Legenda badminton negara dan usahawan berjaya, Datuk Lee Chong Wei, terus melakar pencapaian membanggakan apabila dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) antara darjah kebesaran tertinggi negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk Seri.
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib mengurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada bekas jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-84 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.
Lee Chong Wei merupakan antara 1,530 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang yang diraikan dalam sambutan berprestij itu.
Sebagai bekas pemain badminton nombor satu dunia yang pernah mendominasi pentas antarabangsa selama lebih satu dekad, Lee Chong Wei bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah menjadi inspirasi besar kepada generasi muda Malaysia.
Ads
Sejak bersara daripada sukan profesional pada 2019, beliau aktif dalam pelbagai inisiatif keusahawanan dan juga kerja-kerja amal, menjadikan beliau tokoh masyarakat yang disegani.
Penganugerahan gelaran Datuk Seri ini bukan hanya satu bentuk penghormatan, malah simbol pengiktirafan terhadap dedikasi luar biasa beliau dalam bidang sukan dan pembangunan masyarakat.
Majalah Remaja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Lee Chong Wei atas pencapaian ini. Semoga beliau terus menjadi simbol kejayaan dan motivasi buat remaja Malaysia untuk terus berusaha keras dalam apa jua bidang yang diceburi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi pendidikan di Sekolah Berasarama Penuh (SBP) dan Institut Pengajian Awam (IPTA).
Beliau memaklumkan, kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran kedua institusi berkenaan kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan, kenaikan yuran itu tidak akan menjejaskan kumpulan B40 dan M40.
Anwar berkata, penyasaran subsidi juga akan dilakukan dengan menaikkan kadar yuran bagi golongan T15 untuk membantu pelajar bagi kedua golongan yang dinyatakan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Belanjawan kali ini merupakan yang ketiga dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kerajaan Malaysia bakal melaksanakan satu langkah besar dalam dunia digital negara apabila setiap platform media sosial akan diwajibkan menetapkan had umur pengguna, sekali gus melarang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada memiliki akaun sendiri. Langkah ini bukan sekadar peraturan baharu ia adalah usaha serius kerajaan untuk melindungi generasi muda daripada ancaman dunia siber yang semakin meruncing.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata peraturan ini akan dikuatkuasakan melalui proses pengesahan identiti elektronik atau eKYC. Proses ini memastikan setiap pengguna yang mendaftar akaun perlu melalui verifikasi identiti yang sahih bagi mengelakkan pendaftaran palsu atau penyamaran, satu langkah penting untuk memastikan keselamatan pengguna muda terpelihara.
Had Umur Media Sosial Demi Keselamatan Digital Generasi Baharu
Menurut laporan Berita Harian, Datuk Fahmi mendedahkan bahawa beliau telah bertemu dengan wakil-wakil platform media sosial utama dan menegaskan keperluan pelaksanaan had umur serta sistem pengesahan identiti yang lebih ketat.
“Malaysia akan mewajibkan setiap platform melaksanakan verifikasi identiti, khususnya untuk memastikan mereka yang di bawah 13 tahun tidak mempunyai akaun,” katanya.
Tambah beliau, pelaksanaan penuh inisiatif ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum diumumkan secara rasmi kepada rakyat. Peraturan had umur media sosial ini dilihat sangat penting memandangkan semakin ramai kanak-kanak menyertai media sosial tanpa pengawasan, sekaligus terdedah kepada risiko seperti buli siber, eksploitasi, penyebaran maklumat palsu dan kandungan tidak sesuai dengan usia.
eKYC Lindungi Kanak-Kanak dan Benteras Jenayah Siber
Selain menjadi benteng perlindungan kepada pengguna muda, sistem eKYC turut memainkan peranan penting dalam membanteras jenayah siber yang semakin berleluasa. Dengan setiap pengguna perlu mengesahkan identiti sebenar mereka, aktiviti seperti penipuan, iklan palsu dan penyebaran kandungan haram akan menjadi lebih sukar dilakukan.
“Banyak penjenayah siber menyalahgunakan platform digital untuk menjalankan aktiviti penipuan. Dalam sesi Parlimen semalam, saya nyatakan bahawa sebanyak 78 peratus kandungan penipuan yang berjaya diturunkan berasal daripada Facebook, satu angka yang amat membimbangkan,” ujar Fahmi.
Langkah kerajaan mewajibkan had umur media sosial bukan sahaja melindungi pengguna muda, malah ia membantu mencipta ekosistem digital yang lebih selamat untuk semua lapisan masyarakat.
Usaha Luaskan Akses Digital Secara Selamat
Selain langkah kawalan media sosial, kerajaan turut memberi perhatian kepada pembangunan akses digital untuk rakyat. Melalui Program NADI on Wheels (NOW) yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), masyarakat luar bandar akan diberi peluang menikmati kemudahan teknologi digital secara lebih menyeluruh.
Inisiatif ini selari dengan misi kerajaan untuk memastikan transformasi digital negara berlaku secara inklusif — selamat, terkawal dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
Langkah Baharu Menuju Masa Depan Digital Lebih Selamat
Peraturan had umur media sosial yang akan dikuatkuasakan ini menandakan perubahan penting dalam cara kita berinteraksi di dunia maya. Bagi remaja, ia membawa mesej jelas bahawa media sosial bukan sekadar tempat bersosial — ia memerlukan kematangan, tanggungjawab dan kesedaran terhadap risiko yang wujud.
Langkah baharu ini mungkin kelihatan kecil, tetapi ia adalah permulaan kepada masa depan digital yang lebih selamat, positif dan terkawal. Yang paling penting, pelaksanaan eKYC dan had umur media sosial memastikan generasi muda Malaysia membesar dalam persekitaran digital yang sihat dan dilindungi.
Baru-baru ini, suasana di Mahkamah Majistret pada pagi tadi bertukar menjadi tegang apabila seorang lelaki dipercayai merupakan abang kepada penuntut universiti, Maniishapriet Kaur Akhara yang juga mangsa kes bunuh di Cyberjaya bertindak cuba menyerang salah seorang suspek yang hadir untuk permohonan sambungan reman.
Memetik laporan media tempatan, lelaki berbaju merah itu dilihat menghampiri suspek utama sejurus selesai prosiding sekitar jam 9.50 pagi, sambil menjerit dari jauh.
Walau bagaimanapun, tindakan pantas anggota polis berjaya mengawal situasi dan mengelakkan sebarang insiden yang lebih serius terjadi. Ketika kejadian berlaku, difahamkan suspek lelaki utama dan dua lagi suspek wanita sedang diiring keluar dari kamar mahkamah.
Insiden itu berlaku susulan kejadian pembunuhan tragik melibatkan seorang pelajar universiti wanita berusia 20 tahun di Cyberjaya pada 24 Jun lalu yang mencetuskan kemarahan dan kesedihan dalam kalangan ahli keluarga mangsa.
Sementara itu, peguam bela kepada suspek utama, M. Manoharan turut mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan pihak polis yang mendakwa anak guamnya mempunyai ‘niat tidak baik’ dalam kes berkenaan.
Kredit foto: Harian Metro
“Kami sudah bangkitkan bantahan kepada Puan Majistret berhubung tindakan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengeluarkan kenyataan serta cebisan-cebisan keterangan yang boleh menjejaskan kes anak guam saya”
“Ini adalah perkara yang sangat serius. Tugas polis adalah untuk menyiasat dan kita mempunyai hakim yang bijaksana, terpelajar dan berwibawa untuk menentukan siapa yang bersalah dan siapa yang tidak,” tegas Manoharan.
Terdahulu, pihak polis telah mendapatkan perintah sambungan reman selama tujuh hari terhadap ketiga-tiga suspek untuk meneruskan siasatan lanjut berkaitan kes ini.
terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!