Lelaki Ini Ajar 5 Basic English Grammar Rules Untuk Korang Mudah Belajar Bahasa Inggeris

Share

Bukan semua di antara kita menjadikan bahasa Inggeris sebagai first language di rumah, mahu pun ketika berbual bersama rakan-rakan.

Ada juga yang mungkin menggunakan bahasa ini ketika di sekolah atau universiti saja, selebihnya di luar mereka sudah terbiasa dengan bahasa ibunda.

Biasanya, individu seperti ini bukanlah langusung tidak faham dan tahu berbahasa Inggeris, tapi disebabkan jarang bertutur membuatkan mereka kadang-kadang rasa tidak yakin dan takut kalau-kalau apa yang diucapkan itu salah.

Namun begitu, mengikut seorang global market explorer yang tinggal di luar negara, Norizan Sharif ada mengatakan bahawa if English is your second language, no need to apologise every time you make grammatical or pronunciation errors. Be proud of yourself for making an effort to speak English.

Lelaki ini juga turut memberikan panduan 5 peraturan asas tatabahasa Inggeris untuk manfaat buat mereka yang nak belajar bahasa Inggeris. Katanya, apabila kita faham peraturan ini, kita boleh ayat-ayat mudah dan selepas itu, secara perlahan-lahan kita belajar peraturan lebih kompleks.

1. Ingat S + V + O

2. Guna simple present tense

3. Guna present progressive tense

4. Tambah “ed” pada verbs untuk past tense

5. Singular (satu) / Plural (banyak)

Selepas ini, cuba pastikan korang tak salah menggunakan basic rules ini dan boleh belajar bahasa Inggeris yang lebih kompleks. Jangan bimbang kalau salah, dalam bahasa Melayu pun kita buat salah kan?

Paling mudah nak pandai bahasa Inggeris adalah korang perlu berkomunikasi menggunakan bahasa ini secara kerap. Gunakan simple English, keep it short and simple!

Start dari sekarang, cuba berbual dengan kawan korang guna bahasa Inggeris okay?

Good luck!

IKLAN