Isu pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol bagai tiada kesudahannya. Sudah terlalu banyak kes dilaporkan di media massa dan ia mendatangkan kemarahan orang ramai yang melihat isu ini bagai tiada kesudahannya.
Insiden melibatkan pemandu mabuk alkohol ini tidak hanya terjadi di negara kita tetapi juga di luar negara.
Terkini, tiga beradik, Antony, 13 tahun, adiknya, Angelina, 12 dan Sienna, 9 tahun maut di lokasi kejadian ketika masing-masing di dalam kegembiraan untuk membeli aiskrim sebelum dilanggar sebuah kereta yang yang dipandu di bawah pengaruh alkohol. Turut menemui maut ialah sepupu kepada kanak-kanak ini.
Dalam satu kejadian di Bettington Road di Otlands sekitar jam 10.00 malam,pada 1 Februari lalu tiga kanak-kanak ini menemui maut di lokasi kejadian selepas dilanggar kereta berkenaan. Lebih menyayat hati, seorang lagi adik mereka yang berusia 10 tahun berada dalam keadaan serius namun stabil.
Menurut bapa kanak-kanak ini, hatinya begitu terluka dan jiwanya mati selepas mengetahui kejadian menimpa ketiga-tiga anaknya ini.
Ads
Jelas Danny Abdallah, dia sama sekali tidak menyangka kegembiraan anak-anaknya untuk menikmati aiskrim berakhir dengan tragedi.
“Jiwa saya mati saat mengetahuinya. Untuk pemandu-pemandu, belajarlah lebih berhati-hati agar perkara sebegini tidak terjadi khususnya kepada kanak-kanak kecil,” katanya memaklumkan, dua lagi anak saudaranya berusia 10 dan 13 tahun turut mengalami kecederaan tetapi stabil.
Ads
“Saya sudah habisan kata-kata. Jiwa rasa mati. Hari ini kita bangun dari tidur dan melihat keriangan anak-anak tetapi malamnya kita kehilangan mereka sekelip mata. Hidup jadi terlalu kosong,” katanya memaklumkan anak sulungnya, Antony adalah peminat sukan basketball.
“Dirinya ingin bermain dan memberi penghormatan kepada mendiang Kobe Bryant. Masa yang sama, Angelina juga seorang yang selalu membantu. Sienna juga adalah pendamping saya dan kini kesemuanya sudah pergi ke tempat yang lebih baik untuk mereka,” katanya dalam satu temuramah.
Ads
Dalam pada itu, jurucakap polis Sydney berkata, pelaku iaitu Samuel Davidson menghadapi 20 pertuduhan salah laku.
Ini termasuk empat pertuduhan melibatkan kematian dan berada di bawah pengaruh alkohol. “Ketika ujian pernafasan dilakukan, kadar alkohol dalam tubuhnya tiga kali ganda dari dibenarkan oleh undang-undang Australia. Malah permintaan untuk diikat jamin juga ditolak sehingga kesnya dibicarakan pada 2 April akan datang
Jelas dahkan, bahawa memandu dalam keadaan pengaruh alkohol ini sangat merbahaya. REMAJA ingin bertanya, bilakah penguatkuasaan memandu dalam keadaan pengaruh alkohol ini akan dikuatkuasakan di negara kita kerana sudah banyak kes dipaparkan di media massa.
Adakah sehingga lebih banyak nyawa terkorban atau kita ambil sikap, tunggu dan lihat? Sumber : Sky News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang ibu, Wan Hasmiza Wan Ismail merayu agar saksi kejadian yang melihat kemalangan maut melibatkan anak sulungnya Nor Hafiz Hafizan Raja Nor Azuan, 19 tahun di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan tampil dengan segera bagi meredakan pertanyaan yang membelenggu jiwa raganya.
Mengidap kanser limfoma tahap dua a (bahagian limpa), Wan Hasmiza yang perlu menjalani kemoterapi saban minggu berkata, sejak kejadian menimpa anak sulungnya itu, dia selalu menangis.
“Hati saya tertanya-tanya. Kalau ada saksi kejadian, tolonglah tampil ke balai polis berdekatan untuk menjawap semua pertanyaan di hati saya ini,” katanya yang menangis tatkala dihubungi REMAJA.
“Siapa akan jaga Mama time Mama kemoterapi nanti, itulah pertanyaan Wan Hasmiza selepas pemergian anak sulungnya ini
Menurut wanita berusia 40 tahun yang terpaksa berhenti kerja Februari lalu berikutan kesihatannya semakin melemah kerana kanser, dia begitu terkilan kerana tidak sempat untuk menyambut ulang tahun ke 19 anak sulungnya itu.
“Semuanya sudah saya sediakan termasuk membeli makanan, penyediaan permainan malah pemilihan tema baju yang bakal disambut Ahad ini. Saya ingatkan untuk maklumkan pada anak hari Jumaat itu tetapi Allah lebih sayangkan dirinya,” katanya mengesahkan anaknya ditemui maut di Lebuhraya LDP itu malah orang awam datang ke rumah mencarinya bagi memaklumkan kejadian tersebut Khamis lalu.
Kata Wan Hasmiza, sekitar jam 11 lebih, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa anaknya kemalangan di Jalan Klang Lama dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya sudah hampir masuk tidur ketika itu ditambah rasa tidak sihat akibat kanser. Bila ketukan di pintu, pihak polis memaklumkan kejadian ini. Awalnya saya menyangka bahawa anak kemalangan biasa sahaja.
“Tapi selepas pihak polis pulang, saya ternampak seorang lelaki seperti mencari-cari rumah seseorang. Saya tegur dia, katanya dia mencari rumah Nor Hafiz. Bila saya kata saya emak Along, dia maklumkan anak kemalangan di Lebuhraya LDP tu dan mayatnya ada di lokasi kejadian.
“Mulanya saya tak percaya kerana pihak polis baru maklumkan lain tapi dia cakap dia bawa bukti iaitu kad pengenalan anak, ketika itulah saya mula rebah sehingga perlu dipapah. Kami bergegas ke lokasi kejadian dan benar Along sudah terbujur kaku,’ katanya terus menangis.
Pelajar Politeknik Shah Alam ini bercita-cita mahu mati syahid dalam melaksanakan tanggungjawab pada keluarganya
Jelas Wan Hasmiza lagi, dari cakap penunggang motosikal, mereka mengakui sudah mengalihkan motosikal Along dari lorong tengah ke tepi sementara mayat anak masih berada di lorong laju.
“Kalau diikutkan dari keadaan motosikalnya, ada besar kemungkinan dilanggar dari belakang. Siapa saksinya tolonglah tampil kerana ia memberi besar ertinya kepada saya,’ katanya lagi.
Menjelaskan kematian anaknya akibat kecederaan dalaman akibat langgaran, Wan Hasmiza menjelaskan bahagian kepala anaknya cuma ada sedikit luka. Tak ada patah di bahagian tubuhnya.
“Saya tak tahu sama ada anak terbabas atau dilanggar dari arah belakang. Saya mahukan sebuah jawapan. Kalau betul arwah terbabas tolonglah datang ke balai polis ceritakan situasi itu. Sementara kalau arwah dilanggar lari juga, tolonglah tampil. Ada saksi-saksi yang membantu berkata, mereka cuma nampak arwah anak terbaring di lorong laju sahaja dan mereka cuma menolong mengalihkan motosikalnya. Itu saja maklumat saya dapat,” katanya.
Tambah ibu empat anak ini lagi, arwah anaknya kini berada di Semester 3, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (bahagian pembungkusan) di Politeknik Shah Alam.
Dahulu arwah anaknya itu tinggal di asrama namun sejak dia perlu menjalani rawatan kemoterapi, Along meminta izin untuk duduk luar demi menjaga saya.
“Dialah yang masak di rumah bila saya tak sihat terutama lepas kemoterapi. Dialah sidaikan baju malah anak juga bekerja part time di Giant Kelana Jaya demi membantu kewangan keluarga kami kerana suami hanya bekerja kilang dengan pendapatan RM1500 sebulan.
“Kalau hari biasa Along kerja di Giant tapi hujung minggu arwah kerja tukang bancuh air di PKNS demi membantu saya,” katanya yang sehingga hari ini tidak mampu menjamah nasi kerana berasa kehilangan selain rasa terkilan.
“Hari kejadian, saya masakkan kari, lauk kesukaannya. Biasa lepas balik dari Politeknik, arwah akan makan nasi dahulu tapi pada hari itu, dia solat dulu. Makan pun tak sempat sebelum bergegas ke tempat kerja. Sebab itulah saya begitu terkilan kerana anak tak sempat jamah makanannya,” katanya memaklumkan, selepas kematian anaknya itu, barulah dia dapat tahu bahawa anaknya disayangi ramai termasuk bergiat aktif dalam kerja dakwah dan kebajikan islam malah menjadi naib presidennya.
“Arwah selalu buat kerja-kerja dakwah selain sampaikan bantuan. Saya ingat lagi dia minta adiknya belikan cakera kosong untuknya. Malah dia minta adiknya bawa turun laptop, cd dan chargernya untuk dia siapkan perbentangan projek itu.Bila dia meninggal, barulah kawan-kawannya bercerita. Allah, mulianya hatimu nak!
Ibu empat anak ini diuji dengan kanser limfoma tahap dua dan perlu jalani kemoterapi
Jelas Wan Hasmiza lagi, anaknya itu selalu mengucapkan ingin mati syahid dalam mempertahankan keluarga ternyata menjadi kenyatan kerana anaknya itu pergi meninggalkan dirinya sekeluarga selepas selesai membuat kerja part time. Malah apa yang membuatkan hatinya bertambah sedih, anak yang rapat dengan arwah iaitu Syakirah selalu menyebut dan bertanya di mana abang kesayangannya itu.
Bagi anda yang ada melihat kejadian kemalangan pada 18 Oktober lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berdekatan susur ke Lebuhraya Persekutuan, boleh hubungi Wan Hasmiza sendiri di talian 018-4675768. Bantulah ibu ini kerana dia mahukan sebuah kepastian.
Baca juga luahan hati Wan Hasmiza di fbnya:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya disebabkan oleh dua keping foto yang dimuat naik oleh pempengaruh terkenal, Ameera Khan yang mesra dengan panggilan Little Miss Khan, warga Instagram telah melontarkan pelbagai komen terhadapnya.
Dalam muat naik terbaru Ameera hari ini, dia tampil dalam persalinan jumpsuit berwarna kulit dan berada dalam posisi yang mungkin kurang dipersetujui oleh warganet.
Sumber Foto: Instagram @littlemisskhan
Sekali imbas, jumpsuit berwarna kulit tersebut nampaknya berjaya menampilkan efek neutral yang diinginkan apabila ramai berpendapat Ameera seakan tidak berpakaian.
Malah, ramai yang membandingkan Ameera dengan sosialit terkenal Amerika Syarikat iaitu Kylie Jenner yang gemarkan pakaian berwarna kulit seperti ini.
Tidak kurang juga ada yang menyamakan posing Ameera itu persis penyanyi rapper seperti Nicki Minaj yang terkenal dengan imej daring-nya.
Namun apabila ditelek semula, Ameera hanyalah memakai jumpsuit yang sama ronanya dengan warna kulitnya. Ia demi sebuah kempen produk penjagaan rambut baru yang dikenali sebagai FAFAA.
Berdasarkan permerhatian REMAJA, jenama tersebut bakal memperkenalkan beberapa produk debut mereka seperti pupur rambut merawat (treatment hair mask) dan syampu.
Meskipun ada menerima kecaman warganet, keputusan Ameera untuk berimej sedemikian demi kempen produk rambut ini diterima oleh ahli keluarganya seperti Noor Nabila dan Athisha Khan.
Siapalah kita untuk mengatakan sesuatu yang negatif jika ia dipersetujui oleh insan yang disayangi oleh Ameera sendiri, bukan?
Apapun, REMAJA memang menggemari betapa bersinarnya rambut Ameera menerusi kempen ini. Nak cuba lah!
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[et_pb_section admin_label=”section”]
[et_pb_row admin_label=”row”]
[et_pb_column type=”4_4″]
[et_pb_text admin_label=”Text”]
Spider-Man merupakan antara karakter komik yang paling ikonik dan tahan lasak pernah diperkenalkan oleh Marvel. Tidak salah untuk diperkatakan bahawa legenda hero arachnid di sebalik wajah nerd, Peter Parker ini merupakan karakter Marvel paling terkenal. Malah, Spider-Man juga pernah menjadi ‘wajah’ kepada Marvel.
‘Kepulangan’ karakter ciptaan Stan Lee & Steve Ditko ini semula ke Marvel Cinematic Universe juga disambut dengan cukup hebat terutamanya menerusi filem Spider-Man: Homecoming. Sejak melakukan kemunculan pertama di dalam komik Amazing Fantasy #15 pada bulan Ogos 1962, pelbagai versi Spider-Man telah muncul.
Jom kenali beberapa versi yang paling popular, menarik dan juga unik.
Medieval Spidey
Melakukan kemunculan pertama menerusi Avataars: Covenant of the Shield dan dicipta oleh Len Kaminski & Oscar Jimenez. Versi zaman medieval ini menampilkan Spidey menentang Captain Avalon & geng superknights.
Manga Spider-Man
Industri manga Jepun juga tidak ketinggalan mengabadikan Spider-Man dalam versi mereka. Diperkenalkan oleh Kosei Ono, Kazumasa Hirai dan Ryoichi Ikegami, jalan ceritanya menampilkan pelajar skeolah menengah, Yu Komori digigit labah-labah beradioaktif lalu mendapat superpower (lebih kurang Peter Parker).
Zombie Spier-Man
Jadi zombie Kampung Pisang ke? Eh, bukan ini zombie yang lain macam sikit dia punya kebolehan. Mula muncul dalam Ultimate Fantastic Four #22, ia dicipta oleh Mark Millar dan Greg Land. Dalam versi ini, geng Fantastic Four telah merantau ke alternateuniverse di mana Spider-Man menjadi zombie!
Man-Spider
Bayangkan Spider-Man versi bertangan enam dan berkaki dua (seperti labah-labah berkaki lapan), apa akan jadi. Imaginasi inilah yang direalisasikan oleh Howard Mackie dan Cary Nord menerusi komik Mutant X #6. Menerusi versi ini, Spider-man merupakan klon kepada Peter Parker.
Spider-Man India
Pavitr Prabhakar menjadi Spider-Man versi India di dalam komik Spider-Man: India #1. Dicipta oleh Sharad Devarajan, Suresh Seetharaman & Jeevan J. Kan, versi ini cukup unik kerana ia menjelajah ke budaya berbeza.
Miles Morales
Apabila Marvel menamatkan riwayat Peter Parker di dalam versi Ultimate, mereka kemudiannya memperkenalkan Miles Morales. Hero muda yang baru ini mempunyai jalan ceritanya sendiri yang cukup menarik. Malah, dia menjadi penyambung legasi Peter Parker.
Marvel’s Spider Man
Ini merupakan versi terbaru yang diperkenalkan di dalam siri animasi Marvel’s Spider-Man. Menerusi versi ini, penonton dibawa untuk megikuti kisah kehidupan Peter Parker di Horizon High. Selain Peter Parkr beberapa karakter penting lain juga diperkenalkan seperti Gwen Stacy dan Miles Morales yang juga menjadi Kid Arachnid!
Selain versi-versi dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi versi Spider-Man yang setiap satunya mempunyai kenunikan tersendiri. Versi terkenal yang lain seperti Spider-Girl, Spider-Monkey, Earth X, Spider-Man 1602, Spider-Man 2099, Spider-Man (Bruce Banner) dan Spider-Man Noir.
ANIMASI MARVEL’S SPIDER-MAN DI DISNEY XD (ASTRO CHANNEL 617)
Bermula pada 14 Oktober 2017 yang lalu, Disney XD telah mula menayangkan animasi terbaru yang hebat, Marvel’s Spider-Man. Ia kemudian ditayangkan pada setiap hari minggu iaitu Sabtu & Ahad pada jam 1pm & 8pm. Selain boleh ditonton di Disney XD, ia juga boleh didapati menerusi On Demand.
Siri terbaru ini menampilkan Peter Parker sebagai seorang remaja yang sedang menyesuaikan diri dengan kuasa baru serta tanggungjawabnya. Ia juga menyingkap kehidupan seharian Peter Parker di Horizon High, sebuah sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar genius. Selain Peter Parker, antara karakter yang turut diperkenalkan ialah Gwen Stacy, Anya Corazon dan Miles Morales aka Kid Arachnid (mendapat Spider power selepas eksperimen sains Peter Parker). Dengan pengetahuan dalam bidang sains, Spider-Man dan rakan-rakannya sentiasa tampil dengan penyelesaian kreatif untuk berdepan dengan villain seperti Vulture, Lizard, Sandman dan Doctor Octopus.
PERADUAN MARVEL’S SPIDER-MAN x REMAJA
HADIAH UTAMA x5
Beg galas Spider-Man
Buku nota Spider-Man
Botol air Spider-Man
Notepad Spider-Man
Soft toys Spider-Man
Tsums Spider-Man
Syarat penyertaan:
1)Like/Follow Facebook & Instagram Majalah Remaja (@majalahremaja)
2)Share posting ini ke Facebook atau Instagram kamu dan letakkan hashtag #MajalahRemaja #MarvelsSpiderMan
3) Hantar jawapan ke Private Message di FB @ Direct Message di IG Majalah Remaja.
4) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 November 2017
5) Pemenang bertuah akan dihubingi oleh pihak Remaja
Soalan 1:
Pada hari apa dan pada pukul berapakah ‘Marvel’s Spider-Man’ ditayangkan di Disney XD?
soalan 2:
Siapakah yang menjadi Kid Arachnid di dalam ‘Marvel’s Spider-Man’?
Soalan 3:
Lengkapkan ayat berikut; “Spider-Man merupakan superhero kegemaran saya kerana _________ (tidak lebih 20 patah perkataan)
[/et_pb_text]
[/et_pb_column]
[/et_pb_row]
[/et_pb_section]
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berpengalaman, Kamal Adli berkongsi bahawa Ramadan tahun ini terasa sangat berbeza, lebih-lebih lagi selepas hidup bersendirian.“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik...