Lailer Masih ‘Senget’ Dalam Episod Pertama ‘Kampung People’

Share

Orang kata, susah untuk sesebuah drama dan filem itu untuk mencapai sekuel yang sama hebatnya dengan karya pertama.

Namun berdasarkan kepada respon daripada peminat drama tular, Kampung People di saluran TV3, musim keduanya yang mula ditayangkan pada malam ini meneruskan plot cerita dan lakonan yang sama mantap seperti musim pertama dahulu.

Pujian berterusan diberikan kepada Riena Diana yang membawakan watak Lailer apabila dia sememangnya menghidupkan drama tersebut sehingga membuatkan penonton ‘melekat’ di hadapan kaca televisyen.

Menerusi teruramah istimewa program Wanita Hari Ini bersama Riena, Rasyidi Ishak dan Kamarul Eqifshah, Riena menjelaskan tiada apa-apa perubahan drastik pada wataknya kali ini.

“Watak Lailer masih sama seperti musim pertama, cuma apa yang membuatkan watak itu lebih menarik pada musim ini adalah kita tak tahu pengakhiran hubungannya dengan Jekfer.

“Pada musim pertama, mereka bercinta. Untuk musim ini, kita tidak tahu sama ada mereka akan berkahwin atau tidak.

“Selain itu, Kampung People 2 juga mempunyai penambahan watak baharu iaitu Abang Karim. Jadi kalau nak tahu jika kami bertiga ini akan terlibat dalam cinta tiga segi, kenalah tonton musim kedua bermula malam ini.

Apabila ditanya jika Riena mempunyai menyukai punchline kegemaran daripada musim kedua ini, pelakon berusia 23 tahun itu menjawab dia amat menyukai panggilan barunya jika memanggil Jekfer.

“Sebelum ini, Lailer tak ada nama panggilan spesifik seperti ‘sayang’ kepada Jekfer.

“Tapi pada musim ini, dia mula memanggil teman lelakinya itu ‘baby boo Jekferr’. (ketawa) Panggilan itu membuatkan saya rasa dua watak itu lebih rapat dan mudah mencapai chemistry.

Haa.. speaking of chemistry, Riena ni ada apa-apa ke dengan pelakon Hun Haqeem di luar set penggambaran?

“Eh tak ada (ketawa),” jelas sebelum menyatakan dia berharap agar pelakon terus terhibur dengan musim kedua ini seperti musim terdahulu.

Enjoy saja menonton, janganlah letak expectation yang terlalu tinggi. Kami masih sama, cuma kami ada penambahan karakter. Itu membuatkan musim ini lebih kelakar kerana kita ada kak Adibah Noor sebagai nenda cun.

“Riena rasa korang akan jadi ‘senget’ sekali macam Kampung People bila menonton.”

Jangan lupa untuk menonton Riena, Hun Haqeem, Rasyidi Ishak, Elly Mazlin, Kamarul Eqif dan ramai lagi pada setiap hari Rabu sehingga Jumaat pada jam 9.00 malam.

IKLAN