
Kuiz REMAJA kembali lagi!
Kami yakin ramai antara korang merupakan peminat tegar muzik K-pop. Apa taknya, ia kini bukan lagi dianggap sebagai genre muzik yang hanya jadi pilihan warga-warga Asia tetapi telah melebar ke seluruh dunia. Sebut sahaja nama BTS, BLACKPINK atau iKON pasti ramai yang terus berasa teruja.
Keunikan grup-grup K-pop pula semakin hari semakin hebat. Persaingan antara mereka membuatkan lebih banyak grup tampil dengan lagu, konsep dan muzik video yang sangat berkualiti tinggi. Maka tidak hairanlah jumlah view setiap MV popular daripada mereka mencecah jutaan dalam tempoh tidak sampai 24 jam! Nak tahu personaliti korang paling ngam dengan lagu K-pop yang mana? Haaa jom cuba kuiz ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tarikh Tayangan Baru 9 Filem Box Office Selepas Ditangguh Akibat COVID-19

Situasi pandemik COVID-19 turut menjejaskan industri perfileman apabila banyak filem-filem box office yang terpaksa ditunda tayangannya gara-gara wabak ini.
Beberapa pengedar telah membuat keputusan untuk menanjakkan tarikh tayangan filem mereka pada tahun depan kerana tidak mahu mengambil risiko kerugian akibat tiada penonton di panggung wayang.
Walau bagaimanapun, sudah ada beberapa filem yang mempunyai tarikh tayangan baru dan akan ditayangkan pada tahun ini sekiranya situasi pandemik tidak terus menular.
Jom kita lihat antara filem yang bakal ditayangkan.
1. The Spongebob Movie: Sponge On The Run
30 Julai 2020
Pelakon: Tom Kenny, Awkwafina, Clancy Brown, Rodger Bumpass, Bill Fagerbakke, Carolyn Lawrence
Siput peliharaan Spongebob iaitu Gary telah diculik oleh Poseidon. Ditemani rakan baiknya Patrick, kini Spongebob perlu mengembara ke Lost City of Atlantic City untuk mencari dan menyelamatkan siput kesayangannya itu. Dalam perjalanan, mereka telah berdepan pelbagai situasi merbahaya dan melucukan namun ia turut membuktikan kekuatan persahabatan mereka.
2. Monster Hunter
27 Ogos 2020
Pelakon: Milla Jovovich, Tony Jaa, Diego Boneta, Meagan Good
Berdasarkan sebuah permainan video bersiri berjudul sama tentang raksasa dan manusia yang memburu mereka. Apabila Leftenan Artemis dan pasukan elitnya memasuki dimensi lain selepas jatuh ke dalam portal, mereka perlu bekerjasama untuk mencari jalan pulang.
Dalam pada itu, mereka turut bertemu seorang pemburu misteri yang mempunyai kebolehan untuk hidup di dimensi tersebut. Dengan bantuan pemburu itu, mereka bertempur dan menghalang raksasa daripada memasuki portal dan menyerang Bumi.
3. A Quiet Place 2
3 September 2020
Pelakon: Emily Blunt, Cillian Murphy, Millicent Simmonds, Noah Jupe, Djimon Hounsou
Kesinambungan kepada filem “A Quiet Place” (2018), di mana ahli keluarga Abbott yang terselamat berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup mereka dengan mengembara ke dunia luar.
Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.
4. Candyman
24 September
Pelakon: Yahya Abdul-Mateen II, Teyonah Parris, Nathan Stewart-Jarrett, Colman Domingo, Vanessa Estelle Williams, Tony Todd
Sebuah `reboot` yang juga sekuel kepada filem seram 1992 “Candyman”. Ia berlatarbelakangkan kawasan perumahan Chicago yang sama di mana lagenda itu bermula, namun kawasan ini telah dibangunkan semula.
5. Connected
22 October 2020
Pelakon: Abbi Jacobson, Danny McBride, Maya Rudolph, Mike Rianda, Eric Andre, Olivia Colman
Keluarga Mitchell mendapati percutian mereka terganggu apabila alat peranti mereka cuba menguasai dunia. Semua peranti elektronik seperti telefon, robot peribadi dan kereta tanpa pemandu terlibat dalam pembangunan teknologi global yang mengancam manusia. Dengan bantuan anjing dan dua robot rosak, keluarga Mitchell perlu menyelesaikan masalah mereka supaya mereka dapat bekerjasama untuk menyelamatkan dunia.
6. G.I Joe Snake Eyes
22 Oktober 2020
Pelakon: Henry Golding, Andrew Koji, Iko Uwais, Úrsula Corberó, Samara Weaving
Snake Eyes menyelamatkan Tommy, yang dikenali sebagai Storm Shadow dan bakal ketua Arashikage, ketika sedang memburu lelaki yang membunuh bapanya. Walau bagaimanapun, semua itu telah dirancang. Snake telah membuat perjanjian dengan Cobra untuk mencuri permata suci dari Arashikage demi mendapatkan maklumat mengenai pembunuh bapanya.
Namun, kesetiaannya diuji dan dia mula mempersoalkan misi balas dendamnya apabila mendapat tahu tentang agenda sebenar Cobra.
7. No Time To Die
26 November 2020
Pelakon: Daniel Craig, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Léa Seydoux, Rory Kinnear, Ben Whishaw, Jeffrey Wright, Ana de Armas, Dali Benssalah, David Dencik, Lashana Lynch, Billy Magnussen, Rami Malek
James Bond kini menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas berhenti menjalankan tugas. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.
8. Top Gun Maverick
24 Disember 2020
Pelakon: Tom Cruise, Miles Teller, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Glen Powell, Lewis Pullman, Ed Harris
Sekuel kepada filem “Top Gun” pada tahun 1986 ini menyaksikan Tom Cruise kembali sebagai Pete “Maverick” Mitchell. Kali ini Maverick menjadi mentor kepada generasi baru juruterbang U.S Navy.
9. Escape Room 2
30 Disember 2020
Filem sekuel kepada “Escape Room” (2019) yang berkisarkan tentang sekumpulan orang yang perlu mencari jalan keluar dari beberapa siri bilik sesat.
Filem-filem lain yang dijadualkan tayangannya pada tahun depan adalah Peter Rabbit2: The Runaway (28 Jan 2021), Cinderella (18 Feb 2021) dan Fast & Furious 9 (1 Apr 2021).
Namun begitu, tarikh-tarikh tayangan ini mungkin akan diubah sekiranya pandemik COVID-19 masih belum reda, bergantung kepada situasi semasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
DIY Ais Krim Dengan Milo 3 In 1, Buat Apa Beli Kalau Boleh Buat Sendiri

Apa saja makanan yang boleh disediakan dengan mudah dan cepat, pasti ramai individu tak mahu melepaskan peluang untuk mencuba resipi yang sering kali dikongsi di media sosial.
Lebih-lebih lagi ais krim, makan waktu panas memang sedap. Betul tak?
Seperti yang dikongsi oleh page ABK Chocolate di laman Facebook mereka, tutorial menyediakan air krim milo instant ini telah pun mendapat lebih daripada 50 ribu perkongsian.
Hm, tengok pun dah sedap!
Apa kata korang cuba untuk buat sendiri sebab caranya memang mudah dan jimat.
Bahan-bahan:
5 paket Milo 3 in 1 = 33 gram
300 ml susu cair/susu segar
100 ml susu pekat manis
Cara membuat:
– Tuangkan milo 3 in 1 dalam bekas dan bancuhkan

– Kacau sehingga milo tersebut larut dalam air

– Paket milo 3 in 1 tadi jangan dibuang kerana bancuhan air tadi perlu diletakkan semula dalam paket tersebut

– Letakkan stick ais krim seperti dalam gambar

– Bekukan bancuhan tadi semalam dalam peti ais

– Korang boleh tambahkan hiasan dengan lelehan coklat yang dibuat sendiri

– Siap

Mudah kan? Rasanya semua bahan yang diperlukan memang dah ada di rumah. Jadi, tinggal nak cuba dan buat saja.
Apa lagi guys, jom try!
Sumber: ABK Chocolate
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jisoo Blackpink Bakal Pegang Watak Utama Dalam Drama Terbaru Snowdrop

Saat yang ditunggu-tunggu oleh BLINK akhirnya terjawab apabila salah seorang daripada ahli kumpulan Blackpink, Jisoo akan membintangi sebuah drama baru terbitan penerbit drama popular SKY Castle.
Menurut laporan dariapda Mydaily, Jisoo tersenarai dalam barisan pelakon bagi siri K-Drama yang berjudul Snowdrop dan memegang sebagai watak utama. Buat masa ini, drama tersebut masih lagi dalam proses perbincangan bersama dengan stesen televisyen JTBC.

Snowdrop adalah karya yang ditulis oleh Yoo Hyun Mi dan PD Cho Hyun Tak, dimana kedua-dua individu ini turut bertanggungjawab dalam menghasilkan drama hit tahun lalu, SKY Castle.
Pihak pengurusan Blackpink, YG Entertainment juga telah mengesahkan bahawa Jisoo bakal membuat debut rasmi dalam drama tersebut. Ini merupakan lakonan pertama Jisoo memegang watak utama kerana sebelum ini dia hanya tampil sebagai cameo dalam siri The Producers dan Arthdal Chronicles.
Terbaru, Jisoo juga sedang mempersiapkan diri untuk kembali bersama Blackpink pada 2 Oktober ini dengan album penuh pertama mereka. Selain itu, kumpulan ini juga baru sahaja mengeluarkan gambar teaser kedua bagi kolaborasi mereka bersama Selena Gomez.
Haih, kami tahu korang dah tak sabar nak menonton drama lakonan Jisoo kan? Sama-sama kita nantikan sama ada drama Snowdrop ini bakal meletup atau tidak. Hiks!
Sumber: koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

