Lee Jung-jae Pahat Nama Korea Dalam Sejarah, Muncul Pemenang Critics’ Choice Awards Pula

Share

 

Nampak, tiada sesiapa boleh menyekat kemaraan pelakon Korea yang popular menerusi drama terbitan Netflix, Squid Game iaitu Lee Jung-jae.

Setelah meraikan kemenangan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) di acara berprestij Screen Actors Guild Awards 27 Februari, pelakon berusia 49 tahun ini sekali lagi memahat sejarah dalam industri lakonan Korea Selatan apabila beliau menjadi pelakon pertama dalam sejarah negara tersebut yang membawa pulang trofi Critics Choice Awards ke-27, pagi ini.

Beliau yang dicalonkan bersama Sterling K. Brown (This Is Us), Mike Colter (Evil), Brian Cox (Succession), Billy Porter  (Pose) dan Jeremy Strong (Succesion) telah diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Drama Bersiri.

“Terima kasih, Tuhan.

“Terima kasih kepada semua orang yang telah menyokong Squid Game. Adalah sukar untuk menggambarkan perasaan ini dalam kata-kata. Terima kasih,” simpulnya.

Kemenangan Jung-jae ini sememangnya telah dijangka setelah beliau memenangi kategori sama bukan saja semasa anugerah SAGs tetapi juga di anugeran 2022 Film Independent Spirit Awards di Santa Monica Pier, California, 6 Mac lalu.

Jung-jae yang membawakan watak Seung Gi-hun dalam Squid Game juga meraikan kejayaan drama tersebut yang secara rasminya telah menjadi program terbitan Netflix paling berjaya dalam sejaranya dengan jumlah tontonan selama 1.65 bilion jam dalam tempoh 28 hari pertama ia ditayangkan di platform penstriman itu.

Turut menyertai Jung-jae di acara ini termasuklah Park Hae-soo dan Jung Ho-yeon serta pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk. Drama bersiri itu juga dicalonkan untuk kategori Siri dalam Bahasa Asing Terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN : Stail Pemenang SAG Awards, Jung Ho-yeon Satu Penghormatan Buat Korea Selatan – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN