
Anggota Running Man, Lee Kwang Soo dilaporkan cedera pergelangan kaki kerana terlibat dalam kemalangan pada hujung minggu lalu yang memerlukannya untuk melakukan pembedahan.
Menurut laporan eksklusif dari Sports Chosun, Lee Kwang Soo hanya mengalami cedera di pergelangan kaki dan tidak mempunyai kecederaan lain.

Namun begitu, dia dikhabarkan tidak akan mengambil bahagian dalam penggambaran Running Man untuk seketika.
Ramai yang mendoakan agar Lee Kwang Soo cepat sembuh dan berduka cita apabila mengetahui bahawa dia tidak dapat meneruskan rakaman program reality Running Man.

Get well soon oppa!
Sumber: Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Biasa Berlaku Part Lupa Lirik Nie, Apa Cara Kaka Azraff & Tajul Cover Line?

Nampaknya mulai malam tadi sebaik pengumuman penyanyi Zamani masuk ke pertandingan akhir Gegar Vaganza musim 5 , netizen mula “bergaduh” di media sosial.
Ramai yang mempertikaikan kemenangannya menduduki carta ke lima kerana semasa batlle pertama, Zamani dilihat seakan terlupa lirik Dekat Padamu nyanyian asal Yusry Abdul Halim. Malah juri tetap Datuk Ramli MS sampai tak mampu memberikan kata-kata selepas menyaksikan persembahan akhir penyanyi itu.

Namun semasa sidang akhbar sebaik program hiburan ini tamat, Zamani menjelaskan dia bukannya lupa lirik sebaliknya berkata dia gagal mendengar alat pendengaran atau “earpiece” ketika mahu menyanyi.
“Masalah sebenar saya tak pasti. Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari “earpiece” ketika itu,” katanya yang tak mahu menyalahkan sesiapa termasuk pihak produksi tetapi menyalahkan dirinya.
Datuk Ramli dalam penjelasannya berkata, dia memotong markah Zamani dengan banyak pada pusingan pertama tapi memberikan markah yang banyak pada pusingan kedua sehingga penyanyi itu meneruskan langkah ke pusingan akhir yang akan diadakan Ahad 18 November minggu depan.
Berbalik kepada masalah lupa lirik seperti tanggapan awal kebanyakan penonton, REMAJA sempat menemuramah dua penyanyi iaitu Kaka Azraff dan Tajul mengenai masalah lupa lirik dan pernahkah mereka alaminya dan cara mengatasinya.

Menurut Kaka yang popular dengan lagu Bawaku Pergi feat dengan Zizan termasuk lagu Sibuk yang tengah meletup sekarang, masalah lupa lirik adalah biasa bagi anak seni.
“Kadang kalau pertandingan secara mingguan, kita memang ada masa yang singkat nak hafal. Kena pula lagu orang lagi susah. Kaka pernah alami situasi ini. Ada ketikanya nak cover, Kaka ulang balik lirik yang disebut sebelum ini. Kadang Kaka tambah lirik sendiri,” katanya berkata, lupa lirik adalah normal bagi penyanyi sepertinya.

Dalam pada itu, jelas Kaka apabila berhadapan dengan situasi itu, dia akan cepat “cover” agar tidak kelihatan janggal dan sebagai penyanyi mereka perlu bersedia apa sahaja,” katanya yang kini berada di Jakarta.

Dalam pada itu, penyanyi Tajul juga mengakui lupa lirik adalah perkara biasa dialami oleh artis.
“Saya juga pernah alami tapi tak boleh panik, nanti orang perasan. Paling penting kena maintain dan nyanyi apa saja,” katanya berkata masalah lupa lirik ini paling kerap berlaku bila menyanyikan lagu bernada tinggi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih 50 Tahun Guna Imej Gunung Matterhorn, Coklat Toblerone Beralih Bungkusan Baharu

Coklat Toblerone ini memang tidak asing dengan tekak orang Malaysia dan rata-rata dari kita membesar dengan coklat ini.
Coklat Toblerone digabungkan dengan butiran nougat dan kacang yang lazat menjadikan pencinta coklat gila dengan hanya satu gigitan. Tapi, korang perasan tak dengan bungkusan coklat Toblerone? Ada gambar gunungkan, itu adalah Gunung Matterhorn di Swiss.
ARTIKEL BERKAITAN : Nyum! Pelajar Fesyen Ini Kecap Populariti Sebabkan ‘Kasut Kek’ & ‘Baju Coklat’

Namun, setelah 50 tahun mengunakan logo gunung indah tersebut pada bungkusan. Syarikat pembuat coklat Toblerone tidak akan menggunakan lagi imej puncak gunung Matterhorn sebagai logo pada bungkusan produk itu.
Menurut syarikat yang dimiliki oleh syarikat Amerika Syarikat (AS) Mondelez itu pembungkusan Toblerone akan dikemas kini selari dengan keputusan untuk memindahkan beberapa pengeluaran luar daripada Switzerland yang mempunyai peraturan ketat mengenai penggunaan simbol negara, lapor United Press International (UPI).
“Reka bentuk baharu pembungkusan akan dimodenkan dan diperkemas sejajar dengan estetik geometri dan segi tiga,” menurut seorang jurucakap Mondelez.
Pembungkusan baharu akan menyertakan logo yang tersendiri yang diinspirasi daripada arkib Toblerone dan disertakan dengan tandatangan pengasas Toblerone, lapor BBC.
Menurut The Guardian, pada 2017 Switzerland meluluskan undang-undang yang menyekat penggunaan simbol nasional pada makanan dan pembungkusan industri. Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada bahan mentah sesuatu produk mesti diperolehi dari negara tersebut agar produk itu boleh ditandakan sebagai dikeluarkan di Switzerland.
Untuk info, imej Matterhorn mula diperkenalkan pada tahun 1970.

Fakta Ringkas Tentang Gunung Matterhorn
- Matterhorn adalah gunung ke-10 tertinggi di Switzerland dan salah satu daripada 48 puncak Switzerland yang melebihi ketinggian 4,000 meter.
- Ia telah didaki sejak tahun 1800. Gunung Matterhorn, yang mempunyai bentuk seperti piramid gergasi, ternyata telah didaki sejak tahun 1800-an, pada tahun 1865 tepatnya.
- Lokasinya di Valais Alps. Juga dikenali sebagai Pennine Alps, di sempadan Switzerland dan Itali.
- Walaupun ia memberi inspirasi kepada pendaki di seluruh dunia untuk mendakinya, Gunung Matterhorn masih merupakan gunung yang sangat sukar untuk didaki.
- Selain sebagai antara gunung paling popular di dunia, Gunung Matterhorn yang sebelum 1865 merupakan kawasan terpencil dikatakan sebagai gunung yang paling banyak diambil gambar.
- Selain boleh mendaki, Gunung Matterhorn juga boleh dijadikan tempat bermain ski atau papan salji kerana mempunyai Kawasan Ski Zermatt/Breuil-Cervinia.
BACA LAGI : Resipi Popia Salut Coklat Yang Pernah Viral, Sangat Mudah Dibuat!
Sumber : BERNAMA, BBC
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Resepi Donut Red Velvet Viral. Tak Perlu Mesin Pengadun, Uli Guna Tangan Je!

Antara menu hidangan minum petang orang Malaysia yang biasa dibeli di luar sudah tentunya donut. Makan panas-panas memang sedap.
ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Cinnamon Roll Viral, Ekspres Betul Guna Paratha Dan Air-Fryer Je

Namun, baru-baru ini tular donut red velvet yang menjadi trend di media sosial. Jadi, apa kata kita buat sendiri je donut viral ini katanya tak perlu guna mesin pengandun bagai hanya uli guna tangan je dah lembut hingga ke malam.
Pengguna Facebook Qien Aziz berkongsi resipi cara membuat donat ini menggunakan bahan yang disukat menggunakan cawan.
BAHAN
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar yis
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil mentega atau majerin
1 biji telur
1 cawan air suam
Emulco red velvet secukupnya
Gula halus

LANGKAH PENYEDIAAN
1-Satukan tepung gandum,serbuk penaik, mentega dan telur. Gaul sebati.
2-Di dalam bekas lain, masukkan yis dan susu pekat ke dalam satu cawan air suam cawan.
3-Kacau sehingga bahan larut dan biarkan ia kembang.
4-Kemudian masukkan bancuhan yis tadi ke dalam tepung gandum.
5-Gaul sebati sehingga menjadi doh.
6-Bahagikan doh kepada beberapa adunan kecil dan dan bentukkan ia menjadi donut. Anda boleh juga menggunakan pencetak donat.
7-Kemudian panaskan minyak dan goreng ia sehingga masak. Toskan dan salutkan ia menggunakan gula halus, sedia untuk dihidang! Rangup di luar gebu di dalam.
Senang je kan? Kalau buat sendiri lagi rasa berbaloi dan puas makan!
BACA : Resepi Sardin Campur Telur Viral, Sepinggan Nasi Tak Cukup!
Sumber: Facebook Qien Aziz II
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

