Ibarat tidak pernah serik dengan insiden lampau yang pernah berlaku dalam negara, masih ada remaja belasan tahun yang tidak mempedulikan nyawa pengguna jalan raya dengan memandu dalam keadaan mabuk.
Terbaru, seorang remaja berusia 19 tahun yang memandu kenderaan model Honda Civic telahpun bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Viva sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut, manakala anak dan isteri mangsa cedera (salah seorangnya parah).
Dalam kejadian sekitar jam 11.45 malam di Jalan Kuala Dipang-Malim Nawar dekat Kampar, Perak itu, kereta Honda Civic yang dipandu remaja terbabit bersama seorang penumpang berusia 29 tahun itu telah memasuki laluan Perodua Viva dan mengakibatkan kedua-dua kenderaan bertembung.
Remaja yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan penumpangnya itu tidak cedera. Begitupun, lain pula nasibnya dengan tiga mangsa yang berada di dalam kereta Perodua Viva.
Ads
Mangsa, Mohd Nazri Sham Aring, 42 cedera di dada dan disahkan maut di tempat kejadian. Manakala anak mangsa bersuai tiga tahhun mengalami pendarahan dalam di kepala dan isterinya pula mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Ipoh Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, remaja berkenaan kini ditahan untuk membantu siasatan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 44 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Kampar mengesahkan punca kematian disebabkan ‘polytrauma sekunder akibat kemalangan’.
Ads
*
Disebabkan tiada rasa tanggungjawab sebagai seorang pengguna jalan raya, nyawa tidak bersalah yang menjadi mangsa. Mungkin sudah tiba masanya untuk hukuman yang lebih berat menanti pemandu di bawah pengaruh alkohol dan bahan terlarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BTS telah melakar sejarah apabila menyampaikan “mesej harapan” dalam satu video pra-rakaman yang disiarkan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada Khamis.
Merupakan artis Korea pertama yang mencapai kejayaan ke Unicef, Kumpulan K-pop sensasi Korea Selatan BTS sebagai sebahagian daripada acara Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-75.
Dalam video berkenaan, ahli kumpulan itu berkongsi pandangan mereka tentang penularan wabak COVID-19 dan turut mendorong peminat agar sentiasa tabah dan berfikiran positif.
“If our voices can give strength to people, then that’s what we want and that’s what we’ll keep on doing.” @BTS_twt’s heartfelt message to young people at #UNGA. From feeling alone to feeling hopeless, they shared their struggles during COVID-19 to remind us what binds us. pic.twitter.com/SuD4Rm6ABa
“Konsert jelajah dunia kami terpaksa dibatalkan. Segala rancangan saya hilang begitu sahaja dan saya rasa keseorangan.
“Kini, mari kita ingat siapa kita sebenarnya dan hadapinya. Kita mesti sayangi diri sendiri dan ingatlah BTS akan sentiasa berada di samping anda.
“Ayuh! Kita bina semula dunia kita,” kata ketua kumpulan BTS, RM dalam bahasa Inggeris dan juga Korea.
Sebelum ini, BTS telah melakar sejarah dengan melonjak ke puncak di tangga pertama carta single US Billboard 100 menerusi lagu Inggeris baru mereka “Dynamite”. Ini menjadikan meeka merupakan artis Korea pertama yang mencapai kejayaan seperti itu.
Lagu ini, yang pertama dinyanyikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, mencapai 33.9 juta penstriman di Amerika Syarikat pada minggu pertama untuk berada di tangga pertama.
Daebak BTS…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ungkapan seorang anak yang meminta emaknya memberi tumpuan kepada adiknya sebelum keluar dari rumah pada Sabtu malam benar- benar menjadi kenyataan apabila dia dan kenalan lelakinya, maut selepas terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Ampang semalam.
“Lepas ini mak tak payah jaga kakak dah, kakak nak pergi jauh, selama-lamanya. Jaga saja adik” yang diungkapkannya sebelum keluar rumah memberi petanda dia ingin pergi selama-lamanya.
Kisah sedih ini dikongsikan oleh ibunya, Arizah Daud, 47 yang mengakui berasa amat sedih selepas kehilangan anak sulungnya, Nur Athirah binti Rohaizak, 17, pelajar SMK Bangsar yang maut dalam kejadian 5.55 pagi semalam di Jalan Ampang. Selain Athirah, kenalan lelakinya yang juga penunggang motosikal, Muhammad Fitri Samsudin, 19 tahun turut maut di lokasi kejadian.
“Sedih dan sebak hati saya. Tiada kata-kata mampu saya tuturkan,” katanya yang juga seorang balu selepas kematian arwah suaminya, Rohaizak bin Hamad kira-kira 7 tahun lalu.
Ibunya hanya mengetahui tentang kemalangan ini selepas terlihat di whatsapp jirannya di mana dia mengenali ic anaknya itu
Inilah gambar terakhir arwah yang diuploadnya sebelum meninggal dunia semalam
Berkongsi kisah sedih ini, Arizah yang juga pengidap kanser payudara yang kini sudah merebak ke organ paru-parunya berkata, malam sebelum kejadian, anak sulungnya yang disapa Mok sudah tidur sebelum seseorang melaungkan namanya dari bawah mengajak keluar.
“Arwah bangun dari tidurnya. Dia ada minta duit RM10 dari pakciknya. Beriya-iya dia merayu minta duit itu bila pakciknya enggan beri. Katanya ini yang terakhir. Selepas ini dah tak minta dah. Malah arwah juga sempat berpesan pada neneknya agar tidak dikuncikan pintu rumah kerana mudah untuk dia masuk nanti.
“Pada saya dia cakap, selepas ini mak tak payah susah-susah jaga kakak lagi. Kakak nak pergi jauh dan jaga saja adik,” katanya yang sama sekali tidak menyangka anaknya maut kerana dia hanya mendapat berita ini selepas melihat whats app yang sudah viral di telefon bimbit jirannya.
“Saya nampak ic dan saya tahu itu anak…”
Jelas Arizah, pada pagi kejadian, dia ke Eco City berdekatan rumahnya untuk pendaftaran mengundi. Ketika itu jam lebih kurang 11 pagi.
“Semasa duduk sebelum jiran, dia sedang melihat-lihat telefon bimbitnya sebelum memaklumkan kepada saya, ada pelajar sekolah meninggal dunia di Jalan Ampang dan kad pengenalan mangsa sudah disebarkan melalui aplikasi Whats App itu. Memandangkan line agak perlahan, jadi ia mengambil masa sedikit. Tapi sebaik terpandang kad pengenalan anak, terus saya menangis. Emak minta saya jangan rebah dan ketika itu laju saja kaki melangkah dengan juraian air mata. Saya tak boleh nak berkongsi kesedihan ketika itu dengan sesiapa. Anak yang baru saja saya tengok depan mata tetapi hanya berita kesedihan yang saya dapat bila anak sudah jadi mayat.
“Saya pun tak tahu seberapa laju saya melangkah. Masa 20 minit hanya jadi 10 minit untuk sampai ke rumah. Sampai saja depan rumah, sudah ada anggota polis yang menunggu untuk memaklumkan kejadian ini,”katanya yang tak mampu menahan sebak di dada. Berkali-kali air matanya mengalir. Terlalu sebak dan sedih kerana Athirah anak perempuan sulung yang diharap mampu menjaganya kala sakit tetapi ternyata, anaknya itu pergi dahulu dijemput illahi.
Ibunya begitu sebak bila bercerita tentang arwah anak sulungnya itu
Mengakui agak tertekan kerana kejadian ini, ditambah kanser payudara yang dihidapinya, kata Arizah, dia hanya mampu menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Ada macam-macam cerita saya dengar dan orang cakap. Kami hanya menunggu CCTV mengenai punca kematian. Polis cakap kejadian langgar lari, ada laporan akhbar cakap langgar pokok dan sebagainya,” katanya yang memaklumkan, jenazah anaknya dan kenalannya itu dimandi dan dikafankan di PPHUKM sebelum disolatkan di Kampung Limau di sini.
Sebagai ibu yang terpaksa menangung semua perbelanjaan selepas suaminya meninggal dunia, ditambah kanser payudara dihidapinya malah sebelah dari payudaranya sudah dibuang, kata Arizah apa yang dibimbanginya adalah keadaan kesihatannya yang semakin merosot.
“Saya kini menumpang rumah emak di Blok 100, PPR Seri Pantai, Pantai Dalam bersama adik beradiknya yang lain. Saya sudah berkali-kali membuat permohonan rumah tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.
“Begitu juga dengan bantuan Baitulmal. Baru ini saja dapat selepas membuat rayuan banyak kali. Buat masa ini saya berniaga nasi lemak yang dimasak emak kerana dengan itu sajalah dapat menampung perbelanjaan sekolah anak dan lain-lain. Lain-lain kemahiran saya tak ada, hendak bergerak dengan cergas pun susah dengan masalah kesihatan ini,” katanya yang sangat berharap agar dapat menyewa rumah PPR kelolaan DBKL kerana dia sudah puas merayu.
“Sekarang ini saya selalu keluar masuk hospital. Kadang berhari-hari tambahan pula kanser sudah merebak ke paru-paru. Kadang hendak bernafas pun payah, tetapi kata orang hidup perlu diteruskan juga selagi ada hayat,” katanya sedih.
Nenek sempat berkongsi cerita kali terakhir dia berborak dengan cucunya itu yang meminta agar dia tidak mengunci rumah kerana akan balik
Dalam pada itu, ketua Blok 100, Azanam berkata, semua urusan mengenai keluarga ini turut diambil berat oleh pihaknya.
“Kami bersama-sama menyembahyangkan jenazah dan membantu sebarang urusan pengkebumian. Saya memang memahami masalah dihadapi oleh jiran ini dan usaha untuk dia memohon rumah sudah dilakukan, Cuma sekarang bergantung kepada pihak berkuasa memandangkan keadaan kesihatan dihadapinya sekarang ini,” katanya yang hadir sama bersama Remaja ke rumah keluarganya siang tadi.
Bagi yang mahu membantu meringankan beban keluarga ini, bolehlah salurkan ke akaun Maybank atas namanya, Arizah binti Daud di akaun 114254045494.
Baca juga catatan kawan sekolahnya yang berkongsi segala-galanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedang negara kita tengah bergelut dengan kenaikan kes Omicron COVID-19 dan kerajaan mengesa rakyat mengambil booster dan vaksin untuk keselamatan diri masing-masing.
Foto Via Malay Mail
Negara Sweden mengejutkan dunia apabila membatalkan hampir semua sekatan dan menghentikan ujian saringan COVID-19 percuma, walaupun tekanan sistem penjagaan kesihatan kekal tinggi dan beberapa saintis menggesa lebih banyak kesabaran dalam memerangi pandemik itu.
Malah, khemah besar yang terdapat di seluruh pusat bandar, tempat yang menyediakan ujian COVID-19 secara pandu lalu serta perkhidmatan kit ujian yang dihantar ke rumah kini diberhentikan serta merta selepas pengumuman terbabit. Kerajaan Sweden juga tidak lagi menyediakan data penting untuk mengesan penyebaran COVID-19. Sweden juga tidak lagi menyekat orang ramai untuk berkumpul di sesuatu acara atau di restoran dan sijil vaksin tidak lagi diperlukan.
Langkah ini sememangnya pelik dan drastik. Ia juga meletakkan Sweden bertentangan dengan kebanyakan negara Eropah yang lain.
Kerajaan Sweden sebelum ini memilih untuk tidak melakukan perintah berkurung sebaliknya menggunakan pendekatan sukarela sepanjang pandemik, namun mengumumkan akan membatalkan sekatan yang masih berkuat kuasa dengan mengisytiharkan COVID-19 berakhir, kerana vaksinasi dan varian Omicron mengurangkan kes dan kematian.
Foto Via Government Offices of Sweden
“Seperti kita ketahui, pandemik ini saya katakan ia sudah berakhir,” kata Menteri Kesihatan Lena Hallengren kepada Dagens Nyheter selain menambah COVID-19 tidak akan lagi diklasifikasikan sebagai bahaya kepada masyarakat.
Biarpun hospital di Sweden masih mengalami tekanan dengan kira-kira 2,200 kes COVID-19 memerlukan penjagaan hospital, hampir sama semasa gelombang ketiga pada musim bunga 2021.
Memandangkan ujian saringan COVID-19 percuma dikurangkan sejak awal bulan ini dan dihentikan mulai semalam, tiada siapa mengetahui bilangan kes yang tepat.
Fuh, betul-betul berani kerajaan Sweden ini mengambil keputusan sebegini.