Terbaru, saintis di Jepun kini sedang mencipta sejarah dalam dunia sains genetik apabila berjaya memadam salinan kromosom tambahan yang menjadi punca kepada Sindrom Down dan penemuan ini telah menggunakan teknologi CRISPR, iaitu kaedah suntingan gen yang kini dianggap antara paling revolusioner dalam bidang bioteknologi.
Memetik kajian yang diterajui oleh Ryotaro Hashizume dari Mie University ini membuktikan bahawa CRISPR boleh digunakan untuk membuang kromosom 21 tambahan iaitu faktor asas yang menyebabkan trisomi 21 atau lebih dikenali sebagai Sindrom Down.
Menurut laporan, salinan kromosom berlebihan ini sering mengganggu perkembangan normal tubuh yang selama ini, rawatan hanya menumpukan kepada pengurusan simptom bukannya akar genetik sebenar.
“Penyelidikan kami menunjukkan bahawa penyelamatan trisomi boleh dilakukan melalui pemotongan kromosom berganda secara khusus menggunakan CRISPR-Cas9 pada sel trisomi 21,” jelas Ryotaro.
Ads
Apa yang lebih menarik selepas kromosom tambahan itu dibuang, sel yang dirawat menunjukkan pola penghasilan protein yang lebih normal selain kadar hidup sel yang lebih baik. Ini memberi bayangan bahawa beban genetik berlebihan berjaya dikurangkan dengan signifikan.
Dalam pada itu, Sindrom Down sendiri memberi kesan kepada kira-kira 1 dalam 700 bayi baru lahir di Amerika Syarikat. Salain itu, kehadiran kromosom tambahan ini meningkatkan aktiviti gen di luar paras normal, yang akhirnya menyebabkan kesukaran pembelajaran, ciri fizikal tertentu, dan masalah kesihatan lain.
Sementara itu, teknik CRISPR-Cas9 berfungsi dengan menggunakan enzim yang mampu mengenal pasti urutan DNA tertentu. Apabila lokasi tepat dikesan, ia akan ‘memotong’ helai DNA tersebut dan menerusi panduan khusus, saintis dapat memastikan hanya kromosom tidak diingini yang menjadi sasaran.
Ads
Selain diuji pada sel stem, pendekatan ini turut diaplikasikan pada fibroblas kulit, iaitu sel matang daripada individu dengan Sindrom Down. Keputusan kajian juga menunjukkan, walaupun pada sel matang, kromosom tambahan itu masih boleh dibuang dengan kadar kejayaan yang ketara.
Ads
Lebih mengejutkan, sel yang telah diperbetulkan bukan sahaja membiak lebih cepat, malah menghasilkan tahap molekul berbahaya yang lebih rendah dan membuktikan fungsi mitokondria turut bertambah baik, sekaligus meningkatkan tahap kesihatan sel.
Walaupun kajian ini masih jauh daripada aplikasi klinikal pada manusia, namun ia membuka jalan baru dalam usaha membangunkan terapi genetik untuk Sindrom Down.
Memetik kata para pakar, kajian ini bukanlah jalan pintas kepada rawatan, tetapi ia membuktikan bahawa CRISPR boleh digunakan untuk memadam keseluruhan kromosom dan mampu menjadikan ia satu lompatan besar dalam bidang suntingan genom (teknologi rekayasa genetik yang memungkinkan perubahan spesifik pada DNA).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mencadangkan supaya tempoh persekolahan di Malaysia ditamatkan pada usia 16 tahun. Langkah ini, katanya, bertujuan membolehkan golongan muda menyertai dunia pekerjaan lebih awal, selaras dengan realiti negara yang sedang menuju status negara menua.
Cadangan tersebut dikongsikan Rafizi menerusi satu hantaran di Facebook selepas beliau mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.
“Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun kerana kita negara menua, supaya anak-anak kita dapat menyertai sektor pekerjaan lebih awal pada umur 21 tahun,” jelas Rafizi yang juga merupakan bekas Menteri Ekonomi.
Dalam ucapannya, beliau turut menegur beberapa sikap yang menurutnya harus diubah bagi memastikan pelaksanaan RMK13 berjalan lancar dan berkesan.
Antara yang ditegaskan ialah sikap menukar atau membatalkan dasar yang telah dipersetujui apabila berlaku perubahan tampuk kepimpinan, serta budaya menyokong secara zahir tetapi membantah secara senyap di belakang tabir.
“RMK-13 tidak akan berjaya jika sikap 20 peratus yang bekerja dan 80 peratus yang sekadar melihat terus wujud dalam kerajaan.
“Sikap yang paling biasa dalam sistem kerajaan hari ini ialah menolak dasar atau rancangan baharu dengan alasan ia sudah pun dibuat atau sudah dirancang sebelum ini,” katanya lagi.
Cadangan ini turut mengangkat isu penting mengenai keterlibatan anak muda dalam tenaga kerja negara, sekali gus mendepani cabaran populasi menua yang bakal memberi kesan kepada pembangunan ekonomi jangka panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Rafizi Ramli
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seramai 500,000 pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia bakal menerima Baucar Buku Madani bernilai RM100 bermula 28 Ogos hingga 12 Disember 2025. Inisiatif ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hasil persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut kenyataan media KPT, pemberian ini melibatkan pelajar di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Menariknya, pelaksanaan baucar ini akan dijalankan sepenuhnya secara digital melalui portal MySiswaPlace, yang menjadi platform sehenti untuk semakan kelayakan, penjanaan baucar, penebusan dan pembelian bahan bacaan.
gambar hiasan MySiswaPlace Via Utusan
Lebih best, MySiswaPlace menawarkan lebih 1 juta judul bahan bacaan daripada lebih 250 rakan niaga. Pelajar boleh memilih sama ada mahu membeli buku fizikal atau e-book mengikut keperluan masing-masing. Jadi, sama ada anda perlukan buku akademik, bahan rujukan, bacaan ilmiah atau sekadar buku santai untuk hiburan, baucar ini boleh digunakan.
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah tepat kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar sekaligus menggalakkan budaya membaca di kalangan belia. Dengan kos buku yang semakin meningkat, bantuan ini pasti memberi kelegaan besar terutama buat pelajar yang sedang mencari rujukan untuk tugasan dan peperiksaan.
Jadi, buat semua pelajar IPT, jangan lepaskan peluang ini! Pastikan anda menyemak kelayakan di portal rasmi MySiswaPlace dan gunakan baucar RM100 ini sebaik mungkin. Ingat, ilmu adalah pelaburan paling bernilai untuk masa depan anda.
Sistem pendidikan Malaysia sekali lagi membuktikan kejayaan apabila kedudukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melonjak ke kedudukan ke-26 dalam penarafan QS World University Rankings 2025 Asia berbanding kedudukan ke-28 tahun lalu.
Penilaian ini merangkumi lima petunjuk iaitu sitasi, penjanaan industri, pengantarabangsaan, penyelidikan dan pengajaran, sekaligus meletakkan mereka di tempat keempat berbanding kelima dalam kalangan universiti terbaik di Malaysia.
Kejayaan ini juga menunjukkan kecemerlangan yang berterusan UKM dalam mencapai peningkatan konsisten selama 10 tahun berturut-turut dalam penarafan ini.
Dalam pada itu, pencapaian ini turut mencerminkan usaha gigih warga UKM dalam memantapkan bidang pengajaran, mengukuhkan pengantarabangsaan, membina reputasi yang unggul, meningkatkan kebolehpasaran graduan, dan memperluas jaringan strategik.
Ini juga membuktikan penggunaan bahasa Melayu yang diterap oleh UKM sedikit pun tidak membuatkan mereka mengabaikan elemen pengantarabangsaan yang juga penting bagi mengekalkan reputasi universiti itu di persada dunia.
Sebelumnya, UKM telah melakar sejarah apabila meletakkan status pengajian tinggi negara di pentas dunia melalui pembukaan kampus baru di Doha, Qatar.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada UKM! Semoga dapat melahirkan lebih banyak graduan yang berguna dan berkhidmat untuk masyarakat.
Sumber: Facebook UKM
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran, Jalil Hamid yang dilaporkan meninggal dunia ketika sedang tidur.
Menurut makluman ahli keluarga terdekat, Allahyarham...