Hiburan

“Lama Juga Fikir Nama Our Little Prince” -Aali Mateen Pilihan Nama Buat Putera Ayda Jebat & Nabil Mahir

Share

Pasangan selebriti popular, Ayda Jebat dan Nabil Mahir memilih nama Aali Mateen untuk cahaya mata kedua mereka yang dilahirkan, pada Selasa minggu lalu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram penyanyi lagu hit Temberang itu, dia ada memuat naik sekeping foto yang memperlihat bayi comelnya itu, namun masih menutup rapi bahagian muka daripada tontonan umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran Cahaya Mata Kedua Tambah Penyeri Hidup Buat Ayda Jebat & Nabil Mahir. Tahniah!

“Assalamualaikum semua! Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil,” tulisnya.

Justeru itu, ibu kepada dua pasang cahaya mata itu sempat menitipkan doa agar anakandanya itu menjadi seorang anak yang soleh buat mereka.

“Lama juga memikirkan nama our little prince, Aali Mateen ini. Semoga menjadi anak yang soleh sayang Mommy and Dadaa.. Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua! Sayang semua…” coretnya lagi.

Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikutnya tidak lepas peluang untuk mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut selain mendoakan yang baik-baik buat Aali.

“Tahniah @aydajebat @nabilmahir, semoga Aali membesar menjadi anak yang soleh,” komen seorang pengguna.

“Waalaikumsalam @aalimateenofficial , comelnya dia. Insya-Allah jadi anak yang soleh dan bijak ya,” tulis pengguna yang lain.

Sekadar informasi, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada tanggal 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, pada 21 September tahun yang sama.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Ayda Jebat & Nabil Mahir

IKLAN