Bunyinya agak mustahil, bagaimana pelajar boleh keluarkan soalan sendiri? Bagaimana pensyarah dan pihak universiti boleh benarkan? Macam-macam persoalan yang terlintas, namun inilah kenyataan yang terjadi di India.

Seperti kita semua ketahui, para pelajar adalah di antara golongan yang terjejas teruk akibat situasi pandemik yang tidak menentu. Kebanyakkan daripada mereka berasa tertekan kerana perlu mengikut kelas dan syarahan secara maya.

Universiti Di India Benarkan Pelajar Buat Soalan Peperiksaan Sendiri Semasa Pandemik

IKLAN

Melihat kepada keadaan tersebut, baru-baru ini Indian Institute Of Technology (IIT) yang merupakan sebuah universiti di Goa, India telah mengambil keputusan untuk membenarkan pelajar membuat soalan peperiksaan semester mereka sendiri demi mengurangkan tekanan yang dihadapi pada musim pandemik.

Menurut sumber India Today, pelajar diarah menyediakan soalan peperiksaan untuk semester itu dan soalan hendaklah mengandungi kesemua jilid yang telah dipelajari sepanjang semester; yang terdiri daripada 30 syarahan kesemuanya.

IKLAN

Pelajar juga diarah menjawab soalan mereka sendiri dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Universiti Di India Benarkan Pelajar Buat Soalan Peperiksaan Sendiri Semasa Pandemik
Foto: India Today

Kertas soalan yang diberikan oleh pihak universiti ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama adalah untuk 30 markah manakala bahagian kedua untuk 40 markah.

IKLAN

Hhm, apa pendapat korang mengenai idea ini? Adakah ia sesuai diguna pakai dalam sistem pendidikan di Malaysia sekarang ketika pelajar perlu berdepan dengan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)?

Mungkin dengan cara sebegini, pelajar boleh meringankan beban dan tekanan yang dihadapi akibat ODL. Secara tidak langsung semasa membuat soalan peperiksaan mereka, pelajar akan menelaah setiap subjek yang telah dipelajari. Tak gitu?

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI