Baru-baru ini, berita duka menyelubungi tanah air apabila legenda berbasikal negara, Saharudin Jaffar dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun petang Selasa, semalam.
Menurut laporan Bernama, pemergian beliau disahkan sendiri oleh anak sulung Allahyarham, Suhaimi Saharudin (55) yang memaklumkan bapanya mengalami komplikasi ketika menjalani rawatan dialisis pada 18 Mac.
“Ayah pergi menjalani rawatan dialisis macam biasa sekitar jam 9 atau 10 pagi tapi sampai dekat sana macam sudah pengsan, jadi jururawat terus panggil ambulans dan bawa ke Hospital Shah Alam”
Ads
“Bila sampai doktor kata jantung ayah sudah berhenti dan bila cuba pakai alat bantuan pernafasan semua pun tak boleh sedarkan dan ayah pergi sekitar jam 2.17 petang,” katanya.
Dalam pada itu, Suhaimi mengakui pemergian bapanya yang pernah mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) 1965 memberikan kesan mendalam.
Ads
Shaharudin Jaffar menunggang emas pada Sukan SEAP 1965 (Kredit: Free Malaysia Today)Shaharudin Jaffar (tengah), bersama Daud Ibrahim, AB Rahim, AS Fazil dan Omar Saad, pasukan berbasikal Malaysia di Sukan Olimpik Munich pada 1972 (Kredit: Free Malaysia Today)
Lebih lagi apabila ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya yang ke-58 sepatutnya disambut pada 19 Mac, hari ini.
“Ibu saya, Hasmah Ibrahim kini sudah berusia 81 tahun. Sebelum ini, ayah walaupun sudah berusia tetap berpuasa, bersenam dan gemar berkebun. Namun, masalah dialisis kalau terlampau haus tak elok untuk buah pinggang,” jelasnya.
Ads
Sementara itu, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Surau Seksyen 8 Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam pada Rabu.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes buli yang meragut nyawa pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, terus menjadi perhatian seluruh negara. Walaupun kes ini menimbulkan pelbagai persoalan dan emosi, pihak berkuasa mengesahkan bahawa lima remaja perempuan bawah 18 tahun yang terlibat tetap akan didakwa esok di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah.
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan berkata, pendakwaan akan dijalankan mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025). Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar, pendakwaan ini tetap diteruskan walaupun peguam keluarga arwah memohon penangguhan kerana menganggap pertuduhan terlalu ringan serta bimbang wujudnya isu double jeopardy. Namun, AGC menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang sedang berlangsung bagi menyiasat punca kematian arwah.
Kesemua lima remaja itu akan dituduh atas kesalahan mengugut dengan menggunakan perkataan atau komunikasi yang bersifat mengancam, menghina atau mengaibkan sehingga menyebabkan tekanan emosi kepada mangsa. Kes ini sekaligus memberi mesej tegas bahawa perlakuan buli, sama ada secara fizikal mahupun lisan, bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.
Untuk rekod, arwah Zara Qairina merupakan pelajar tingkatan satu di SMKA Tun Datu Mustapha, Sabah. Beliau meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah. Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan-rakan, malah seluruh masyarakat yang mengharapkan keadilan ditegakkan.
Kes Zara Qairina menjadi titik penting dalam usaha membanteras buli di sekolah. Remaja perlu sedar bahawa setiap perbuatan, sama ada kata-kata atau tindakan, mampu memberi kesan besar kepada orang lain. Buli tidak menjadikan seseorang lebih hebat, sebaliknya merosakkan masa depan – baik mangsa mahupun pelaku.
Sebagai generasi muda, marilah kita mengambil pengajaran daripada tragedi ini. Jadikan rakan sebagai sokongan, bukan tekanan. Hormat, empati dan kasih sayang harus menjadi budaya kita bersama agar tragedi seumpama ini tidak berulang lagi.
Tragedi yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini sememangnya menyentap emosi seluruh negara. Namun, pastinya yang paling terkesan adalah ahli keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang sekelip mata.
Siapa sangka, anak yang menjadi harapan dan kebanggaan keluarga kini pergi buat selama-lamanya. Air mata tidak mampu ditahan tatkala menanti jasad yang tidak lagi bernyawa kembali ke pangkuan mereka.
Salah seorang mangsa, Allahyarhamah Nur Dalila Farhana, merupakan anak sulung yang amat disayangi oleh keluarganya.
Bapanya, yang dikenali sebagai Hisham, menzahirkan betapa peritnya menerima kenyataan ini. Namun, dia tetap cuba untuk reda dengan takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.
“Saya tak boleh nak terima, YB. Tapi terpaksa reda dengan ketentuan Allah.
“Dia anak sulung harapan saya,” luahnya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Datuk Dr Azman Ibrahim.
Kata-kata menyentuh hati itu telah dikongsikan sendiri oleh Dr Azman menerusi satu hantaran di Facebook miliknya. Beliau turut hadir memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada keluarga mangsa.
“Sabar, Abe Sham. Setiap apa yang berlaku adalah dalam ilmu Allah. Kita hanyalah hamba-Nya yang lemah.
“Ambe (saya) juga ada anak seusia Abe Sham. Sangat terkesan dengan apa yang terjadi. Abe Sham tak berseorangan,” titip Dr Azman.
Dalam usaha meringankan beban keluarga, Dr Azman turut memaklumkan bahawa sumbangan sebanyak RM1,000 daripada Pejabat ADUN Jabi serta RM1,000 daripada Kerajaan Negeri Terengganu telah disampaikan kepada keluarga Nur Dalila Farhana.
Kemalangan membabitkan bas persiaran yang membawa 44 individu, termasuk 42 pelajar UPSI itu, mengorbankan 15 nyawa, yang mana 13 maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Dr. Azman Ibrahim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa anak muda negara ini mampu bersaing di pentas antarabangsa! Nama Genivan Genkeswaran, pemain catur muda berusia 16 tahun, kini menjadi bualan ramai selepas berjaya menjuarai Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Asia ke-19 (2025) yang berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia.
Dalam kejohanan yang menghimpunkan peserta dari 16 negara termasuk kuasa besar catur seperti China, India, Rusia, Indonesia, Korea, Singapura, Vietnam dan Australia, Genivan Genkeswaran tampil mengagumkan dalam kategori Terbuka Bawah 17 Tahun (U17) dengan strategi permainan yang matang dan penuh ketenangan.
Genivan Genkeswaran Kini Bergelar FIDE Master!
Kemenangan luar biasa ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, malah melayakkan Genivan Genkeswaran menerima gelaran berprestij FIDE Master (FM), satu pengiktirafan rasmi oleh Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) kepada pemenang pingat emas bagi kategori U13, U15 dan U17.
Gambar tanpa tarikh ini menunjukkan prodigi catur Malaysia, Genivan Genkeswaran, 16, sedang bermain di Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Asia ke-19 2025 di Ulaanbaatar, Mongolia, di mana beliau memperoleh gelaran Fide Master. — Gambar ihsan Chess Master Journey.
Sebelum ini, Genivan telah memegang gelaran Candidate Master (CM), dan kini lonjakan ke status FIDE Master menjadikannya antara remaja paling berjaya dalam sejarah catur Malaysia.
Menurut kenyataan rasmi daripada Chess Master Journey, organisasi yang menaungi latihan Genivan, kejayaan ini adalah hasil tahun-tahun latihan intensif, disiplin tinggi dan semangat juang luar biasa.
“Gelaran FIDE Master ini menjadi pendorong buat Genivan untuk terus mara dalam mengejar cita-cita dan impiannya. Kami berharap beliau bukan sahaja berkembang sebagai pemain catur hebat, tetapi juga sebagai individu yang memberi sumbangan positif kepada masyarakat,” ujar Selvi Shanmugam, Pengurus Chess Master Journey.
Dari Papan Catur Sekolah Ke Pentas Dunia
Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Asia ke-19 ini berlangsung dari 24 Oktober hingga 2 November 2025, dianjurkan oleh Persekutuan Catur Mongolia (Mongolian Chess Federation) di bawah naungan Persekutuan Catur Asia (ACF) dan FIDE.
Pertandingan ini menampilkan pelbagai kategori dari Bawah 7 hingga Bawah 17 tahun, dengan sembilan pusingan intensif yang menguji keupayaan taktikal dan daya fokus setiap pemain muda.
Kejayaan Genivan Genkeswaran menewaskan lawan-lawan dari negara yang terkenal dengan tradisi catur kuat menjadikannya simbol kebangkitan baharu Malaysia dalam dunia catur Asia.
Inspirasi Buat Generasi Remaja Malaysia
Kisah kejayaan Genivan Genkeswaran membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan antarabangsa. Dalam dunia yang sering menyanjung populariti dan hiburan, Genivan menunjukkan bahawa kecerdasan, strategi dan disiplin minda juga mampu membawa seseorang ke puncak kejayaan.
Genivan Genkeswaran
Kemenangan ini turut membakar semangat komuniti catur tempatan serta menginspirasikan pelajar Malaysia untuk menyertai sukan berasaskan minda. Dengan bimbingan berterusan, tidak mustahil Malaysia bakal melahirkan Grandmaster pertama dalam kalangan remaja satu hari nanti!
Harapan Baharu Dunia Catur Malaysia
Dengan gelaran FIDE Master yang kini disandang, Genivan Genkeswaran dijangka akan mewakili Malaysia dalam lebih banyak kejohanan antarabangsa selepas ini. Kejayaannya juga memberi sinar baharu kepada pembangunan bakat muda dalam sukan minda — selari dengan usaha memperkukuh nama Malaysia di pentas global.
🇲🇾 Tahniah, Genivan Genkeswaran! Kau bukan sahaja pahlawan papan catur, tapi juga inspirasi buat seluruh remaja Malaysia untuk berani berfikir besar dan melangkah jauh.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.