry, ramai juga peminat Meerqeen yang memberikan ‘tanda restu’ sekiranya dia benar-benar bersama dengan pasangannya dalam Angkara Cinta iaitu pelakon, Yuna Rahim.
But we are sorry to break this to you, that may not happen at all.
“Realitinya, hubungan Meerqeen dan Yuna di luar set amat berbeza daripada di dalam set Angkara Cinta. Kami ini individu yang ‘gila-gila’ di luar set, kami sudah seperti kakak dan adik.
“Apapun, kepada peminat drama Angkara Cinta yang telah memberi sokongan dari awal hinggalah ke episod 115 minggu lepas, terima kasih banyak-banyak. Andalah pemberi motivasi kepada team Angkara Cinta untuk teruskan momentum.
“Tanpa penonton, karya ini tidak akan menjadi sebutan dan trending seperti sekarang,” tambahnya.
Enggan Masuk Campur
Biarpun drama Angkara Cinta diminati ramai, ia tidak terlepas daripada dipalit kontroversi.
Ia berikutan pendedahan insiden fosil berusia jutaan tahun yang dirosakkan di Gua Matsoorat, Ipoh. Gua tersebut yang merupakan salah satu lokasi penggambaran juga menjadi ‘mangsa’ kepada kesan contengan grafiti pada dinding gua dan menyebabkan kemarahan warganet.
Biarpun isu tersebut hangat diperkatakan, sebagai salah seorang pelakonnya, Meerqeen lebih selesa mengambil langkah untuk tidak masuk campur terhadap siasatan yang dilakukan.
“Meerqeen percaya (pelakon Angkara Cinta) juga enggan masuk campur dengan kontroversi tersebut demi mengelakkan sebarang vibe negatif yang boleh menggangu konsentrasi kami sewaktu masih menjalani penggambaran.
“Jadi, kami serahkan saja isu tersebut kepada pihak pengurusan dan kru untuk kendalikannya,” simpulnya. Tak sabar nak tunggu naskah seterusnya daripada pelakon berusia 19 tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hero Jadikan Episod 6 Sebagai Pengajaran, Peluang Kedua Tidak Selalu Datang

“It is one thing to be confident, but it can also lead to arrogance..” – Dato’ Hans Isaac
Baru sebentar tadi, siaran ulangan episod keenam Hero Remaja 2020 telahpun disiarkan menerusi saluran Astro Ria & Ria HD.
Seperti yang telah korang tonton, Hariz Hamdan menjadi finalis kelima yang disingkirkan daripada pencarian.

Walaupun Hariz baru saja diserap masuk pada episod ini setelah memenangi cabaran mini, Hariz terpaksa akur 7 finalis lain menunjukkan prestasi yang lebih menyakinkan pada cabaran kedua.
Bak kata juri jemputan minggu ini iaitu pereka fesyen, Rizman Nordin, peluang kedua tidak selalu datang.
“Disebabkan itulah, mereka perlu ingat bahawa Hero Remaja is a real deal. Mereka kena berikan 110% semasa melakukan apa-apa cabaran,” katanya.

Bukan Hariz saja yang mendapat teguran pada sesi penyingkiran episod 6. Beberapa lagi finalis lain juga diingatkan dengan beberapa komen juri.
Jom tengok apa yang diperkatakan oleh Dato’ Hans Isaac, Scha Alyahya dan Rizman dari Rizman Ruzaini.
UMAR

Hans: Saya rasakan statement awak yang memilih Aniq disebabkan awak tak ingin ahli kumpulan yang terlalu kuat atau terlalu lemah itu seperti salah.
Bila kita bekerja sebagai satu kumpulan, we need to push each other. Semua orang memainkan peranan masing-masing. It is one thing to be confident Umar, but it can also lead to arrogance. Kena hati-hati.
NADHIR

Scha: Seharusnya episod ini adalah ‘makanan’ awak kerana ia melibatkan photoshoot & go-see challenge. Apa yang saya lihat adalah awak sedikit selesa dan tidak push the boundary.
Seperti yang awak cakap tadi, awak memilih Jabir & Meerqeen sebagai pesaing terdekat. Dengan prestasi ‘selesa’ ini, tak mustahil mereka boleh memintas awak.
MEERQEEN

Rizman: Tiada istilah penat semasa bertanding. Jika Meerqeen cakap penat di cabaran mini di Pulau Pinang, kru di sekeliling lebih berganda penat mereka. So you need to bring your game every single time.
Apapun, saya dapat rasakan Meerqeen ada potensi besar untuk menjadi bintang. Cara lakonan awak okay, umur pun masih muda.
JABIR

Hans: Seperti yang saya pernah cakap, awak masih kelihatan seperti terlalu mencuba. You are trying a little bit too hard to shine. Ia membuatkan awak nampak kekok sebenarnya sebagai seorang Hero Remaja.
Fokus tetap fokus pada pertandingan. Tetapi perlu ada aura yang sedikit relaks. You need to enjoy being in this competition.
IMRAN

Rizman: Prestasi Imran pada minggu ini tidaklah terlalu hebat ataupun teruk. Cuma satu perkara yang saya suka adalah awak mencuba.
Awak tahu ketinggian bukanlah faktor bonus untuk awak berbanding finalis lain. Tetapi disebabkan awak mencuba, you appear as tall as the rest. Lagipun pasaran fesyen antarabangsa sukakan imej fresh seperti Imran.
HAZIQ

Hans: Awak ada rupa lelaki Melayu yang kita kurang ada dalam pasaran sekarang. Sebagai seorang model pun, saya rasakan awak seprang yang versatil dan finalis lain perlu berjaga-jaga dengan Haziq.
Cuma awak kena belajar lebih mengenai trik-trik di hadapan kamera. Seorang selebriti perlu tahu menangkap perhatian kamera.
ANIQ

Scha: Saya sedikit kecewa minggu ini kerana ekspresi Aniq kelihatan kosong dalam setiap gambar. I was one of those rooting for you from one episode to the next, but this week it is a little bit shaky for you.
Tak kira apa yang berlaku dalam Hero Remaja, saya harap Aniq akan gunakan platform Hero Remaja untuk lebih menonjol di luar sana kerana in the end, awak perlu bergerak solo sebagai seorang selebriti. Jangan bazirkan peluang.
Apabila awak malu semasa menghadiri casting contohnya di Aysian Management, orang di sekeliling boleh rasakan yang awak sedang gementar.
HARIZ

Scha: Seperti yang Rizman cakap, tak semestinya apabila kita bagus dalam 1 task dan kemudian diserap semula, kita akan terus bagus dalam task yang lain.
Ini adalah adat pertandingan. Jika tidak lakukan yang terbaik setiap masa, finalis lain yang akan lebih menonjol.
*
Setelah penilaian juri pada minggu ini, Imran dipilih sebagai pemenang cabaran maxi.
Sementara itu, Aniq dan Hariz perlu akur berada di kedudukan bottom 2. Nasib tidak menyebelahi Hariz yang baru saja bercita-cita untuk mara lebih jauh dalam Hero Remaja 2020.
“Hariz sebenarnya boleh jangkakan juga akan tersingkir setelah mendengar kritikan juri. Satu pengajaran yang Hariz dapat pada kali ini adalah jangan rasa terlalu selesa dengan gelaran ‘finalis diserap masuk’.
“Tak mengapa, Hariz akan ingat untuk selalu lakukan yang terbaik dalam apa-apa juga kerja ataupun tugasan selepas tamat Hero Remaja,” komen peserta berusia 18 tahun ini.
*
Jadi, korang dah bersedia dengan episod separuh akhir, Khamis (9 April) ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak Kisah Raya Sekejap. Usai Dilantik Duta YSL, Meerqeen ‘Terbang’ Ke NYC Pula Bagi Tiffany & Co

Perkataan lelah tiada dalam kamus kehidupan pelakon dan jurucakap jenama, Meerqeen.
Demi memenuhi tuntutan tugas di luar negara, jejaka berusia 21 tahun ini terpaksa memendekkan cuti perayaan Aidilfitri-nya sehingga hari Isnin sebelum dirinya ‘terbang’ ke kota metropolitan New York bagi menyertai acara pelancaran butik Tiffany And Co baharu di lokasi berprestij, 727 Fifth Avenue.
Man, im so proud of myself.
— Meerqeen (@meltqeen) April 26, 2023
Di antara selebriti Malaysia yang turut berada di sana termasuklah Zahirah Macwilson dan Jane Chuck.
Selain itu, beberapa nama antarabangsa lain yang juga memeriahkan acara pelancaran tersebut ialah pelakon sensasi Thailand, Win Metawin; Henry Lau, Anne Curtis dan duta jenama Tiffany And Co., Gal Gadot.

Terdahulu, Meerqeen juga baru dilantik sebagai duta jenama warga Malaysia pertama untuk Foundation & Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty Malaysia.
Sebagai seorang yang menjangkaui batasan dan bebas dalam menentukan hala tuju kehidupannya, Meerqeen mempunyai kriteria yang sepadan dengan jenama seperti YSL Beauty dalam mengetengahkan aspirasi tidak konvensional dan berkarakter dalam apa jua yang dilakukan.

“Saya tidak merasa sebarang tekanan. Saya tahu apa yang saya buat. Saya suka apa yang saya sedang buat. Jadi saya tidak tertekan pun dengan jadual yang silih berganti antara dunia lakonan dan tugas sebagai duta jenama produk. I love my job so much dan saya ‘layan’ sahaja perjalanan ini.
“Sebelum saya menjadi figura am, saya sudah meletakkan goals yang tinggi untuk saya kecapi dalam industri seni hiburan ini.”
“Saya pernah mengimpikan peluang bekerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa sejak di bangku sekolah lagi. Apabila impian itu kini bertukar realiti, tak kan saya nak rasa tertekan. Saya lihatnya sebagai kerja harian saya and I’m loving every second of it,” ulasnya sewaktu ditemui REMAJA baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’ – REMAJA
Jom klik paparan Remaja BFF Tag di bawah bagi mengetahui siapakah celebrity crush Meerqeen dan Hun Haqeem!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

