
Bukan mudah untuk menumpaskan pemain badminton nombor satu dunia.
Sebentar tadi, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengejutkan dunia dan Malaysia terutamanya apabila sekali lagi mengulangi kejayaan mara ke separuh akhir Seluruh England.
Namun kali ini Zii Jia melangkah bergaya selepas menewaskan pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota 21-16, 21-19 pada aksi suku akhir sebentar tadi.

Kejayaan itu pastinya menggembirakan Zii Jia yang kali pertama menewaskan juara dunia 2019 itu sepanjang tujuh pertemuan antara mereka.
Selepas bergelut mencapai tahap prestasi terbaik, pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia merasakan beliau perlu membuat sesuatu pada dua pertandingan utama di Eropah bermula dengan kejohanan badminton Terbuka Switzerland di Basel pada 2 hingga 7 Mac ini.
Ayuh Malaysia, kita mampu gegarkan dunia lagi dengan sukan badminton negara dan terus digeruni oleh dunia. Terima kasih team badminton negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lahir Dalam Keluarga Penoreh Getah, Ratu Cantik Ini Tidak Sesekali Malu Dengan Asal Usulnya

Di atas pentas dia kelihatan glamor dengan penampilan yang memukau. Disolek cantik, dirias menawan dan tubuh pula dibaluti busana mewah bagaikan seorang puteri. Namun siapa sangka pemenang tempat ketiga Miss Grand International 2022 ini sederhana sahaja orangnya namun memiliki jiwa yang besar.
Memetik luahan hatinya di Instagram usai tamat pertandingan Miss Grand International. Gadis cantik ini berkata, “Daripada seorang gadis kecil yang bercita-cita menjadi ratu kecantikan, dan malam tadi saya berdiri untuk mewakili Indonesia dalam skala antarabangsa. Saya harap saya sudah membanggakan anda.”

Tidak lahir dalam keluarga kaya, ayahnya hanyalah seorang penoreh getah bagi menyara keluarga. Oleh itu, Andina Julie menjadikan dunia ratu cantik sebagai satu loncatan untuk membawa impiannya ke tahap yang lebih tinggi.
Walaupun begitu pelajaran tidak diabaikan. Dia merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang dan dek kerana itu dia menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.
Gadis dengan nama sebenarnya, Andina Yulianti merupakan pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Global Mandiri. Dia yang berasal dari Kecamatan Gelumbang, Kabupaten Muara Enim, Sumatera Utara sering tampil sebagai model untuk pelabagai jenama.
ARTIKEL BERKAITAN: Membanggakan Universiti, Andina Julie Dianugerahkan Biasiswa Hingga Peringkat Sarjana

Dengan ketinggian 182cm, kelebihan itu menjadikan dia seorang yang jaguh di pentas peragaan dan pendapatan yang diperolehinya sebagai peragawati membantu menampung kehidupannya.
Andina dipilih sebagai Miss Grand Indonesia 2022 dalam satu sesi temuduga tertutup yang dilakukan oleh Yayasan Dunia Mega Bintang milik pereka fesyen dan selebriti terkenal Indonesia, Ivan Gunawan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Instagram Ivan Gunawan, Mengerti ID
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti Di India Benarkan Pelajar Buat Soalan Peperiksaan Sendiri Semasa Pandemik

Bunyinya agak mustahil, bagaimana pelajar boleh keluarkan soalan sendiri? Bagaimana pensyarah dan pihak universiti boleh benarkan? Macam-macam persoalan yang terlintas, namun inilah kenyataan yang terjadi di India.
Seperti kita semua ketahui, para pelajar adalah di antara golongan yang terjejas teruk akibat situasi pandemik yang tidak menentu. Kebanyakkan daripada mereka berasa tertekan kerana perlu mengikut kelas dan syarahan secara maya.

Melihat kepada keadaan tersebut, baru-baru ini Indian Institute Of Technology (IIT) yang merupakan sebuah universiti di Goa, India telah mengambil keputusan untuk membenarkan pelajar membuat soalan peperiksaan semester mereka sendiri demi mengurangkan tekanan yang dihadapi pada musim pandemik.
Menurut sumber India Today, pelajar diarah menyediakan soalan peperiksaan untuk semester itu dan soalan hendaklah mengandungi kesemua jilid yang telah dipelajari sepanjang semester; yang terdiri daripada 30 syarahan kesemuanya.
Pelajar juga diarah menjawab soalan mereka sendiri dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kertas soalan yang diberikan oleh pihak universiti ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama adalah untuk 30 markah manakala bahagian kedua untuk 40 markah.
Hhm, apa pendapat korang mengenai idea ini? Adakah ia sesuai diguna pakai dalam sistem pendidikan di Malaysia sekarang ketika pelajar perlu berdepan dengan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)?
Mungkin dengan cara sebegini, pelajar boleh meringankan beban dan tekanan yang dihadapi akibat ODL. Secara tidak langsung semasa membuat soalan peperiksaan mereka, pelajar akan menelaah setiap subjek yang telah dipelajari. Tak gitu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Warganet Bengang CAJ RM1 Bagi Transaksi Bank Berlainan Dikembalikan Februari 2022

Setelah pengumuman mengenai pengenaan semula caj RM1 oleh bank-bank bagi transaksi mesin ATM yang melibatkan pelanggan bank berlainan akan dikuatkuasakan bermula 1 Februari 2022 di seluruh negara; seperti dijangka, bantahan pantas didengari oleh rakyat tempatan.
Tinjauan REMAJA di beberapa platform media sosial mendapati rata-rata warganet tidak bersetuju dengan keputusan yang disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap keadaan semasa.
Dengan kenaikan harga barangan runcit terutamanya sayur-sayuran yang tular sejak bulan lalu, pengangguran rakyat yang masih tiada jalan penyelesaian dek musim pandemik yang melanda sejak tahun lalu dan beberapa faktor lain yang mengekang kondisi kewangan yang selesa untuk rakyat; tidak hairanlah mereka berang dengan keputusan tersebut.
Bagi mereka, usah dipandang kecilnya nilai RM1 itu untuk sesetengah kelompok tapi seharusnya, pandanglah dari sudut kutipan bank pada setiap bulan hanya menerusi pengenalan semula caj RM1 ini.

Mengikut penilaian pemerhati, pihak bank dengan mudah mampu mengumpul lebih dari RM10 juta pada setiap bulan hanya menerusi caj mesin ATM ini dan jumlah tersebut bukanlah sedikit. Ia mampu untuk meengubah ekonomi bagi kelompok rakyat yang setiap hari perlu memerah tenaga bagi mengisi perut seisi keluarga.
Tambahan pula, tidak semua mesin ATM daripada bank pelanggan itu ada di semua lokasi. Suka atau tidak, sekiranya kita kekurangan wang tunai dalam tangan, terpaksa jugalah kita berurusan dengan mesin ATM paling hampir dengan kita dan membayar caj RM1.

Untuk pengetahuan korang, caj sistem MEPS sebelum ini telah dikecualikan oleh kerajaan pada 6 April 2020. Langkah tersebut agar rakyat tidak terbeban semasa pengeluaran wang tunai di mesin ATM berbeza semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.
Namun jika mereka merasakan sudah tiba masanya untuk caj RM1 dikembalikan semula hanya kerana PKP sudah tidak dilaksanakan, tidakkah mereka merasakan bahawa rakyat masih terbeban dengan tempias kesan daripada musim pandemik yang masih dapat dirasai. Lagipun, kebanyakan bank di Malaysia telah melaporkan keuntungan pun semasa suku ketiga 2021 berakhir pada 30 September lalu.
Sebagai contoh mengikut laporan Sinar Harian, Public Bank untung bersih RM4.28 bilion diikuti oleh Maybank (RM1.68 bilion), RHB Bank (RM635 bilion) dan Bank Islam (RM101 juta). Hhm, tak kan tak cukup lagi kan.
Diharap kerajaan dapatlah meneliti situasi semasa yang perlu dihadapi oleh rakyat sekarang dan fikirkan solusi terbaik untuk meringankan beban kami semua.
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

