
First of all, this quiz is for fun saja okay.
Jangan ambil serius sangat apa sahaja keputusan yang korang dapat. Tapi sebenarnya sedikit sebanyak pilihan jawapan yang dipilih itu agak sesuai dengan apa yang korang dapat nanti. Hiks.
Semua wanita pastinya memiliki kriteria lelaki pilihan mereka tersendiri. Dan bagaimana kriteria itu diputuskan sebenarnya bergantung kepada individu. Kadangkala ia tak perlu asas logik pun bila berbicara tentang perasaan. Ia adalah preference unik yang semua orang miliki.
Kali ini REMAJA nak ajak korang semua have fun sikit dengan sama-sama cuba kuiz di bawah. Agak-agak dapat jawapan nanti sama tak dengan kriteria lelaki idaman hati? 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kalau Dia Benar- Benar Cinta, Dia Takkan Menyakiti Kamu,”- Cinta Laura Kiehl

Meniti usia remaja bagaikan meniti satu dahan yang rapuh, mudah patah andai salah berpaut. Tidak dinafikan usia begini, gelora rasa membuatkan ramai yang mengambil keputusan tidak matang seiring usia yang muda.
Ada yang akhirnya terjerat di dalam cinta toksik, jadi mangsa deraan mental dan fizikal oleh sang kekasih dan ada pula yang terlanjur sehingga mengandung bawah umur. Tidak salah memiliki rasa saling menyukai, namun apa yang salah apabila membiarkan diri terjerumus ke dalam hubungan yang tidak sihat dan memudaratkan diri.
Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Cinta Laura Kiehl ada berkongsi pandangan dan juga menitip pesan soal cinta yang harus dielakkan.
“Pertama kalau orang itu tidak membawa nilai dalam hidup anda dan tidak mebantu anda menjadi lebih baik, tidak ada guna anda berada di dalam hubungan itu. Kedua, kalau orang itu benar-benar cinta anda dia tidak akan pernah menyakiti anda. Kalau cinta sudah membuat kita sakit, itu bukan cinta tetapi lebih kepada membiarkan diri dikuasai oleh orang lain,” kongsi wanita anggun berusia 27 tahun ini.
Selain itu, ini adalah lapan tip penulis senaraikan sebagai indikasi kepada anda jika hubungan anda adalah toksik. Girls and boys take note ya!

- Tidak saling menyokong di antara satu sama lain.
- Perbualan penuh dengan kata-kata yang selalu mengkritik, ada sahaja perkara yang tidak kena tentang anda di mata kekasih.
- Cembu yang keterlaluan juga tanda hubungan anda tidak sihat.
- Kekasih terlalu mengawal dan obsess dengan setiap tingkah laku anda. Can you imagine, if you are married to this type or person? Scary.
- Tidak pernah menghargai usaha anda.
- Selalu tidak bersikap jujur, kalau kekasih and amula menyorokkan telefon bimbit dan anda tidak boleh memegang telefon mereka, there is something wrong there. Yes, tidak dinafikan telefon bimbit adalah hak peribadi tapi kalau sampai bila bermesej pun hendak berselindung dari anda, apakah maknanya itu?
- Keputusan yang diambil selalunya mementingkan diri mereka, tidak pernah sekali pun menguntungkan anda.
- Tidak mahu berbincang apabila masalah terjadi. Seolah-olah there is nothing to be fixed. Ini bahaya kerana ia tanda kekasih anda tidak serius.
***P/S – Bercinta tak salah, ada je kawan penulis yang bercinta dari zaman sekolah dan kekal sehingga ke jenjang pelamin. Cinta yang salah apabila berlandas nafsu semata-mata. Merosakkan diri dan memberi kesan terhadap kesihatan mental anda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan! MK K-Clique Kini Bergelar Bapa!

Baru-baru ini, penyanyi rap dan pelakon terkenal, MK K-Clique berkongsi khabar gembira kepada peminat dan pengikutnya apabila mengumumkan bahawa dia dan isterinya kini sudah bergelar ibu dan ayah.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan (28) menerusi Instagram miliknya yang memberitahu bahawa isterinya, Siti Hajar Syeikh Nordin selamat melahirkan bayi perempuan pada 3 Ogos.
Penyanyi itu juga turut meluahkan rasa syukur kerana kini dia sudah pun bergelar sebagai seorang bapa.
BACA: Jurusolek Dedah MK K-Clique ‘Request’ Labuhkan Tudung Isteri Tuai Pujian Warganet

“Alhamdulillah Ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya selamat melahirkan seorang puteri, anugerah terbesar daripada Allah”
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis, peminat dan pengikut MK mengucapkan tahniah di atas berita gembira tersebut dan ada yang mendoakan semoga pasangan tersebut mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.
Apa pun, tahniah kami ucapkan kepada MK dan Hajar!
BACA: ‘Off-Market’, MK K-Clique Kini Sah Bergelar Suami Kepada Siti Hajar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara Nak Check Rekod Pasangan Sebelum Kahwin, Hanya Dengan Satu Langkah Mudah

Keputusan untuk berumah tangga bukan sesuatu yang boleh diambil mudah, lebih-lebih lagi untuk memilih pasangan yang akan berkongsi hidup sehingga ke akhir hayat.
Dalam tempoh perkenalan semuanya indah belaka, namun kita hanya tahu perangai sebenar pasangan apabila sudah betul-betul hidup bersamanya. Sebelum berkahwin mungkin tidak semua perkara akan dikongsi bersama pasangan. Jadi jangan terkejut sekiranya selepas mendirikan rumah tangga, barulah korang tahu background sebenar suami atau isteri.
Walau bagaimanapun, melalui portal esyariah.gov.my, terdapat ruangan yang korang boleh semak latar belakang pasangan sama ada mereka pernah melakukan jenayah atau tidak dengan hanya menerusi nombor kad pengenalan.
Bukanlah nak menyiasat seperti polis, tapi setidak-tidaknya korang betul-betul mengenali pasangan sama ada mereka mempunyai sebarang rekod jenayah atau pun tidak.
Caranya mudah sahaja:
1. Layari website esyariah.gov.my

2. Cari ruangan ‘Semak Status Kes’

3. Pilih MAL (untuk kes kahwin/anak luar nikah, etc) atau JENAYAH

4. Masukkan nombor kad pengenalan

5. Semak keputusan

Paling penting, korang kenalah tahu nombor kad pengenalan pasangan terlebih dahulu. Ini hanya pilihan untuk korang buat atau tak, bukan paksaan okay?
Sumber: Faiq Fikrey via blogmaukerja
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

