Sekali pandang, tentu korang sangkakan gambar-gambar ini diambil di negara Eropah yang mempunyai empat musim. Cantik sungguh pemandangannya.
Percaya tak jika REMAJA kongsikan bahawa pemandangan lapangan terisi bunga-bungan lavender yang cukup cantik ini dirakamkan di Rafha, sebuah kawasan di utara Arab Saudi berhampiran dengan sempadan Iraq.
Ya, tak tipu! Bukannya di negara Barat, bukan juga di Korea atau Jepun tetapi di tanah Arab. Selalunya kita pantas membayangkan Kaabah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan lain-lain tempat bersejarah jika menyentuh tentang rantau tanah suci. Tetapi kini, pemandangan landskapnya juga menjadi salah satu tarikan baharu.
Pemandangan padang pasir Arab kini semerbak mewangi ditumbuhi pokok lavender liar.Foto Via Al-Arabiya News 1,
Ditumbuhi Lavender Liar
Bagaikan hamparan ‘permaidani ungu’, padang pasir Arab kini mewangi ditumbuhi pokok bunga lavender liar yang menutupi gurun yang dahulunya tandus.
Ads
Menerusi laporan media di sana, pengunjung dilihat berkongsi foto berlibur di padang pasir Rafha di utara Arab Saudi berhampiran dengan sempadan Iraq sambil dikelilingi bunga-bungaan.
Pemandangan padang pasir Arab kini semerbak mewangi ditumbuhi pokok lavender liar. Foto Via Al-Arabiya News 1,
Hujan Suburkan Tanah
Kewujudan lavender mengembang itu sebenarnya berpunca daripada cuaca hujan yang turun secara lebat pada musim sejuk, pada akhir tahun lalu. Akibatnya hujan berterusan, bahagian barat Arab Saudi telah dilanda banjir dan spesis lavendar ini mulai tumbuh secara mekar.
“Tiada siapa menjangkakan perkara ini berlaku di Arab Saudi. Bau dan pemandangannya menyegarkan jiwa,” kata seorang pesara guru berusia 50 tahun yang ditemui oleh Al-Arabiya News 1.
Ads
Seorang lagi pengunjung bernama Nasser al-Karaani, 55 sanggup memandu sejauh 770 kilometer dari ibu kota Riyadh bagi melihat pemandangan tersebut sebelum ia mulai layu.
“Fenomena ini terjadi bagi tempoh 15 hingga 20 hari setahun dan kami datang ke sini khusus untuk menikmatinya. Suasana ini membuatkan saya berasa tenang,” katanya sambil menikmati teh panas dengan rakan-rakan.
Rata-rata warganet teruja dengan fenomena jarang berlaku itu. Begitupun, tidak kurang juga yang bermuhasabah dan risau ia merupakan petanda kecil kepada ketibaan hari kiamat seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW.
Ads
“Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadi banyak haraj.” Mereka bertanya apakah haraj ya Rasulullah? Jawab baginda; “Pembunuhan.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kekayaan mereka terdiri daripada aset seperti hartanah, wang tunai, kepentingan dalam perniagaan, serta harta peribadi. Siapa yang menyangka, pada tahun 2024, Malaysia berjaya menempati kedudukan ke-25 di peringkat global sebagai negara dengan jumlah bilionair terbanyak.
Berdasarkan data terkini, terdapat 18 individu di Malaysia yang memiliki gelaran bilionair, meletakkan negara ini satu tangga di atas Filipina, yang memiliki 16 bilionair dan menduduki kedudukan ke-26 dalam senarai tersebut.
Sementara itu, negara jiran, Singapura, mendahului Malaysia di tempat ke-17 dengan jumlah 39 bilionair. Indonesia pula mengikuti rapat di belakang, berada di tangga ke-20 dengan 35 bilionair.
Di puncak senarai untuk benua Asia, China berjaya menduduki kedudukan kedua teratas secara global dengan memiliki 406 bilionair. Nilai kekayaan keseluruhan mereka mencapai sekitar 1.3 trilion dolar Amerika, menandakan kekayaan yang luar biasa di negara tersebut.
Amerika Syarikat mendahului di dunia dalam bilangan bilionair terbanyak dengan 813 orang yang secara kolektif memegang $5.7 trilion, sekaligus mencipta rekod baru.
Senarai bilionair terkaya di Malaysia
Selain itu, Forbes juga ada berkongsi senarai bilionair terkaya di Malaysia untuk tahun 2024.
Tan Sri Robert Kuok
Tan Sri Quek Leng Chan
Adik beradik Teh
Lee Yeow Chor & Yeow Seng
Koon Poh Keong & adik-beradik
Ananda Krishnan
Francis Yeoh & adik beradik
Jeffrey Cheah
Lim Kok Thay
Chia Song Kun & keluarga
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Satu gambar sudah dapat menimbulkan percanggahan pendapat di media sosial..?
Itu yang berlaku apabila foto salah seorang penghias cover Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019 iaitu Cik B dimuat naik di laman Twitter.
Cik B dipilih untuk digandingkan bersama penyanyi, Naim Daniel dan YouTuber berbakat, Cupcake Aisyah bagi isu istimewa Digital Darlings, kali ini. Mereka memulakan minat masing-masing dalam bidang perniagaan, vlogging dan nyanyian menerusi medium digital dan terbukti, mereka mempunyai pengikut tegar.
Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019.
Jadi apabila Cik B terpilih, tentulah ada konsep solekan dan styling yang disediakan khas bagi remaja berusia 14 tahun ini.
Dia mengakui tidak biasa disolek atau rambutnya ditata rias secara profesional.
Semasa sesi penggambaran dilangsungkan juga, Cik B lebih selesa membiarkan saja jurusolek dan jurudandan, Ayang Kamell untuk melakukan tugas tanpa banyak bertanya.
Tapi apabila siap, Cik B ternyata berubah imej! She is all glammed up for our shoot.
Kami pun terkejut dengan hasilnya, inikan lagi netizen yang mengenali Cik menerusi video-videonya.
Terkejut sangat sampaikan ada sesetengah daripadanya tak dapat menerima perubahan tersebut. Guys, inikan penggambaran cover Majalah Remaja. Tentulah ada konsep solekan berbeza yang ditampilkan. Malangnya, ada yang… hhm malas lah nak cakap.
NAMUN, tak semua berpendapat sedemikian. Lebih ramai netizen yang menganggap Cik B kelihatan confident dan berjaya menjadikan shot tersebut menjadi.
She is serving the look and some of us just can’t even.
*
Jelas, Cik B sendiri menyukainya and that is the most important part.
Mana tahu, selepas ini Cik B lebih terbuka hati untuk mencuba solekan berbeza pula.
*
Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019 kini di pasaran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makin hari virus Covid-19 ‘menelan’ ramai nyawa yang tidak berdosa!
Terbaru negara jiran kita Singapura mencatat peningkatan kes mendadak sehingga membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 23,336 dan 20 kematian. Fuhh!
Bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung dalam kalangan rakyat, kerajaan Singapura telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melepaskan robot anjing ‘bersiar’ di taman bagi memantau penjarakan sosial di sana.
Robot anjing yang diberikan nama Spot oleh syarikat Boston Dynamics itu dibangunkan dengan suara lemah lembut wanita yang akan mengingatkan orang ramai untuk menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.
“For your own safety and for those around you, please stand at least one metre apart. Thank you.”
‘Dilepaskan’ sejauh 3km di Taman Bishan-Ang Mo Kio selama dua minggu bermula 8 Mei, Spot akan bersiar ketika bukan waktu puncak.
Turut dilengkapi dengan kamera yang boleh mengira jangkaan kehadiran pengunjung di taman tersebut, kamera berkenaan bagaimanapun tidak berupaya mengenal pasti individu tertentu. Ini bermakna, tiada data peribadi akan dikumpul dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan hal tersebut.
Spot yang dikawal dari jauh membolehkan kerajaan mengurangkan tenaga kerja untuk rondaan taman serta mengurangkan kontak rapat antara kakitangan, sukarelawan mahu pun pengunjung.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.