Platform penstriman atas talian, Netflix telah membuktikan bahawa ia adalah salah satu peneraju produksi drama dan filem yang mementingkan diversiti dalam kalangan pelakonnya.
Salah satu drama popular di Netflix yang dianggotai oleh pelakon berlainan kaum, adat dan warna kulit ialah Bridgerton. Tidak lama lagi, musim keduanya akan menemui penonton dan apa yang membuatkan ramai ternanti-nanti adalah kerana kemunculan beberapa pelakon baharu dari bangsa berlainan.
Dua orang pelakon berdarah kacukan Inggeris-India; Charithra Chandran dan Simone Ashley telahpun diambil bagi melakonkan watak adik-beradik Sharma pada musim kedua.
Untuk meraikan diversiti ini, produksi Bridgerton menjanjikan keistimewaan dari segi trek lagu yang akan dimainkan pada setiap episod.
Salah satunya ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham nyanyian mendiang Lata Mangeshkar. Biarpun tiada kenyataan rasmi mengapa lagu tersebut menjadi antara yang dipilih, REMAJA prcaya produksi ingin memberi penghormatan kepada legasi Lata; lebih-lebih lagi setelah beliau menghembuskan nafas terakhir baru-baru ini.
Kata Charithra Chandran, 25 yang melakonkan watak Edwina Sharma, dia tidak dapat menahan air mata ketika lagu tersebut berkumandang semasa menonton previu.
Charithra Chandran.
“Filem (Kabhi Kushie Kabhi Gham) dan lagunya sudah menjadi ikonik dalam dunia Bollywood, semua orang membesar dengan mendengarkannya. Jadi apabila ia dimainkan, I was like, betulkah ini dan terus mengulang tayang. Lagu ini adalah ‘family song’ dan babak Bridgerton itu mewakili mesej yang sama. I love that.
“(Saya) menghantarkan mesej kepada Chris Van Dusen (penulis Bridgerton) dan memberitahunya babak tersebut membuatkan saya mengalirkan air mata kerana ia menggabungkan kedua-dua dunia saya; India dan Inggeris,” kata graduan Universiti Oxford itu.
Sementara itu, Simone Ashleyyang membawakan watak Kate Sharma dan buah hati kepada Anthony Bridgerton pula berkata, Bridgerton telah menjadi hit kerana ia mewakili pelbagai kebudayaan untuk dipertontonkan kepada penonton antarabangsa.
Ads
Pada zaman di mana ‘diversiti’ masih menjadi satu isu kompleks yang tercetus dalam dunia realiti, gambaran diversiti menerusi seni lakonan ini diharapkan mampu mengubah mindset penonton untuk menjadi lebih inklusif terhadap kepelbagaian latar belakang orang di sekeliling.
Simone Ashley di samping Jonathan Bailey.
Musim kedua Bridgerton mengisahkan tentang Lord Anthony Bridgerton (lakonan Jonathan Bailey) yang sedang mencari calon isteri terbaik.
Sebagai abang sulung dalam keluarga aristokrat itu, dia perlu menjaga nama baik keluarga dan mencari calon yang menyamai taraf luar biasanya. Pencarian itu seakan menemui jalan buntu sehinggalah Kate Sharma dan adiknya, Edwina Sharma tiba dari India.
Ads
Tak sabarnya nak binge-watch Bridgerton pada hujung minggu ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah serangkap lirik lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow yang dapat digambarkan buat penyanyi popular yang juga anggota kumpulan K-Pop BigBang, T.O.P pada masa ini, apabila bakal menyertai perjalanan ke angkasa lepas pada tahun hadapan bersama SpaceX, syarikat aeroangkasa milik individu kedua terkaya dunia, Elon Musk.
Menerusi satu perkongsian di Instagram dearMoon, T.O.P menzahirkan keterujaannya apabila dipilih menjadi salah seorang penumpang bertuah.
“Sebagai seorang artis Korea, saya berharap projek dearMoon akan memberi inspirasi kepada dunia. Saya mahu memberi harapan kepada orang ramai dan membuat mereka yang mempunyai impian berfikir bahawa tiada apa yang mustahil.”
“Saya amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek dearMoon. Saya sentiasa berfantasi mengenai angkasa lepas dan bulan sejak kecil lagi.
“Apabila dimaklumkan saya terpilih sebaga salah seorang kru, saya amat teruja. Saya mahu kembali ke Bumi sebagai artis dengan inspirasi baharu. Saya tidak takut untuk mengembara ke bulan dan tidak gentar dengan pengalaman baharu ini,” katanya.
Selain itu, perjalanan ke angkasa lepas berkenaan merupakan sebahagian daripada dearMoon iaitu projek pelancongan angkasa lepas dan seni yang dirancang oleh Yusaku Maezawa, bilionair serta pengasas pusat beli-belah atas talian terbesar Jepun, ZozoTown.
Starship yang dibina oleh SpaceX dilaporkan bakal melakukan perjalanan mengelilingi bulan selama enam hari sebelum kembali ke Bumi. Bagaimanapun belum ada pengumuman bilakah projek dearMoon ini bakal dilaksanakan memandangkan prototaip Starship yang dibangunkan oleh SpaceX untuk menerokai bulan dan planet Marikh mash belum berjaya terbang ke orbit.
Selain T.O.P, tujuh lagi artis yang tersenarai adalah penerbit dan DJ terkenal Amerika Steve Aoki, personaliti YouTube Tim Todd, pereka tari Czechia Yemi Ad, jurufoto Ireland Rhiannon Adam, jurufoto Britain Karim Ilya, pembikin filem Amerika Brendan Hall serta aktres India Dev Joshi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi mereka yang mahu menonton filem menarik di pawagam, Remaja nak mencadangkan kepada korang untuk menonton Promising Young Woman yang dibintangi oleh Carey Mulligan, Bo Burnham, Alison Brie, Clancy Brown, Jennifer Coolidge, Connie Britton dan Laverne Cox. Boleh kami katakana ini adalah antara filem terbaik setakat tahun ini.
Promising Young Woman meceritakan tentang seorang wanita bernama Cassie, pernah menjadi pelajar bidang perubatan namun tidak dapat menghabiskan pelajarannya atas sebab tertentu. Di usia 30-an, Cassie masih lagi tidak berkahwin dan tidak mempunyai pasangan dan kerana itu, ibu bapanya mula risau apabila melihat ramai diantara kawan-kawan Cassie sudah pun mendirikan rumah tangga.
Walau bagaimanapun, wanita itu mempunyai alasannya tersendiri kerana dia ingin membalas dendam terhadap individu yang pernah merosakkan kehidupan rakan baiknya, Nina Fisher. Tanpa dijangka, ada sesuatu yang berlaku dan bakal memberinya peluang untuk memperbaiki masa lalunya.
Filem ini menerima lima pencalonan di Anugerah Academy Awards, iaitu Best Picture, Best Actress, Best Director, Best Original Screenplay dan Best Film Editing. Tidak dapat disangkal lagi, Promising Young Woman telah membuktikan bahawa filem tersebut memang layak dipertandingkan di anugerah berprestij itu.
Pujian harus diberikan kepada Carey Mulligan kerana berjaya membawa watak Cassie dengan baik sekali. Bukan mudah untuk dua karakter yang berbeza, namun Carey telah membuktikan keupayaannya dalam Promising Young Woman.
Walaupun dilhat sebagai seorang wanita yang penuh dengan dendam kesumat, namun jauh disudut hati Cassie, dia seorang yang sangat menyayangi rakannya dan mempunyai semangat setia kawan yang kuat.
Filem ini juga dilihat mengangkat kisah wanita yang mahu memperjuangkan hak mereka daripada ditindas oleh kaum lelaki. Antara adegan yang menarik perhatian kami adalah apabila Cassie menghadiri parti bujang yang meraikan bakal pengantin Al Monroe. Paling ikonik!
Kalau nak tahu korang kena saksikan sendiri Promising Young Woman yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 15 April 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz menasihati golongan selebriti tidak perlu melayan komen yang kurang enak daripada netizen atau ‘berperang’ dalam media sosial.
Selain itu, pelakon filem hit Sheriff: Narko Integriti itu juga memberitahu isteri tercintanya, Datin Diyana Halik sentiasa berpesan agar membiarkan sahaja komen netizen yang menulis perkara yang tidak baik.
“Saya pun kadang-kadang geram juga bila tengok ada orang komen bukan-bukan, tapi isteri saya selalu mengingatkan saya. She is my big alarm clock.
“Dia selalu cakap ‘kenapa nak layan semua ini, orang ada hak untuk bercakap’. Saya selalu nasihat kepada pendatang baharu, ada yang tanya macam mana saya bawa diri dalam bidang macam ini,” katanya.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, sesiapa sahaja yang memasuki industri seni seharusnya menerima dengan hati yang terbuka apabila dikritik pelbagai pihak.
“Saya cakap, kalau masuk bidang ini, nak orang puji, siapa yang tak nak dipuji. Semua orang nak, tapi kena terima tiba masa orang nak kritik atau kutuk, kena terima sebab tak semua orang suka.
“Sebab lagi balas, ada saja netizen yang menjawab dan benda itu tak berakhir. Jadinya, cipta satu ruang untuk peminat dan netizen bergaduh,” tambahnya aktor kelahiran Singapura itu lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.