
Pada zaman sekarang, apa-apa pun boleh bertukar viral dalam sekelip mata termasuklah parodi pakaian selebriti Hollywood.
Remaja Itali bernama Emanuele Ferrari ini cuba untuk meniru cara pemakaian selebriti terkenal dengan menggunakan bahan yang ada di rumah saja.
Emanuele sememangnya sudah pakar dalam bab meniru ini sejak tahun 2014 lagi sehinggalah jumlah followers-nya di Instagram mencecah sehingga 725,000 orang. Antara pakaian yang menjadi bahan usikannya adalah pakaian – hhm – unik dan sedikit pelik. Tengok 8 jenis parodi yang buatkan kami semua tergelak!
Fascinator Meghan Markle vs. kon aiskrim

Gaya pelik jambang Zac Efron vs. roti bakar

Cover majalah Vogue Kendall Jenner vs ayam jantan dan sarung tangan getah

Kostum Met Gala Rihanna vs. cawan plastik

Trofi Teen’s Choice Award Chiarra Ferragni vs. papan gosok baju

Kostum kepala Madonna di Met Gala vs. biskut & – wait – jala ikan?

Fascinator & jaket Kate Middleton vs. kek London Roll

Okay ni paling kelakar. Kostum kepala Cardi B di Met Gala vs. kerepek kacang dhal dan pengorek telinga!

Seriuslah, dia ada masa nak lakukan semua parodi ini? Apapun, Emanuele memang kreatif.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Bukan Nama Badang Atau Superman,” DS Ismail Sabri Jelas Kenapa Wajib Patuh SOP Ini!

Bermula 4 Mei 2020 yang lalu, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Untuk premis perniagaan yang ingin beroperasi semula, beberapa SOP dan langkah mudah perlu dipatuhi.

Salah satunya ialah pelangan perlu mencatat nama dan nombor telefon serta tarikh dan masa mereka datang ke premis berkenaan . Ini penting kerana jika ada kes positif COVID 19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelanggan-pelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.
Namun, baru-baru ini Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana pihaknya dimaklumkan terdapat pengunjung yang meletakkan nama samaran dan nombor telefon palsu menyebabkan mereka tidak boleh dihubungi jika berlakunya kecemasan kes COVID-19.

Menurutnya, mereka menulis pelbagai nama bahkan ada yang meletakkan nama Badang, Superman dan Batman.
Tegas Ismail Sabri, tindakan itu bakal mendatangkan kesukaran kepada pemilik premis untuk menghubungi pelanggan sekiranya kes positif COVID-19 dikesan di premis tersebut.
“Kita dah putuskan bahawa hanya perlu nama dan nombor telefon kerana tujuan jika berlaku apa-apa, katakan ada positif COVID-19, kita boleh hubungi mereka yang meninggalkan nombor telefon dan yang datang ke premis tersebut.
“Tapi saya difahamkan ramai orang tak beri nama yang betul, tak beri nombor telefon betul. Dia tulis sendiri, ada tulis nama dia badang, superman, batman, macam-macam. Jadi kalau jadi apa-apa, tak boleh nak hubungi dia.

“Sebab itu ada sesetengah premis mungkin meminta nama kad pengenalan supaya nama sebenar boleh diketahui. Jadi saya harap pengunjung premis perniagaan tulis nama dan nombor telefon sebenar,” katanya dalam sidang media.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masih terdapat organisasi dan syarikat termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang meminta nombor kad pengenalan semasa mendaftar masuk ke premis mereka semasa PKPB.
Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, kemungkinan premis meminta nama pada kad pengenalan supaya nama sebenar boleh diketahui.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan bahawa pengunjung premis perniagaan hanya perlu meletakkan nama dan nombor telefon bagi memudahkan proses pengesanan kontak jika ada kes positif COVID-19 direkodkan di situ.
Ish, memainkan dorang ni, nanti dah terkena baru nak menyesal.
Sumber: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Obses Dengan Snek Makanan Jepun “Takoyaki”. Ini Resepinya!

Tak perlu guna acuan pun boleh buat. Simple & lazat!

Takoyaki iaitu sejenis snek jalanan Jepun, memang digemari oleh rakyat Malaysia terutamanya para remaja kerana rasanya yang seakan sama seperti cucur atau cekodok.
Takoyaki merupakan snek yang berasal dari Korea Selatan Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong Kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura iaitu tenkasu, jeruk halia dan daun bawang.

Kalau korang nak tahu, Takoyaki diispirasikan daripada Akashiyaki, sejenis pau bulat kecil dari bandar raya Akashi di Wilayah Hyogo yang diperbuat daripada tepung sadur dengan telur yang banyak dan sotong Kurita.
Tetapi jangan tak percaya , resepi ini juga boleh dihasilkan seperti cucur yang hanya memerlukan 4 bahan asas sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengubah suai inti takoyaki ini mengikut cita rasa korang.

Untuk resepi takoyaki mudah dan sedap ini, ikuti perkongsian pengguna Twitter Resepi Makanan Malaysia telah mendapat sebanyak 3.7k retweet dan 6k like!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
Bahan-bahan adunan:

Bahan-bahan tambahan:

*Korang boleh menggunakan apa sahaja bahan mengikut cita rasa anda.

Cara membuatnya pula:

3. Seterusnya masukkan bahan-bahan tambahan pilihan anda seperti sotong, sosej atau isi ketam.

4. Kemudian, bulatkan dan gorengkan dalam minyak yang panas.

Apabila takoyaki sudah siap digoreng, inilah hasilnya. Letakkan sos takoyaki dan mayonis dan topping pilihan anda seperti bonito flakes, daun sup dan banyak lagi!

Lepas ni boleh la buat sendiri. Selamat mencuba!
Sumber : Twitter Resepi Makanan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meski Warganet Berang, Ada Sebab Kenapa Bantuan EBIT LEW Terhenti Di Sabah

Setiap minggu, ada saja jenis bantuan yang dihulurkan oleh pasukan pendakwah terkenal, Ebit Lew di seluruh Malaysia.
Setelah tular mengenai kisah sependuduk kawasan kampung Semporna yang memeluk agama Islam di bawah pimpinan Ebit Lew semalam, lain pula ceritanya pada hari ini apabila usaha bantuan mereka di kawasan pantai timur Sabah dihentikan oleh pihak berkuasa.
ARTIKEL BERKAITAN : Ebit Lew Islamkan Satu Kampung Orang Bajau
Seperti dijangka, dunia media sosial tempatan berang dengan tindakan yang diambil itu. Tambahan pula dengan muat naik di akaun Facebook Ebit Lew yang meluahkan kesedihan setelah misi bantuan bagi pembinaan sekolah di sana terpaksa ditangguhkan.
Malah beliau juga berkata pihaknya boleh dihukum denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika meneruskannya.
Di sebalik tentangan yang hadir daripada warganet, ada alasan kukuh sebenarnya mengapa misi tersebut dihentikan buat sementara waktu.

Jelas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali kepada rakan media di Sinar Harian, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Pihaknya juga tidak pernah menghalang mana-mana badan sukarelawan termasuklah program Ebit Lew ini untuk dilangsungkan. Bagaimanapun, setiap tindakan untuk mengulurkan bantuan katanya perlulah merujuk kepada pihak berkuasa seperti Pejabat Daerah Polis di Semporna dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi soal keselamatan.
Ia bagi memastikan tiada sebarang kesulitan akan dihadapi oleh pihak Ebit Lew. Ini berikutan potensi mana-mana orang luar dari Sabah untuk diancam oleh pihak tidak bertanggungjawab di kawasan pulau dekat sana. Seperti yang korang tahu, pelbagai kes pernah berlaku membabitkan pengganas yang boleh mengancam kesejahteraan.
Lalu, arahan untuk mereka merujuk kepada pihak berkuasa itu adalah bagi mengenal pasti kawasan di sana selamat.
Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan…
Posted by Ebit Lew on Monday, 1 February 2021
Betul lah tu guys, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
Kita sebagai orang luar harus faham mengapa pihak di sana gusar jika ada perkara tidak elok berlaku kepada kumpulan Ebit Lew.
Isu yang dihadapi oleh Ebit Lew pada hari ini tidak seharusnya mematahkan semangatnya untuk membina kelas Al-Quran dan KAFA di sana. Cuma dari pihak REMAJA, kami berharap sangat agar pihak berkuasa tempatan di sana terutamanya dari bahagian keagamaan dapat membantu urusan penduduk yang baru saja memeluk Islam agar mereka mendapat ilmu seadanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

