Lambakan Produk Kurus ‘Mengarut’ Di Pasaran, Ini Cara Untuk Buat Aduan Kepada KKM

Share

Terlalu banyak produk-produk yang tidak berkualiti di jual di pasaran, lebih-lebih lagi ada yang berani overclaim dengan mengatakan bahawa produk mereka boleh membuatkan korang kurus, tak kurang juga yang menjanjikan dapat menghindar daripada pelbagai penyakit.

Tahukah korang yang sebenarnya kita semua boleh membuat aduan sekiranya terjumpa iklan promosi produk yang katanya produk kategori 'MAKANAN', tetapi membuat tuntutan untuk menurunkan berat badan atau untuk menguruskan?

Iklan-iklan penjualan produk untuk kurus biasanya adalah seperti yang berikut:

  • Minuman berperisa koko/coklat/oren/delima/DLL
  • Teh pelangsing (slimming tea)
  • Kopi pelangsing (slimming coffee)
  • Tablet kunyah (chewy tablet for slimming)
  • Gummy (slimming gummy)

Jika korang terjumpa dengan iklan produk seperti ini, apa yang korang boleh buat adalah dengan membuat aduan secara online

di sistem pengurusan aduam awam KKM (https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do). Salin pautan iklan promosi produk kurus tersebut dan masukkan ke dalam aduan korang.

Ajukan aduan korang kepada bahagian bawah KKM, iaitu "Program Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan".

Semoga aduan korang boleh membantu pihak KKM mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat produk makanan yang membuat tuntutan seperti ini.

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

IKLAN