Setelah sekian lama menyepi daripada dunia hiburan, pelakon Azar Azmi akhirnya tampil berkongsi mengenai kehidupan peribadi termasuk kisah rumah tangganya yang sebelum ini jarang didedahkan kepada umum.

Menerusi satu klip temu bual bersama program Melodi, Azar mengakui dia memilih untuk terus bertahan dalam perkahwinan demi anak-anak yang menjadi keutamaannya ketika ini.

Lama Menyepi, Azar Azmi Akhirnya Bersuara -“Saya Cemburu…”

Malah, pelakon tersebut turut memberi gambaran perasaannya yang tidak dapat dielakkan apabila melihat kebahagiaan pasangan lain.

“Kalaulah nak dibandingkan dengan pasangan lain, saya cemburu. Saya lebih kepada menjaga anak-anak. Sebab itu saya bertahan,” katanya.

Dalam temu bual sama, Azar juga dilihat gagal menahan air mata ketika meluahkan harapannya terhadap kehidupan berkeluarga yang diimpikan selama ini.

Lama Menyepi, Azar Azmi Akhirnya Bersuara -“Saya Cemburu…”

Ads

“Saya impikan keluarga yang tidak mahu gagal, biarlah sampai mati. Tak sangka jadi macam ini,” luahnya sebak.

Sebelum ini, nama Azar kembali menjadi perhatian selepas dia dan suami dikaitkan dengan isu penipuan melibatkan penjualan tanah kurnia serta urusan darjah kebesaran.

Ads

Bagaimanapun, Azar telah dibebaskan selepas direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kehilangan pelakon ini dari dunia hiburan juga pernah menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat selepas dia memilih untuk tidak lagi terlibat dalam mana-mana drama atau filem.

Ads

Lama Menyepi, Azar Azmi Akhirnya Bersuara -“Saya Cemburu…”

Untuk rekod, Azar sebelum ini cukup menjaga privasi apabila jarang berkongsi kisah peribadi termasuk hal perkahwinannya. Dia juga dilihat tidak aktif di media sosial sehingga menimbulkan persoalan mengenai perkembangan terkininya.

Difahamkan, Azar mendirikan rumah tangga bersama Mohd Apri Hazreen Moha Sapri dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads