Baru sahaja pada minggu lalu, REMAJA melaporkan mengenai insiden dua penari kumpulan Hong Kong popular, MIRROR yang cedera setelah skrin gergasi di pentas konsert jatuh ke atas mereka.
Hanya selang beberapa hari sahaja, satu lagi tragedi telah mengejutkan dunia hiburan antarabangsa.
Kali ini, ia membabitkan seorang petugas lelaki di tapak konsert ‘Summer Swag’ oleh penyanyi Korea Selatan, PSY yang berakhir pada Ahad lalu.
Ads
Sehari selepas konsert berakhir, petugas berusia dalam lingkungan 20-an dari Mongolia itu sedang sibuk mengemas dan membuka semula set pentas konsert di salah satu ‘menara’ set konsert dekat Stadium Gangneung, Korea.
Pada ketinggian 15 meter, dia dilaporkan terjatuh ketika sedang mengalihkan salah satu lampu yang digunakan.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan, namun disahkan meninggal dunia setelah mengalami serangan jantung; menurut laporan portal Korea Joongang Daily.
Ads
Dalam pada itu, agensi P Nation yang mewakili PSY menyatakan rasa dukacita mereka di atas insiden yang berlaku ini. Kenyataan mereka pada 31 Julai lalu berbunyi, “Kami mengucapkan takziah kepada pekerja yang telah meninggal dunia setelah berlakunya satu insiden secara mengejut. Kami juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarganya.
“Kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku lagi, dengan penuh rasa tanggungjawab,” catat P Nation.
Ads
Diharap, kejadian yang berlaku di konsert MIRROR dan PSY dijauhkan daripada konsert-konsert yang dijadualkan berlangsung di ibu negara sepanjang tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak remaja lah kalau tak pernah buat slumber party! Tak perlu macam negara barat, cukup dengan berkumpul dengan tidur rumah teman rapat sambil menonton movie sampai tengah malam. Lagi best bila pakai baju tidur yang sama. Tapi tak seronok pula kalau tak selfie dan merakamkan detik-detik indah untuk tatapan hari tua kan?
Jika kamu gemar mengenakan pakaian dalam yang selesa dan tidak begitu menonjol, kamu boleh menikmati pakaian dalam 6IXTY8IGHT yang kini sudah berada di Sunway Pyramid. Jenama pakaian dalam khas buat remaja ini telah mula bertapak sekitar tahun 2002 dan telah menjadi salah satu jenama terkemuka di Asia.
Kebanyakan koleksi yang diperkenalkan sesuai dengan citarasa remaja hari ini dengan hiasan simple merah jambu dan selesa untuk dipakai. Jadi mudah untuk remaja yang gemar bergerak dan aktif. Bukan saja pakaian dalam, pakaian kasual harian pun 6IXTY8IGHT ada sediakan.
6IXTY8IGHT akan mula beroperasi di Sunway Pyramid Shopping Mall unit LG.05 pada 18 May 2019 12 tengah hari. Oleh kerana ia merupakan stor pertama di Malaysia, 100 pelanggan pertama akan menerima gift card berjumlah RM 168, juga 3,000 seluar dalam percuma selama 3 hari bermula tarikh pembukaan. Tak susah pun nak dapatkan seluar dalam percuma ni, cuma perlu follow Instagram @6IXTY8IGHT68 sah sehingga 20 Mei 2019. Siapa cepat dia dapat tau.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat peminat pelakon lelaki popular Korea, Song Kang, korang bakal berpeluang untuk bertemu dengan aktor ini dalam sesi bertemu peminat secara virtual pada 4 Mac depan.
Dihoskan oleh Netflix, sesi meet and greet ini bakal berlangsung selama 1 jam di saluran YouTube kandungan Korea Netflix The Swoon dan akan distrim dalam bahasa Inggeris. Sari kata turut disediakan dalam bahasa cina tradisional, Indonesia, Jepun, Thai, Portugis (Brazil), Sepanyol (Amerika Latin) dan Vietnam selepas acara berlangsung.
Sumber: Netflix
Sesi ini dapat memberikan pengalaman luar biasa buat para peminat untuk berinteraksi bersama bintang kesayangan mereka. Peminat akan melihat sekilas kehidupan pelakon itu melalui sesi soal jawab, kuiz dan banyak lagi aktiviti interaksi menarik yang dijanjikan. Tiada tiket diperlukan untuk menyertai sesi ini, jadi semua peminat dialu-alukan untuk menyertai acara tersebut.
Sumber: Netflix
Peminat juga berpeluang menghantar soalan dan video 30 saat untuk bertanyakan soalan atau memberikan ucapan buat Song Kang menerusi Google Form.
So guys, jangan lupa 4 Mac depan pada pukul 7 malam untuk beramah mesra dengan pelakon Love Alarm, Sweet Home, Navillera, Nevertheless and Forecasting Love And Weather ini ya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
**
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurang dari tempoh sebulan berlalu selepas ahli grup K-pop Big Bang, G-Dragon berangkat untuk melunaskan tanggungjawab menyertai latihan ketenteraan selama 2 tahun. Kini tiba giliran ahli grupnya, Taeyang untuk melakukan perkara yang sama.
Taeyang yang baru berkahwin pada awal Februari lalu didapati melaporkan diri untuk menyertai latihan ketenteraan pada hari ini. Berita tersebut tersebar selepas dia tiba di pusat latihan rekrut Divisi Infantri ke-6 pada jam 1.45 petang waktu Korea Selatan. Turut sama berada di situ ialah para peminat dan rakan media yang ingin memberikan sokongan.
Taeyang memilih gaya sama seperti G-Dragon pada hari melaporkan diri dengan memakai pakaian serba hitam. Mungkin kerana dia ingin kekal low profile dan tidak inginkan terlalu banyak perhatian.
Mana satu G-Dragon, mana satu Taeyang? Hehe..
Sebelum memasuki kompaun pusat rekrut tersebut, Taeyang sempat mengucapkan selamat tinggal kepada staf YG Entertainment dan juga bersalaman dengan peminat yang menunggu sejak awal pagi lagi.
Menariknya, oleh kerana ramai peminat dari luar negara di sana, dia didapati berturut dalam bermacam-macam bahasa berbeza bersama mereka.
Taeyang berdiri di hadapan crowd tersebut dan berkata, “Saya akan kembali semula dengan sihat,” sebelum memberikan salam hormat dan perpisahan.
Suasana tersebut nyata membuatkan netizen merasa sedih kerana mereka perlu menunggu 2 tahun lamanya sebelum boleh bertemu dengannya semula.
Di akaun Instagram, Taeyang juga sempat untuk memuat naik poster lagu terbaru Big Bang – ‘Flower Road ‘dengan pesanan, “Saya akan kembali dengan sihat. Untuk kamu semua, pilihlah jalan yang penuh berbunga (jalan yang baik).”
Flower Road akan menemui peminat Big Bang pada hari esok, pada jam 6 petang waktu Korea Selatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.Penampilannya yang menawan dan fit...