Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mencipta satu lagi sejarah apabila meraikan 30 tahun perjalanan seninya dengan konsert berskala mega, Legacy 30 Siti Nurhaliza, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari 2026.
Konsert ini bukan sekadar sambutan tiga dekad pembabitan beliau dalam industri muzik, tetapi juga melambangkan dedikasi, cinta dan keikhlasan Siti terhadap seni, di samping mengangkat warisan muzik Malaysia ke mata dunia.
Menurut kenyataan rasmi penganjur, SN Legacy Sdn. Bhd., pemilihan stadium ikonik itu dilakukan bukan kerana ingin memecah rekod 70,000 penonton Konsert Fantasia Tour 2004, tetapi lebih kepada usaha untuk memberikan pengalaman selesa, epik dan penuh makna buat semua peminat.
“Dengan kapasiti kira-kira 60,000 penonton, gelanggang gah itu dipilih sebagai lokasi terbaik bagi menghimpunkan peminat penyanyi nombor satu negara itu dari seluruh negara dan rantau Asia,” jelas penganjur.
“Legacy 30 Bukan Sekadar Konsert” – Siti Nurhaliza
Siti sendiri menyifatkan konsert ini sebagai detik bersejarah untuk diraikan bersama penyokong setianya sejak tiga dekad lalu.
Ads
“Legacy 30 bukan sekadar konsert, tetapi simbol perjalanan, pengorbanan dan kejayaan seni saya sepanjang 30 tahun bersama peminat yang selama ini memberikan sokongan.
“Saya harap agar dapat bersama-sama mereka meraikan detik istimewa ini serta menyelami kembali karya yang menjadi sebahagian kenangan dan sejarah karier saya,” kata Siti.
Lebih istimewa, konsert tersebut akan berlangsung sehari sebelum ulang tahun kelahiran ke-47beliau, sekaligus menjadikannya sebuah perayaan peribadi dan profesional yang sangat bermakna.
Ads
Sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Menariknya lagi, Legacy 30 diadakan seiring dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.
Momentum ini dijangka menarik perhatian peminat antarabangsa, khususnya dari rantau Asia, sekali gus menyokong usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi hiburan dan budaya bertaraf dunia.
Bagi memastikan konsert ini tampil megah, Siti dan pasukannya telah menyusun perancangan teliti termasuk penggunaan teknologi produksi terkini serta penataan pentas berskala antarabangsa.
Ads
Tiket Mula Dijual
Sejak beberapa hari lalu, penyanyi kesayangan ramai ini sudah memberikan teaser di media sosial mengenai konsert tersebut, sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat, termasuk dari Indonesia.
Tiket Legacy 30 Siti Nurhaliza boleh mula didapati melalui platform ticket2u. Pra-jualan eksklusif: dibuka bermula hari ini jam 12 tengah hari sehingga Jumaat, 12 tengah hari. Jualan umum: bermula Jumaat jam 3 petang.
Harga tiket ditawarkan antara RM69 hingga RM1,599, bergantung kepada kategori tempat duduk.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz menzahirkan rasa kesyukuran apabila isteri tercintanya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, Fizz berkongsi berita gembira berkenaan selain sempat mengucapkan penghargaan buat semua yang telah mendoakan mereka.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat melahirkan anak kelima. Terima kasih kepada yang mendoakan,” coretnya.
Pasangan tersebut bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci butiran lanjut mengenai bayi mereka.
Sebelum ini, Fizz memuat naik beberapa foto dalam InstaStory menunjukkan keadaan bilik hospital.
“Semoga dipermudahkan. Amin,” katanya.
Sekadar informasi, Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almy pada tanggal 26 April 2014.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Instagram Fizz Fairuz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi korang yang meminati filem bergenre biografi muzikal, jangan lepaskan peluang untuk menonton sebuah filem biopik Elton John yang berjudul Rocketman.
Diarahkan oleh Dexter Fletcher, filem ini mengisahkan tentang perjalanan karier Elton John yang bermula di Royal Academy of Music sehinggalah beliau berjaya memberi pengaruh muziknya kepada peminat di seluruh dunia.
Watak penyanyi versatile yang pernah popular dengan lagu Sorry Seems To Be The Hardest Word ini dilakonkan oleh Taron Egerton bersama gandingan actor hebat lain seperti Jamie Bell, Richard Madden dan Bryce Dallas Howard.
Rocketman akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 25 Julai ini dan apa yang menariknya, macam biasa kami nak berikan pass masuk percuma untuk menonton filem hebat ini.
Jawab soalan mudah dan korang bakal memenagi pass masuk untuk dua orang ke tayangan Rocketman di seluruh pawagam Malaysia.
Pemenang akan diumumkan di ruangan mesej di Instagram dan korang perlu mengambil pass tersebut di alamat seperti yang tertera dibawah:
Nu Ideaktiv Sdn Bhd Lot 2, Jln Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
*Pass perlu di ambil dalam masa satu minggu selepas pemenang diumumkan mengikut waktu yang kami akan berikan nanti.
Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keadaan penyanyi muda, Amad, yang secara tiba-tiba rebah sebelum membuat persembahan di pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad lalu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat dan penonton program tersebut.
Mengulas mengenai kejadian itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, memaklumkan bahawa pihak produksi masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.
“Kejadian yang berlaku pada Amad itu di luar jangkaan dan kami masih siasat dan tidak tahu puncanya.
“Yang jelas selepas habis konsert nampak dia sudah okay sikit dan mereka terus pulang. Saya sempat berjumpa dengan mereka sebentar,” katanya kepada Remaja sejurus selesai program TTMM yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Menurut Raqim, hasil pemeriksaan kesihatan mendapati Amad berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius.
“Kami sudah buat pemeriksaan dengan pihak perubatan, tekanan darah dan tiada masalah kesihatan. Itu yang disahkan oleh pihak perubatan sendiri.
“Cuma sebelum dia buat persembahan mungkin mengalami ketidakselesaan sebab sebelum ini dia memang tidak demam atau sakit. Mungkin perkara itu berlaku secara tiba-tiba sebelum persembahan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, kemungkinan besar Amad berdepan ketidakselesaan melampau sebelum naik ke pentas sehingga menjejaskan keadaannya ketika itu.
Tiada Paksaan Dari Pihak Produksi
Raqim turut menjelaskan bahawa keputusan untuk Amad tetap meneruskan persembahan dibuat atas persetujuan antara pengurus dan penyanyi itu sendiri, tanpa sebarang tekanan daripada pihak produksi.
“Kami berbincang dengan pihak mereka sama ada mahu teruskan atau tidak. Kami juga menghormati keputusan mereka dan seperti yang dilihat kami juga terpaksa memberi iklan kerana mahu pastikan keadaannya.
“Kami sentiasa utamakan keselamatandan kesihatan namun semuanya terpulang pada mereka. Tapi dari segi persembahan seperti dilihat di atas pentas,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa kesihatan dan keselamatan peserta serta pengurus masing-masing sentiasa menjadi keutamaan sepanjang program TTMM berlangsung.
Terdahulu, Amad atau nama sebenarnya Ahmad Dayyan, tumbang sejurus sebelum membuat persembahan di pentas Grand Finale TTMM, sekali gus mengejutkan ramai pihak yang menyaksikan acara tersebut secara langsung pada malam Ahad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.