Penyanyi popular, Aina Abdul memaklumkan dia akan meneruskan berkarya di atas pentas walaupun menerima pelbagai reaksi yang kurang enak didengar ketika di kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), baru-baru ini.
Pelantun lagu hit Terus Hidup itu berkata, penat lelah dan setiap perincian yang dipersembah buat para penonton itu harus dibanggakan menerusi sepanjang anugerah berkenaan.
“Saya tiada apa nak katakan mengenai perkara ini kerana apa yang saya tontonkan di AJL itu adalah DNA saya. Selain itu, ia juga adalah hasil kerja yang harus saya banggakan menerusi sepanjang anugerah gilang gemilang itu.
“Daripada pentas, pencahayaan, penampilan, susunan muzik di AJL adalah persembahan yang paling saya banggakan. Saya akan teruskan untuk melakukan lebih banyak lagi karya sebegini,” katanya kepada Remaja.
Ads
Dalam pada itu, Aina turut berpuas hati dengan segala susun atur yang dipersembahkan pada malam AJL38.
“Lagi orang cakap ‘over’, lagi saya akan terus lakukan kerana saya tidak nampak pun apa-apa yang salah dengan karya yang saya persembahkan ini. Di kaca televisyen nampak cantik, bila saya tonton ‘footage’ semula saya rasa gembira dan memang ini yang saya mahukan.
Ads
“Saya memberitahu dengan team, jika kita nak persembah musim luruh, kita perlu benar-benar memberi musim itu di atas pentas besar tersebut. Kita memang nak bagi seperti Nami Island di situ. Tetapi tidak mengapalah, orang nak komen apa, komenlah…” ujarnya.
Sebagai pemenang tempat ketiga, penyanyi lagu popular Jangan Mati Rasa Itu tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.
Selain itu, Aina juga memenangi kategori Vokal Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah RM12,000 serta trofi dan juga kategori Pilihan Alha Alfa dan membawa pulang RM12,000 dan trofi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah orang seni, semestinya ini bukan perkara asing bagi ibu kepada dua cahaya mata ini. Beliau yang dahulunya merupakan seorang pelakon meninggalkan dunia hiburan setelah berkahwin dengan Putera Harry. Namun setelah mengumumkan yang mereka berdua tidak akan lagi bergelar sebagai ‘working royal’ dan mahu hidup dengan cara sendiri, banyak projek telah dilakukan.
Terbaharu, Duchess of Sussex ini mengesahkan yang dia akan menerbitkan sebuah siri pengembaraan animasi untuk saluran penyiaran atas talian popular, Netflix. Siri tersebut mengisahkan tentang gadis berusia 12 tahun yang terinspirasi dari figura wanita hebat dalam sejarah.
.
Siri yang akan diberi judu ‘Pearl’ ini diterbitkan oleh Archewell Production milik beliau dan suami.
Memetik kenyataan media yang diberikan. Beliau berkata, “Seperti kebanyakan wanita yang sama umur dengannya, heroin siri ini, Pearl, akan melalui satu fasa dalam mencari dirinya yang mana dia akan mencuba untuk mengatasi masalah harin yang berlaku di dalam hidupnya.
“Saya sangat teruja kerana Archewell Productions berkolaborasi dengan sebuah platform berpengaruh besar seperti Nerflix, dan saya percaya penerbir-penerbit yang hebat ini akan membawa akan siri animasi baru yang meraikan wanita hebat di dalam sejarah.”
.
Selain penerbitan siri animasi, awal tahun ini Meghan telah menerbitkan sebuah buku ilustrasi kanak-kanak yang diberi judul The Bench, yang pada mulanya merupakan sebuah puisi Hari Bapa yang ditujukan kepada suami tercinta, Putera Harry.
Menerusi satu temubual bersama majalah Nylon, Zayn mengaku dirinya pernah mencuba menggunakan salah satu aplikasi dating. Malangnya, ia tidak berjalan seperti yang diinginkan.
Penyanyi Pillowtalk itu turut dituduh sebagai penyamar oleh beberapa pengguna aplikasi dating tersebut dan tiada seorang pun mempercayai akaun yang didaftarkan olehnya itu dimiliki Zayn Malik yang sebenar. Malah akaun Tinder Zayn juga pernah disekat setelah beberapa pengguna melaporkannya sebagai scammer yang menggunakan teknik penyamaran atau catfish.
Kredit: Nylon
“Ramai yang merasakan saya catfish (menyamar). Ada juga di antara mereka yang menyoal, ‘Kenapa awak menggunakan gambar Zayn Malik’, sebelum saya disekat,” katanya.
Zayn juga menjelaskan bahawa dia sudah berhenti menggunakan mana-mana aplikasi dating dan ingin lebih fokus menikmati kehidupannya bersama anak perempuan, Khai yang sudahpun berusia empat tahun.
Kredit: Instagram Zayn Malik
“Saya selesa dan gembira hidup membujang. Saya sudah ada anak dan fokus saya adalah untuk menunjukkan contoh yang baik buat Khai”
Untuk rekod, Zayn dan Gigi pernah menjalinkan hubungan sejak 2015 namun berpisah pada tahun 2021. Dia juga pernah bertunang bersama penyanyi Perrie Edwards sekitar 2014 namun ikatan itu berakhir dengan perpisahan.
Bagi yang rindu sangat dengan nyanyian penyanyi ini, Zayn Malik juga baru sahaja melancarkan dua single yang berjudul Alienated dan What I Am.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam yang baru-baru ini ditemui di acara Scentify berkesempatan berkongsi pendapatnya berkenaan isu hangat ini.
“Macam Izzue sendiri, saya hanya fokus kepada kerjaya dan isteri sahaja. Tiada fokus lain kerana bagi saya kalau kita mula fokus lain itu yang fikiran akan mula menyimpang.
“Tidak perlu ada istilah memberi ‘peneman’ kepada isteri. Hanya perlu fokus pada isteri sahaja, cukupkan keperluan apa yang sepatutnya dia terima dari seorang suami.
“Kasih sayang, cinta, kesetiaan, pakaian dan makanan. Haaa.. cukupkan dulu semua itu. Kalau rasa tak cukup, jangan berangan nak tambah dua,” jelasnya.
Izzue Islam, atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan turut merasakan bahawa dirinya ingin fokus kepada kerjaya dan membahagiakan insan tersayang sepenuhnya buat masa kini.
“Bagi Izzue, lebih baik kita fokus kepada kerjaya, fikir kalau aku takde kerja esok lusa apa aku nak bagi makan dekat isteri aku.
“Itu sahajalah keutamaan saya setakat ini, fokus pada kerjaya dan keluarga dan mungkin dengan cara itu sedikit sebanyak akan membantu fikiran kita dari menyimpang ke arah lain,” komennya.
Buat makluman, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya Awin Nurin yang juga merupakan pengurusnya pada bulan Jun, 2013.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.