Masalah kulit wajah bukan saja menjadi mimpi buruk buat golongan wanita, malah lelaki pun boleh jadi stres kalau satu muka penuh ditumbuhi jerawat. Jadi, apa yang boleh kita buat? Ikhtiar.

Lagi Racun TikTok, Terbaru Trending ‘Tonyoh’ Timun Beku Dekat Muka. Pakar Pun Sokong!

Macam mana nak buat? Baru-baru ini trending di media sosial TikTok apabila @audrajeang menyatakan timun beku dapat menghidratkan kulitnya dan memberi kelegaan pada jerawat!

Rahsia Di Sebalik Timun Beku!

Menerusi hashtag #frozencucumber, ramai pengguna TikTok telah berkongsi pelbagai jenis kebaikan tentang trik ini selepas dia menggunakan timun beku dalam rutin penjagaan kulitnya.

 

IKLAN
@audrajeang##eyeslipsface ##frozencucumberhack ##skincare ##skin ##skinhacksathome ##undereyebags ##acne ##acnetreatment♬ Pretty Girl – Clairo

Timun mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit. Dari pemutihan kulit untuk merawat jerawat, timun boleh membantu menyelesaikan masalah kulit. Timun mempunyai kandungan air yang tinggi yang membantu mengekalkan kulit terhidrasi.

Ia juga kaya dengan antioksidan yang menjadikan kilit segar bugar. Kulit kita mempunyai protein yang dipanggil elastin dan protein ini bertanggungjawab untuk mengekalkan keanjalan kulit. Menggunakan timun pada kulit anda menghalang pemecahan elastin yang menjadikan kulit kendur.

IKLAN

Menariknya, pakar turut dan ahli dermatologi menyokong perkongsian yang dibuat oleh beberapa pengguna di TikTok. Dedahnya untuk lakukan trik ini, kamu perlu memotong bahagian hujung timun dan bekukannya dalam peti sejuk.

 

IKLAN
@skinbydrazi##duet with @alexaraeloebel Love the Frozen Cucumber Hack! ##beautyhacks ##cucumber ##skincaretips ##darkcircles ##acneskin ##acne ##skincare ##beautytips♬ Run Free (feat. IVIE) – Deep Chills

Kongsi Dr. Azi, antara manfaat yang boleh kamu perolehi daripada trik timun beku ini adalah:

  • Mengurangkan dark circle dan bengkak di sekitar mata.
  • Mendapat bahan antioksidan seperti Vitamin C
  • Melancarkan penghasilan kolagen
  • Mencerahkan kulit secara semula jadi
  • Membantu mengurangkan dan menghilangkan jerawat

Lakukan secara konsisten, insyaAllah selepas ini tak perlu lagi risau tentang masalah kulit berjerawat.

Selamat mencuba guys!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI