Lelaki Ini Kongsi Langkah-Langkah Untuk Buat Aduan Jika Bil Elektrik Terlalu Tinggi

Share

Masalah pembayaran bil elektrik yang naik mendadak masih lagi heboh diperkatakan di media sosial. Ramai yang seperti tidak berpuas hati dengan bil yang diterima oleh mereka.

Oleh yang demikian, seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai Mistas Arif telah pun berkongsi info tentang langkah-langkah yang korang boleh buat sekiranya dirasakan bil melambung terlalu tinggi.

Arif juga meminta agar thread yang dibuat olehnya ini dipanjangkan kerana kasihan pada individu yang perlu membayar bil yang tinggi di zaman ramai yang menghadapi masalah kewangan ini.

Berikut merupakan antara langkah-langkah yang korang boleh buat:

1. Ambil gambar atau scan bil semasa PKP dan sebelum PKP (1 bulan)

2. Emailkan ke tnbcareline@tnb.com.my

3. Mohon semakan kes dan bacaan semula meter kerana bila ada yang buat bil sebenar ia jadi sangat rendah

Sebelum

Selepas

Semoga dengan sedikit informasi yang dikongsi ini dapat membantu menyelesaikan masalah bil elektrik korang yang terlalu tinggi. Jangan call careline

sebab susah nak diangkat atau dilayan tanpa bahan bukti. Lain kes mungkin lain responnya, tapi tak salah kalau kita cuba cara aduan secara email ini dulu kan?

Sumber: Mistas Arif

IKLAN