Ia juga bagi menyokong program International for Conservation of Nature’s Save Our Species.
Bukan sekadar menukar jenis haiwan yang ada pada baju kemeja Polo mereka, Lacoste turut hanya mengeluarkan jumlah baju berdasarkan kepada jumlah sebenar spesis yang masih hidup dan bertahan.
Antara haiwan yang terlibat bagi koleksi Lacoste x Save Our Species ini adalah:
Vaquita
Haiwan mamalia yang hidup di lautan ini sering disalah erti sebagai dugong kerana ia gemar untuk berenang di kawasan air sederhana dalam.
Dengan panjang sekitar 1.5 meter, Vaquita semakin pupus kerana sering terbelit dengan jaring yang digunakan oleh nelayan yang menangkap udang.
Jumlah terkini: 30
Kura Kura Bintang Burma
Masa depan kura-kura air tawar ini nampaknya semakin suram. Ini disebabkan pemburu yang gemar mengambil telur kura-kura untuk dieksport.
Jumlah terkini: 40
Ads
Northern Sportive Lemur
Sebahagian daripada keluarga monyet, ia boleh didapati di hutan Madagascar di bahagian utara. Lemur semakin pupus kerana kerakusan aktiviti agrikultur dan penebangan hutan.
Jumlah Terkini: 50
Badak Jawa
Ia merupakan antara spesis badak yang jarang dijumpai dan senyap. Hanya baru-baru ini, badak Jawa ditemui di hutan Indonesia apabila pihak di sana menjalankan operasi Rhino Protecttion Unit. Ia semakin pupus kerana kurang pembiakan dan kerana tanduk mereka diburu secara haram.
Jumlah Terkini: 67
Cao-vit Gibbon
Ads
Antara spesis monyet yang paling jarang ditemui di dunia. Mungkin kerana ia tangkas dan pantas melompat dari satu pohon ke pohon yang lain. Gibbon ini boleh ditemui di sempadan negara China-Vietnam, di mana masalah penebangan hutan semakin meruncing.
Jumlah Terkini: 150
Burung Kakapo
Walaupun termasuk dalam famili burung kakak tua, Kakapo yang berwarna hijau kekuningan ini tidak boleh terbang kerana sayapnya yang pendek. Ia dipelihara secara ekstensif di New Zealand. Namun disebabkan kadar pembiakan yang sangat rendah, spesis ini semakin terancam.
Jumlah Terkini: 157
Burung California Condor
Dengan diameter kepaknya yang boleh mencecah sehingga 3 meter dari hujung ke hujung, California Condor merupakan antara spesis burung paling besar di Amerika.
Ads
Ia juga antara burung tercantik kerana faktor warnanya iaitu kepala kemerahaan dan berbulu hitam lebat. Spesis ini diancam isu pembuangan sampah yang mencemari habitatnya.
Jumlah Terkini: 231
Saola
Nampak seperti pelanduk, mamalia herbivor ini hidup penuh senyap di kawasan hutan dan pergunungan Vietnam serta Laos. Namun disebabkan kebiadapan pemburu yang membunuh atas sebab gadingnya, ia semakin pupus.
Jumlah Terkini: 250
Harimau Sumatera
Spesis ini adalah antara yang paling dekat dengan hati kita sebagai rakyat Malaysia. Harimau yang hidup secara liar di Malaysia dan Indonesia ini berbeza daripada harimau lain apabila ia hidup di kalangan familinya saja.
Jumlah Terkini: 350
Iguana Anegada
Walaupun ia merupakan spesis dengan jumlah terbanyak di antara kesepuluh-sepuluh haiwan di sini, Anegada yang hidup di negara British Virgin Island ini semakin berkurangan kerana kemusnahan habitat. Dan kucing liar serta anjing sukakan dagingnya. Hhm..
Jumlah Terkini: 450
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dulu-dulu, kita selalu gigih nak cari ucapan salam perantauan di dalam surat khabar, semata-mata nak tengok cara student Malaysia di luar negara yang menyambut Aidilfitri.
Sekarang senang sikitlah nak stalk, scroll di Facebook, Twitter dan Instagram je. Salah satu daripada foto paling menarik adalah student Malaysia yang berada di Jepun. Mungkin disebabkan kecantikan pemandangan bunga di sana.
Tapi kan, pernah tak korang terfikir mengenai cara mereka berpuasa di sana sebelum sambutan Syawal. Hhm, susah ke puasa dekat Jepun?
01
Ketika ini, kawasan Sapporo di Pulau Hokkaido (Utara Jepun) masih di awal musim panas. Tapi cuacanya tidaklah terlalu panas, cuma sekitar 26 darjah Celcius dan pada waktu malam pula jatuh ke 12 darjah Celcius. Kira okaylah untuk berpuasa.
Puasa masa berangin, not bad juga kan.
02
Tapi yang mencabar semacam adalah tempoh perlu berpuasa di Jepun. Kalau di Malaysia, kita dah complain kena berpuasa selama hampir 14 jam. Di Jepun mereka perlu berpuasa selama 16 jam sehari! Waktu Imsak adalah pada jam 2.30 pagi manakala waktu berbuka pula adalah pada sekitar jam 6.50 petang.
03
Kebanyakan daripada student Malaysia di Jepun memilih untuk berbuka di masjid. Bukan sebab free je tau! Tapi sebab sistem juadah berbuka di masjid sana adalah mengikut sistem giliran negara. Jadi setiap hari, akan ada pelajar negara tertentu yang menyediakan juadah berbuka untuk semua.
04
Disebabkan tidak ramai umat Islam yang menetap di Jepun, jadi apabila korang dapat berjumpa dengan brothers dan sisters di sana, rasa syiokk dia tu lain macam sikit. Antara kawasan di Jepun yang popular dengan bangsa Muslim Asia Barat, Asia dan Eropah ialah di Sapporo.
Masjid dua tingkat di Sapporo Jepun dan komuniti beragama Islam di sana.
05
Jangan terkejut, orang bukan Islam pun membantu memasak di masjid juga. Kalau boleh, mereka ingin mengajak saudara bukan Islam ini untuk terbuka minda mengenai agama Islam yang cintakan perpaduan.
Kalau korang nak tahu serba-sedikit mengenai cara berpuasa student Malaysia di Jepun, jom tengok video Ridzwan ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ura-ura bahawa penyanyi yang terkenal dengan lagi Police Entry ini telahpun selamat menamatkan zaman bujangnya telahpun diiyakan oleh empunya badan.
Foto dan video yang menunjukkan majlis perkahwinan Elizabeth Tan atau Lizzy yang tular sejak pagi tadi adalah benar.
Dalam sebuah majlis sederhana yang dilangsungkan di Gombak, Selangor itu, Lizzy dan pasangannya, Siew Jim memilih tarikh 20 Mac 2021 sebagai tarikh istimewa untuk disatukan.
Bercakap kepada rakan media di Harian Metro, Elizabeth atau Lizzy memilih untuk mempunyai sebuah majlis yang hanya dihadiri oleh 10 orang ahli keluarganya dan kenalan rapat saja.
Lizzy juga menidakkan kononnya ingin menyembunyikan status dirinya kini sebagai isteri kepada ahli perniagaan tersebut dan berkata kisahnya terlebih dahulu telah tular sejak pagi tadi.
“Saya minta maaf sebab tak sempat nak berkongsi berita mengenai perkahwinan saya sebab sudah tular lebih awal.”
“Saya memang cadang nak umumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya, ini adalah isu kecil saja.
“Majlis semalam adalah sangat intimate dan dibuat secara sederhana sebagai langkah mematuhi SOP,” kata penyanyi dan pelakon berusia 28 tahun itu.
Dalam hantaran terbaru Lizzy menerusi Instagram Story, dia beranggapan bahawa statusnya kita tidak sesekali akan mengubah kariernya dan cintanya kepada peminat yang sentiasa menyokong dari dahulu.
“Lizzy kahwin ke tak kahwin ke, sama saja.
“Lizzy hanya akan memilih suami yang menyokong karier dan semua peminat Lizzy dengan sesungguhnya,” catatnya.
Anyway, we are so happy for you Lizzy!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat roti canai, mesti korang geram bila melihat ‘roti canai sarang burung’ yang telah viral baru-baru ini. Roti canai yang ditengahnya diletakkan dua biji telur separuh masak, dihidangkan secara panas buat sarapan pagi memang betul-betul membuka selera.
Tak perlu beli di kedai, sebenarnya roti sarang burung ini boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan paratha segera sahaja. Lebih mudah kan?
Jom kita lihat bagaimana cara-cara membuat roti canai sarang burung guna paratha segera melalui resipi yang dikongsi oleh Mori Said Kitchen ini.
Bahan-bahan:
– Roti paratha segera
– Mentega
– Dua biji telur
– Serbuk lada hitam
– Garam
Cara menyediakan:
1. Kerat roti paratha pada bahagian tengah seperti dalam video
2. Lipatkan potongan di bahagian tepi roti paratha
3. Gorengkan paratha diatas kuali
4. Selepas paratha sedikit garing, masukkan dua biji telur ditengah-tengah roti
5. Kemudian, letak sedikit serbuk lada hitam dan garam. Siap untuk dihidang!