
Tinggal beberapa jam saja lagi sebelum kita ucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021!
Macam kebiasaan, ramai yang tak sabar untuk menantikan kehadiran tahun baru pada tengah malam ini.
Antara topik perbualan paling popular yang diperkatakan semua orang adalah azam tahun baru masing-masing. Kalau tak, kita nanti ibarat berjalan tanpa arah tuju lah kan.
Korang setuju ke dengan kewajiban mempunyai azam tahun baharu? Atau korang lebih suka untuk hanya go with the flow seperti tahun-tahun sebelumnya? Cer ambil kuiz di bawah dan lihat result masing-masing.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lelaki Ini Kongsi Produk Yang Mampu Neutralkan Bau Dalam Kereta Tanpa Perlu Pewangi Tambahan

Bagi individu yang sangat sensitif dan tidak suka kereta berbau yang kurang enak, pastinya mereka sentiasa mencari produk yang boleh menghilangkan bau-bauan di dalam kereta.
Ada yang telah menggunakan pewangi kereta pun tetapi masih tidak dapat menghilangkan bau-bauan itu. Jadi, apa yang korang boleh buat?
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai NaufalAntezem telah pun berkongsi tip tentang pewangi kereta yang dibelinya di MR DIY. Produk ini dikatakan mampu meneutralkan bau dalam kereta dan membuatkan kereta wangi tanpa pewangi tambahan.

Caranya Cuma tekan klip dan biarkan pewangi ini berfungsi sambil penghawa dingin kereta dibuka full blast.

Caranya:
1. Turn fan aircond paling maksimum
2. Tutup rapat semua tingkap, pintu
3. Tekan pin pada muncung spray ke bawah sampai bunyi ‘click’
4. Spray keluar sendiri
5. Tutup pintu kereta dan tunggu sampai spray habis
6. Spray habis, tunggu 2 ke 5 minit sebelum buka pintu
Biarkan ia habis dalam masa 3 ke 4 minit. Lepas dah habis, tunggu sekejap beberapa minit, baru buka pintu kereta semula. Buka semua tingkap bagi pengudaraan. Kalau ada kesan spray pada cermin, korang boleh lap (jika ada).
Kalau ikut pada label, produk ini mampu menghilangkan bau asap rokok, muntah, makanan dan macam-macam lagi. Baunya seperti bau-bauan lemon segar, tidak terlalu tajam menusuk.

Wah, macam menarik. Boleh cuba!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenali Tengku Budriah, Cucunda Raja Kerajaan Melayu Pattani Terakhir

Generasi kini pasti cukup kenal dengan negara Thailand. Ia menjadi salah satu lokasi pelancongan terdekat yang dikunjungi. Baik ke ke Bangkok atau pun Phuket, negara Gajah Putih ini memiliki hubungkait rapat dengan Malaysia dari sejarah dan juga geografi.
Tahukah anda suatu ketika dahulu Kerajaan Melayu Pattani merupakan sebuah wilayah berdaulat yang merangkumi kawasan Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla. Siapa yang tinggal di utara dan timur Malaysia seperti Perlis, Kedah dan Kelantan pasti kenal benar dengan empat daerah ini bukan?

Raja terakhir yang memerintah Pattani adalah Almarhum Tengku Abdul Kadir Kamaruddin Syah. Baginda telah dibuang negeri dan dilucutkan jawatan sebagai raja pada tahun 1902 oleh Raja Siam (kini dikenali sebagai Thailand) yang berjaya menawan wilayah selatan. ketika cuba melindungi kerajaan Pattani Tengku Abdul Kadir pernah ditangkap dan dipenjara oleh Raja Siam kerana mengingkari arahan.
Baginda kemudiannya telah tinggal di Kelantan sebagai tempat berlindung.
Walaupun begitu keturunan baginda masih lagi cuba membebaskan Pattani dari cengkaman Siam dengan menubuhkan beberapa pergerakan namun mereka tidak berjaya apabila ketika itu British lebih memihak kepada kerajaan Siam. Walaupun kini sudah tiada kerajaan Melayu Pattani di wilayah selatan Thailand, masih banyak peninggalan dahulu kala seperti istana dan juga masjid yang masih tersergam indah biarpun dimamah usia.

YMM RAJA PEREMPUAN BESAR TENGKU BUDRIAH
Almarhum Tengku Budriah merupakan cucunda Almarhum Tengku Abdul Kadir Kamaruddin Syah menerusi bonda baginda iaitu, Almarhum Tengku Besar Zubaidah binti Tengku Abdul Kadir. Tengku Budriah dilahirkan di Kuala Krai Kelantan pada tahun 1924 dan kemudiannya baginda mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada tahun 1941 ketika berusia 17 tahun. Almarhum Tuanku Syed Putra merupakan Raja Perlis yang ke-6.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 10 orang cahaya mata, lima putera dan lima puteri. Raja Perlis kini iaitu DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail merupakan anakanda sulung baginda berdua.

Sepanjang hayatnya, baginda pernah bergelar Raja Permaisuri Agong apabila suaminya ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke- 3. Tengku Budriah amat aktif dalam memperkasakan peranan wanita di dalam negara. Baginda banyak menjadi penaung kepada persatuan seperti: –
- Yang Dipertua Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKLIM)
- Penaung Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah.
- Penaung Lembaga Perkumpulan Perempuan Islam Perlis.
- Penaung Persatuan Dialisis Tuanku Syed Putra
- Penaung Persatuan Hoki Wanita Malaysia.
Salah seorang adinda Almarhum Tengku Budriah merupakan seorang ahli politik dan bekas Menteri Malaysia, iaitu YBM Tengku Sri Mara Raja Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen bin Tengku Mek Haji Ismail. Tengku Ahmad Rithauddeen merupakan bekas menteri kabinet kerajaan Malaysia yang pernah memegang portfolio seperti Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negeri.
Mangkat pada 28 November 2008 pada usia 84 tahun. Almarhum Tengku Budriah meninggalkan legasi sebagai seorang permaisuri dan raja perempuan yang sangat mengambil berat tentang hal ehwal pembangunan wanita.
Kalau nak tahu Almarhum Tengku Budriah merupakan nenda tiri kepada pempengaruh media sosial terkenal, Chazynash atau nama sebenarnya YM Syed Fernash Syed Badlishah Jamalullail.
P/S: Sebagai remaja generasi baharu, kita harus mengenali serba sedikit tentang sejarah negara sebagai pengetahuan umum agar cerita bangsa tidak mati ditelan zaman. It is good to know about our past history.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tony Fernandes Percaya ‘Teksi Terbang’ Akan Jadi Realiti, Dapat Permintaan Tinggi Tidak Lama Lagi

Dalam dunia teknologi serba moden kini, apa jua idea yang terlintas di kepala tidak mustahil boleh bertukar realiti pada bila-bila masa. Tidak kiralah apa jua angan-angan, jika disemai dengan penyelidikan dan perlaksaan, ia pasti boleh terhasil
Bagi Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, ‘angan-angan’ untuk melihat perkhidmatan seru pandu udara atau lebih dikenali sebagai ‘Teksi Terbang’ di Malaysia mampu terlaksana alam tempoh beberapa tahun sahaja lagi.
Katanya dalam satu temubual bersama Bloomberg TV, teksi terbang bakal menjadi satu keperluan dan akan meraih permintaan hangat. Biarpun belum bersedia sepenuhnya sekarang, ia akan wujud dalam tempoh terdekat setelah ekosistem dan peraturan trafik udara diperhalusi.
“Kita masih tiada perincian mengenai harga tiket, ekosistem dan kerangka lengkap sistem trafik udara. Ia bakal terlaksana dalam beberapa tahun sahaja lagi. Apabiila itu terjadi, teksi terbang akan menjadi pasaran yang besar terutamanya kepada Capital A,” katanya.
Tambahnya dalam temubual tersebut, idea teksi udara muncul sewaktu dunia dilanda pandemik COVID-19 dan memaksa semua pihak untuk berfikiran kreatif demi survival perniagaan.
Dengan idea untuk cabang perniagaan baharu ini, beliau berpendapat ia akan bermula sebagai cabang premium terlebih dahulu sebelum perlahan-lahan menjadi satu perkhidmatan awam yang lebih menyeluruh untuk masyarakat di rantau Asia Tenggara.
*
Terdahulu, syarikat tersebut melalui cabang perniagaan penerbangannya, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) pernah berazam untuk menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia Tenggara yang menyediakan perkhidmatan perjalanan udara jarak pendek dengan pelepasan sifar.
Ia juga pernah merancang untuk melancarkan perkhidmatan ini seawal tahun 2022 namun belum kesampaian.
ARTIKEL BERKAITAN: AirAsia Bakal Tawar e-Hailing Udara, Dari KLIA Ke KL Sentral Hanya Dalam 11 Minit – REMAJA
Sejak itu, Capital A telah menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat pemajakan pesawat antarabangsa, Avolon bagi memajak sekurang-kurangnya 100 buah pesawat jenis eVTL VX4 untuk kegunaan perkhidmatan seru pandu udara ini.

Jangan angan-angan ini mendapat nasib seperti gambaran ‘kereta terbang Wawasan 2020’ sudahlah ya. Hehe..
ARTIKEL BERKAITAN: “AirAsia Sudah Membuat Bayaran Balik Kepada Hampir Semua Pelanggan Terjejas,” – Tony Fernandes Beri Penjelasan – REMAJA
Dalam pada itu, REMAJA pernah melaporkan mengenai perkhidmatan heliride pada harga berbaloi di Kuala Lumpur.
BACA LAGI: Ride Kayangan, Harga Rakyat! Jom Naik Helikopter Keliling KL Di Bawah RM300 – REMAJA
SUMBER: Bloomberg TV
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

