Walaupun filem terbarunya yang bernilai 50 bilion Won ‘Ask the Stars’ kurang menyerlah di layar perak, pelakon Lee Min-ho tetap membuktikan dirinya sebagai ‘King of Hallyu’ sejati apabila dinobatkan sebagai pelakon Korea paling dicintai oleh peminat di seluruh dunia selama 12 tahun berturut-turut.
Menurut laporan ‘2025 Overseas Korean Wave Survey’ (per 2024) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea bersama Agensi Promosi Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea, populariti Lee Min Ho tidak pernah surut sehingga hari ini.
Apa yang lebih menarik, pelakon kacak itu turut meraih tempat pertama dalam kategori pelakon dengan angka populariti yang mengagumkan di 28 negara seluruh dunia, termasuk dari benua Asia, Eropah, Amerika, Timur Tengah hingga ke Afrika.
Ads
Kredit: Instagram Lee Min HoKredit: Instagram Lee Min Ho
Sejak kajian ini dimulakan pada tahun 2014, Lee Min Ho yang popular menerusi drama Boys Over Flower itu kekal di takhta selama lebih sedekad dan menewaskan nama-nama bintang besar Korea lain dengan kelebihan yang luar biasa.
Nama beliau bukan sahaja hangat di beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand tetapi pengaruhnya juga meletup di negara-negara Timur Tengah seperti UAE dan Arab Saudi, malah sampai ke Mesir dan benua Afrika sekaligus membuktikan pelakon drama ‘The King: Eternal Monarch’ dan ‘Pachinko’ ni memang luar biasa.
Ads
Dalam pada itu, selain bergelar pelakon, beliau juga dikenali sebagai lifestyle icon dan menjadi wajah utama kepada lebih 100 jenama antarabangsa. Dari fesyen ke kecantikan, automotif dan gaya hidup.
Kredit: Instagram Lee Min HoKredit: Instagram Lee Min Ho
Kehadirannya yang aktif di media sosial pun terus mencuri perhatian peminat dari pelbagai negara, menjadikan Lee Min Ho kekal relevan sebagai ‘top trend’ setiap masa.
Ads
Untuk perkembangan terkini, Lee Min Ho bakal muncul dalam adaptasi novel web terkenal ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’ yang diarahkan oleh Kim Byung-woo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah diucapkan kepada ‘buah hati’ Malaysia, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar kerana berada di kedudukan teratas sebagai World’s Most Admired bagi kategori Malaysia yang dikeluarkan oleh portal YouGov.
Portal tersebut telah mengumpulkan pencalonan terbuka World’s Most Admired daripada panel di 42 negara dan wilayah seluruh dunia bermula Januari hingga Mac tahun ini. Kajian tahun ini adalah kajian terbesar mereka dengan lebih daripada 45,000 orang di 42 negara dan wilayah ditemu ramah untuk menyusun senarai.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar juga turut berkongsi penghargaan ini di laman Facebooknya.
Pic – Malaysia Most Admired 2020I’m humbled …I’m honoured …TQ so much Love As Always
Datuk Seri Siti Nurhaliza meraih 18.83 peratusan kekaguman bagi setiap orang di 42 negara dan wilayah di seluruh dunia untuk kategori wanita. Selain itu, Dr Amalina Che Bakri menduduki tempat kedua dengan 10.03 peratus dan diikuti Datuk Nicol David yang memperoleh 6.76 peratus.
Bagi kategori lelaki pula, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengungguli carta dengan 10.64 peratus, diikuti Datuk Lee Chong Wei sebanyak 8.88 peratus dan Tun Mahathir Mohamad memperoleh 8.80 peratus.
Tidak dinafikan penglibatan dua personaliti ini dalam bidang masing-masing sering kali menjadi inspirasi dan kebanggaan masyarakat di Malaysia. Maka, tidak hairanlah sekiranya mereka menjadi antara individu yang dikagumi di negara kita.
Syabas diucapkan sekali lagi kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Karya filem pendek animasi ‘Batuh Bijanji’ oleh dua orang murid darjah 5 Sekolah Kebangsaan Temong di Serian, Sarawak telah memenangi anugerah ‘Best Film by Popular Jury’ bagi kategori sekolah rendah di Festival de Cinema Escola de Alvorada, Brazil baru-baru ini.
Dua orang pelajar tersebut, Nabiatul Dania Zulfiqa Mohd Zulfadhli dan Macgres Sawet dibimbing oleh guru Wan Zulfadli Ad-Dinnie Wan Azmi bersama Cikgu Mohd Reduan Patah ternyata menarik perhatian para juri dengan kreativiti yang ditonjolkan serta jalan cerita yang penuh dengan maksud yang mendalam.
‘Batuh Bijanji’ atau dalam bahasa melayu bermaksud batu perjanjian digarap indah dalam filem pendek animasi dengan durasi lebih kurang 5 minit ini berkisarkan cerita mengenai persahatan dua orang kawan baik, Sarah dan Bibi, yang disimbolikkan dengan permainan batu Seremban.
Dalam temubual bersama Utusan Borneo, Cikgu Zulfadli berkata, “Projek penghasilan filem ini diadakan pada tahun lepas, semasa dan selepas mengikuti bengkel animasi DISTA (Digital Storytelling Animation) anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak (kini dikenali sebagai SSTP Sarawak), Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTR) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang merupakan inisiatif kerajaan Sarawak ke arah digital.
“Dua hari tempoh pembikinan berjalan sewaktu bengkel DiSTA 2019 Siri 1 di sebuah hotel di Kuching dan projek ini dibangunkan lapan hari lagi yang bersambung di sekolah, termasuk rakaman footages baharu.”
Menurutnya lagi kemenangan filem pendek itu adalah berdasarkan undian dalam festival tersebut. Majlis penganugerahan telah dilakukan secara acara virtual menerusi Google Meet dan trofi kemenangan akan dihantar menerusi pos.
Jom kita saksikan filem pendek animasi hasil kreativiti dua pelajar ini yang dibimbing oleh guru-guru yang berwibawa.
Terbaru, DJ terkenal, Alan Walker menunaikan janjinya untuk mengadakan konsert di Malaysia selepas membatalkannya pada Jun lepas.
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsert sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.
“Persembahan sebelum ini dibatalkan disebabkan faktor keselamatan yang kritikal dan isu penyalahurusan yang dikemukakan kepada kami menjelang tarikh persembahan. Laporan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak ketiga menegaskan masalah-masalah berhubung persediaan pentas. Vendor-vendor tempatan juga berdepan dengan isu-isu bayaran”
“Keputusan terpaksa dibuat dengan membatalkan konsert tersebut demi mengutamakan keselamatan dan pengalaman peminat serta mengelakkan kerugian lanjut yang bakal dialami oleh vendor-vendor tempatan,” katanya.
Bagi konsert kali ini, pihak pengurusan Alan telah memilih untuk menganjurkannya di KL Base, Sungai Besi kerana konsep persembahan yang akan ditampilkan sesuai dengan lokasi berkenaan.
Dalam pada itu, DJ yang terkenal dengan lagu ‘Alone’ ini juga memaklumkan bahawa peminat yang sudah mendapatkan tiket konsert sebelum ini tidak perlu mendapatkan tiket baharu.
Selain itu, pemegang tiket terdahulu juga boleh menukar tiket mereka kepada tiket baru, serta boleh menebus diskaun 15% untuk pembelian tiket tambahan sebelum 26 September ini.
Sementara itu, tiket untuk konsert yang akan berlangsung 8 November ini juga kini sudah pun mula dijual. Konsert ini dibuka kepada mereka yang berumur 15 tahun ke atas dan bagi peminat yang berumur 18 tahun ke bawah perlu ditemani oleh penjaga berumur 19 tahun ke atas.
Sebelumnya, konsert Walkerworld Tour 2024 (Walkerworld) yang sepatutnya diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 22 Jun lalu telah dibatalkan oleh Alan Walker di saat akhir atas sebab tertentu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!