Lebih 926,000 Korban Seluruh Dunia Disebabkan COVID-19.

Share

Baru-baru ini Malaysia telah pun menerima arahan dari kerajaan yang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Dan ada sesetengah tempah telah di letakkan di dalam keadaan berjaga-jaga dek penularan virus yang dikatakan berasal dari China ini.

Sejak ia mula merebak, sehingga kini menurut statistik dari John Hopskins University mencatatkan jumlah kumulatif kematian peringkat global disebabkan oleh virus korona ini telah mencecah 926,019.

Negara di bawah naungan Donald Trump, Amerika Syarikat masih kekal dengan rekod kematian tertinggi dengan 194,443 kes dan diikuti Brazil di tangga ke kedua dengan 131,625 kes.

Sehingga kini masih tiada vaksin yang benar-benar mampu menyembuhkan penyakit ini walaupun sudah ada beberapa negara yang menyatakan bahawa mereka telah berjaya mencipta vaksin tersebut.

Di Malaysia setakat kelmarin seramai 9946 orang telah disahkan positif dengan 128 kes kematian. Malam ini Perdana Meter, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan perutusan khas situasi semasa Covid-19 pada pukul 8 malam di saluran berita utama RTM, Bernama, Astro Awani & TV3. Sama-sama kita nantikan.

***P/S- Negara kita antara negara yang paling cekap dalam menangangi penularan virus ini dan sama-samalah kita menjaganya. Amalkan penjarakan sosial, dan sentiasa memakai pelitup muka.

Summer: Astro Awani & Kementerian Kesihatan Malaysia

IKLAN