Pengumuman khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang tadi amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Ini berikutan kadar vaksinasi individu dewasa tempatan yang telah lengkap menerima vaksin telahpun mencapai 90 peratus pada hari ini.
Satu-satunya pengumuman yang paling korang nantikan adalah kebenaran untuk merentas negeri. Dan seperti yang dijanjikan oleh kerajaan, kebenaran tersebut akan dikuat kuasakan bermula esok; 11 Oktober 2021. Kebenaran ini akhirnya diberikan selepas kira-kira sembilan bulan rakyat dilarang merentas negeri demi melandaikan jumlah kes positif COVID-19.
“Data terkini yang dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.
“Maka dengan ini, saya mengumumkan bahawa dengan kadar 90 peratus vaksinasi lengkap dua dos bagi kumpulan dewasan, maka rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan.
“Jadi, esok bebaslah dan inilah yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat,” jelasnya sambil mengingatkan bahawa Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) masih lagi dikuatkuasakan. Ini bermakna, mereka yang melangggar prosedur operasi standard (SOP) masih akan dikenakan tindakan.
Ads
Kebenaran rentas negeri bukan saja membolehkan rakyat untuk pulang ke kampung halaman. Ia juga membolehkan aktiviti merentas negeri demi aktiviti pelancongan.
NAMUN, aktiviti rentas negeri ini tidak terpakai untuk lokaliti yang telah diisytiharkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Walaupun tiada sekatan khusus untuk menyekat rentas negeri, pihak polis masih boleh membuat pemeriksaan secara rawak di mana saja; mungkin sewaktu berada di kawasan Rehat dan Rawat (RnR).
“(Selain itu), Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng masih diteruskan dan pihak polis boleh membuat pemeriksaan terhadap MySejahtera walaupun tiada SJR khusus untuk tujuan rentas negeri,” tambahnya lagi.
Ads
Kesesakan di lebuh raya seluruh negara seperti biasa dijangka akan menerima pertambahan trafik harian kerana semua orang sudah lama menginginkan peluang untuk pulang ke kampung halaman atau melancong bagi melepaskan tekanan.
Syarikat konsesi lebuh raya seluruh negara telah bersiap sedia untuk waktu ini. Setiap hentian RnR sentiasa dibersihkan mengikut jadual ketat. Yang penting, pengguna tidak mengabaikan SOP seperti mengimbas aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal.
Perjalanan Ke Luar Negara
Pada masa yang sama, rakyat tertanya-tanya sekiranya perjalanan ke luar negara telah dibenarkan bermula esok. Kata Perdana Menteri, kerajaan bersetuju membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui My travel Pass Jabatan Imigresen Malaysia.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang ke luar negara masih wajib menjalani kuarantin setelah pulang ke tanah air.
Jadi, rancanglah perjalanan korang dengan bijak selepas ini dan jangan lupakan SOP yang ditetapkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 22 April 2023 bersamaan hari Sabtu ini.
Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi dan disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya.
Terdahulu, seluruh rakyat Malaysia telah mula berteka-teki mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri seawal 1 April lalu lagi.
Spekulasi sama ada Malaysia akan menyambut 1 Syawal pada 21 April ataupun 22 April lebih hangat diperbualkan sepanjang minggu ini sehinggakan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sekali lagi perlu mengingatkan rakyat agar menunggu pengumuman rasmi tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 20 April jam 8.00 malam.
“Kalau tuan-tuan dan puan-puan terima apa-apa info (tarikh 1 Syawal), sama ada pukul 6 petang, 6.30 petang atau 7 petang jangan percaya.
“Tunggu pengumuman rasmi. Kita tidak ikut pengumuman seperti di Arab Saudi, India atau Indonesia, kecuali kita beraya di sana.
“Kita di Malaysia akan rujuk pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-raja,” kata beliau pada hari Ahad lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukan Olimpik 2020 Tokyo akan berlangsung sehingga awal Ogos 2021. Bagi menyambut temasya itu, Google tak lepaskan peluang untuk menghangatkannya lagi menerusi Doodle.
Kalau korang buka google akan terpapar Doodle interaktif baru mulai hari ini 23 Julai.
Google Doodle merupakan satu penghormatan oleh Google sebagai logo khusus dan sementara di laman Google di mana ia untuk memperingati peristiwa penting, serta memperingati kehidupan para seniman, pelopor, dan ilmuwan terkenal.
Tapi, sempena sukan Olimpik Jepun 2020 ini ia amat unik kerana mereka menyelitkan permainan bergenre Japanese RPG (JRPG) yang boleh dimainkan.
Hasil karya seni dari rumah animasi Jepun Studio 4 ° C, permainan video ini dinamakan Doodle Champion Island Games yang sebenarnya merupakan siri permainan mini 16-bit.
Menariknya, terdapat tujuh permainan mini yang juga merangkumi beberapa acara Olimpik seperti papan luncur, tenis meja, dan pendakian.
Bukan itu saja, dalam setiap acara ini anda akan menentang ‘Legendary Champion’ yang juga berkaitan dengan cerita rakyat serta sejarah Jepun.
Dalam permainan ini, korang akan bermain sebagai Lucky the Calico Ninja Cat dan menyertai sama ada kumpulan Biru, Merah, Kuning atau Hijau.
Apabila berjaya mengalahkan “bos” untuk sesuatu permainan, korang akan terima skrol untuk dikumpulkan. Konsep ini sama seperti anda mengumpul lencana gimnasium bila anda bermain permainan pokemon.
Difahamkan, Lucky mempunyai satu misi semasa dia di Champion Island iaitu mengumpul tujuh gulungan suci. Sepanjang pengembaraannya, Lucky harus menyelesaikan cabaran tersembunyi lain.
Google menyatakan Doodle ini sebagai sebuah penghormatan kepada permainan 16-bit Jepun klasik.
Cubalah…best tau. Kalau korang cuba bermain permainan ini klink sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap negara beraja memiliki undang-undang dan juga syarat dalam melantik bakal ketua negara yang seterusnya. Jika di Malaysia dan Brunei hanya pewaris lelaki sahaja akan menaiki takhta. Berbeza dengan Belanda, anak pertama yang dilahirkan adalah bakal Raja atau Ratu yang seterusnya tanpa mengira jantina.
Dilahirkan pada tanggal 7 Disember 2003, Puteri Catharina-Amalia mewarisi gelaran Princess of Orange setelah ayahandanya Raja Willem-Alexander yang sebelum itu bergelar Prince of Orange menaiki takhta kerajaan Belanda pada 30 April 2013.
Bersama ayahanda dan bona dan dua lagi adi;. Sumber gambar: people.com
Merupakan anak sulung dari tiga beradik. Baginda yang lebih dikenali dengan nama Amalia dikawal rapi oleh kedua orang tuanya yang tidak begitu gemar mendedahkan anakanda mereka kepada umum sebaliknya mahu membesarkannya jauh dari perhatian media.
Gemar menunggang kuda, bermain tennis dan menyanyi, Amalia telah tamat pengajian di Christelijk Gymnasium Sorghvliet yang merupakan salah sebuah sekolah berstatut elit di The Hague, Belanda dan lulus dengan kepujian.
Pada bulan Jun tahun ini, Amalia telah mengumumkan yang dia tidak akan mengambil wang elaun tahunan bernilai 1.6 juta euro ataupun bernilai hampir RM8 juta kerana dia merasakan dia masih belum memiliki tugas rasmi yang membolehkan dia layak menerima wang tersebut. Dia juga prihatin dengan nasib pelajar-pelajar lain yang melalui masa sukar apatahlagi ketika pandemic Covid-19 melanda.
Bersama nenda dan kedua orang tuanya ketika berusia setahun. Sumber gambar: Royal Central
Wang elaun tersebut merupakan elaun tahunan yang diberikan kepadanya bermula tahun ini sebaik sahaja baginda mencecah usia 18 tahun dan seterusnya. Selain menolak untuk menerima elaun tahunan ini. Amalia juga berhasrat memulangkan kembali wang bernilai 300 ribu euro yang diberikan kepadanya setiap tahunsebagai seorang pelajar selama sesi persekolahannya.
Untuk pengetahuan pembaca, menurut penyelidikan pada tahun 2012, keluarga diRaja Belanda antara keluarga diRaja yang menerima elaun paling banyak di dunia melebihi elaun yang diterima keluarga diRaja Britain.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...