Hiking merupakan antara salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran golongan remaja untuk mengisi masa lapang mereka. Biasanya, waktu cuti hujung minggu diambil untuk melakukan aktiviti riadah ini.
Namun begitu, diingatkan untuk korang lebih berhati-hati kerana semalam seorang warga emas maut disengat tebuah tanah ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Bukit Ayer, Kangar. Mangsa yang dibawa rakannya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dengan menaiki kereta disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital pada jam 6.45 petang.
Gambar hiasan
Seramai empat pendaki termasuk mangsa dan isterinya diserang tebuan tanah sehingga mereka mengalami bengkak di anggota badan sebelum mangsa pengsan.
Difahamkan, mangsa disengat oleh ratusan tebuan tanah. Pergh, orang kata kalau disengat seekor tebuan tanah pun dah boleh gelap dunia, bayangkan jika ratusan tebuan yang menyerang.
Rentetan daripada berita ini, ramai juga yang berkongsi kisah ngeri mereka yang pernah disengat tebuan tanah. Jadikan kisah mereka sebagai teladan untuk lebih berhati-hati dengan serangga ini.
Ads
Ads
Ads
Fuh, baca pun dah ngeri!
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa dan untuk korang yang suka hiking atau masuk hutan, sentiasa berhati-hati serta bersedia dengan alatan pelindung diri.
Tampil dalam persalinan kuning menyala di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan mengumumkan Datin Seri Rosmah Mansor bersalah meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion sebentar tadi.
Isteri mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak itu dan pasukan pembelaannya tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua tiga tuduhan itu.
Setelah keputusan tersebut dibacakan, peguam Jagjit Singh tampil memberikan responnya dengan berkata, “Beliau merupakan isteri setia kepada bekas Perdana Menteri dan ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan sesuatu kesalahan dalam apa jua bentuk. Beliau mempunyai karakter yang tidak tergugat.”
Jagjit juga menambah bahawa Rosmah merupakan mangsa keadaan dan turut merujuk kepada usaha-usaha yang pernah dilakukan olehnya bagi membantu kanak-kanak termasuklah mengasaskan program PERMATA di mana beliau merupakan penaungnya.
Lapor rakan media yang berada di sana, Rosmah tidak menunjukkan sebarang reaksi drastik apabila mendengar keputusan tersebut disebabkan wajahnya yang dilindungi pelitup muka.
Setelah Jagjid mengumumkan bahawa Rosmah sendiri ingin menambah poin-poin lain, dalam nada sedikit sebak beliau berkata, “Saya tidak lagi mahu katakan apa-apa. Saya hormati keputusan anda untuk kesimpulan yang dilakukan atau dari mana ia hadir.
“Tetapi saya ingin katakan bahawa saya mahu meninggalkan kamar mahkamah ini dengan ingatan yang baik mengenai keperluan sesebuah badan kehakiman.
“Saya pernah menjadi First Lady (gelaran kepada isteri seorang Perdana Menteri) dan syaa menyumbang kepada program PERMATA. Saya berminat terhadap PERMATA kerana saya mengambil berat tentang negara. Tugas saya adalah untuk meningkatkan taraf kanak-kanak dan wanita. Tidak pernah terlintas untuk mengambil wang. Saya sedih bila mendengar (dakwaan) saya meminta wang ini. Jika saya nak minta, saya sudah lakukannya dari sumber lain.
“Saya merayu kepada anda. (Keputusan ini) berlaku kepada saya sekarang, ia boleh berlaku kepada anda semua, kepada anak-anak dan cucu-cucu anda.
“Yang Arif, sebagai seorang wanita yang mengambil tugas seorang lelaki dalam mahkamah ini. Lihatlah saya sebagai wanita, berilah belas kasihan dan berperikemanusiaanlah,” katanya.
Rosmah didakwa meminta dan menerima suapan daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holding iaitu Saidi Abang Samsudin.
Rasuah itu diterima melalui bekas pegawai khas suaminya Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada 2 Disember lalu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dipilih sebagai Menteri Belia dan Sukan di bawah Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia sekaligus merupakan kali kedua seorang wanita memegang jawatan tersebut.
Kelmarin, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim ‘ turun padang’ hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mendengar taklimat daripada agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Sesi taklimat itu juga melibatkan Perbadanan Stadium Malaysia dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Menteri dan Timbalan Menteri itu turut berkesempatan melihat sendiri secara dekat keadaan padang di stadium berkenaan.
Tidak kering gusi melihat gelagat pengguna Twitter, foto beliau bersama Adam Adli disaat mengadakan lawatan berkenaan telah disunting dengan pelbagai latar belakang lucu oleh warganet.
Dalam pada itu, respons positif oleh Menteri KBS terhadap kesemua gambar yang disunting oleh pengguan Twitter mencuri perhatian ramai.
“Belia Malaysia ini sangat kreatif buat memes gambar saya dan @AdamAdli melawat Stadium Nasional Bukit Jalil meneliti keadaan padang di sana. Tak apa, kami sporting. Kreativiti luar biasa.
“Latar belakang gambar Cristiano Ronaldo, Stephen Chow, Michael Jackson dan belalang pun ada,” ciap menteri wanita tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur disamping memuji sikap Menteri KBS yang bersahaja serta positif menghadapi ragam pengguna Twitter. Kini, ciapan tersebut telah menerima 2,293 jumlah suka, 532 ulang ciap dan 43 komen pengguna laman media sosial berkenaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Saat-saat mendebarkan terjadi apabila satu rakaman telah dimuatnaik oleh pengguna Twitter menunjukkan enjin sebuah kapal terbang sedang terbakar ketika masih berada di udara. Pengguna tersebut merupakan anak kepada salah seorang penumpang di dalam penerbangan terbabit.
Walaupun berlaku insiden yang tidak diingini, kesemua 231 penumpang dan 10 kru berjaya mendarat dengan selamat biarpun satu enjin sudah terbakar teruk. Pesawat United 328 tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Denver menuju ke Hawaii namun berpatah kembali apabila kebakaran terjadi.
Serpihan enjin tersebut telah jatuh berdekatan kawasan perumahan dan hampir terkena rumah salah seorang penduduk selain banyak lagi serpihan bertebaran di kawasan jalanraya dan juga padang.
Menurut laporan Metro Uk, Tyler Thal yang tinggal dikawasan berdekatan memberi tahu The Associated Press yang dia sedang bersiar-siar bersama keluarganya sebelum dia menyedari sebuah kapal terbang terbang dalam keadaan yang rendah dari kebiasaan. Ketika itu di menyaksikan enjin kapal terbang tersebut meletup dan serpihan mula jatuh ke tanah.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.