Ini dibuktikan apabila seekor kucing yang kehilangan kedua belah mata termasuk bebola matanya selepas dijangkiti sejenis virus mempunyai seramai 87.4 K jumlah pengikut di laman Instagram yang dibuka khas untuknya.
Disaat serba kekurangan itu, kucing yang memiliki nama Jasper ini bagaikan bintang berbanding kucing lain. Di paparan Instagram atas nama jazzy.purrs mengemas kini gambar-gambarnya termasuk merakam videonya.
Jasper atau Jazzy diambil oleh penjaganya, Kelli ketika usianya dua tahun, lapor Mirror. Ketika itu dirinya masih sihat. Namun dari masa ke semasa, Kelli menyedari ada sesuatu tidak kena mengenai Jasper hinggalah ketika dibawa ke klinik, kucing itu disahkan terkena virus herpes yang menyerang bahagian matanya.
Ads
Saat virus itu mula menyerang, mata Jasper sentiasa mengeluarkan air.Ia kemudian mula merosakkan korneanya pada November 2013. Dalam keadaan itu, sebelah dari matanya dibuang ketika pembedahan bagi mengelak virus terus berjangkit.
Ketika itu Jasper hanya memiliki sebelah mata. Malangnya beberapa tahun kemudian, sekali lagi Jasper terkena jangkitan sama, kali ini pada mata kirinya dan satu pembedahan dibuat dan bebola matanya perlu dibuang terus.
Nasib malangnya tidak terhenti begitu saja kerana pada April 2019, Jasper diserang strok yang membuatnya sukar sembuh.
A post shared by Jasper (@jazzy.purrs) on Apr 23, 2020 at 3:35pm PDT
Dalam pada itu, Kelli memaklumkan, Jasper pandai menyesuaikan diri biar tanpa kedua belah mata.
“Jasper melakukan dengan baik. Hari pertama balik ke rumah, dia memanjat sofa dan bahu saya selain cuba menjejalah semua tempat. Ia saat menakjubkan. Ramai orang berfikir Jasper sengsara tetapi kualiti hidupnya baik. Dia kucing yang bahagia walau serba kekurangan,” kata Kelli.
Ads
Baru ini Kelli membawa pulang dua ekor kucing lain dan salah satunya Tesssa yang juga buta. Akhirnya kedua kucing ini “berkawan baik”.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ibadah yang paling dinantikan selain daripada berpuasa ialah solat sunat tarawih.
Mungkin ramai yang di antara kita yang lebih gemar untuk menunaikan solat tarawih di masjid ataupun di surau kerana sekiranya dikerjakan secara berjemaah, maka bertambahlah pahala.
Namun begitu, tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini menyarankan orang ramai untuk menunaikan solat sunat itu di rumah sahaja bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Tapi baru- baru ini, ada segelintir masyarakat yang meminta kebenaran untuk solat tarawih secara online sepanjang bulan Ramadan. Ha ini kerana mereka merujuk kepada akad nikah online yang dibenarkan baru-baru ini.
Justeru itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpandangan bahawa solat tarawih yang dilakukan secara dalam talian atau online tidak dibolehkan, senang kata tak sah la. Lapor Sinar Harian
Hal ini kerana syarat sah solat jemaah ialah jemaah perlu nampak pergerakan yang dilakukan oleh imam solat selain semestinya dapat melihat fizikal imam itu.
Beliau berkata, syarat berimam bagi seseorang makmum adalah individu itu semestinya dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat dan mengetahui pergerakan imam.
“Sebagai contoh, jika kita solat secara dalam talian dan ikut imam di Masjid Negara, tiba-tiba sambungan internet terputus, maka macam mana makmum nak ikut.
“Jadi untuk tahun ini, adalah lebih baik sembahyang di rumah dengan suami atau ketua keluarga. Mungkin tahun ini akan ada ramai imam baru walaupun tak bertauliah,”
Betul jua tu, kalau connection tiba- tiba putus macam mana pula solat tarawih kita tu kan. Lagi-lagi musim PKP ni memang internet tingtong. So kesimpulannya, korang solat jela sendiri atau berjemaah dengan ahli keluarga kan lagi bagus.
Berita baik buat korang yang sudah bekerja, pembayaran pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 KWSP telah pun dikreditkan ke akaun ahli bermula semalam sehingga 18 Mei ini.
Permohonan pengeluaran yang diluluskan akan dimaklum menerusi laman web i-Lestari sejurus bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank ahli KWSP.
Menurut Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, proses pengkreditan ke dalam akaun bank ahli mungkin mengambil masa satu hingga tiga hari daripada tarikh KWSP membuat pindahan.
Jadi, kalau ada yang belum dapat tu harap bersabar sikit ya. Hiks!
Rata-rata masyarakat Malaysia mengucapkan syukur dapat mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka, walaupun dikatakan menggunakan duit sendiri namun sedikit sebanyak ia mampu meringankan beban dalam situasi ekonomi sekarang.
Diharap rakyat Malaysia dapat menggunakan wang KWSP yang telah ditelah dikeluarkan ini dengan baik. Elakkan pembaziran dan berbelanjalah secara berhemah.
Perbuatan copy & paste di media sosial seolah tiada penghujung. Ironinya penulis asal sudah jauh terkebelakang kerana apabila sesuatu tulisan dimuat naik ke alam maya, ketika itu adalah individu yang tertarik untuk mengulang siarnya semula.
Lebih menyedihkan, pengulang siar semula itu langsung tidak memberikan kredit dari sumber mana mereka memetiknya. Apa yang mereka tahu, copy & paste dan kemudian menukar tajuk semata-mata untuk menimbulkan minat orang membacanya sedangkan isi bacaannya tidak sama.
Ramai di kalangan rakan penulis meluahkan isi hati masing-masing malah penulis yang terlibat dalam dunia kewartawan sejak berpuluh tahun lalu sudah lali dengan isu plagiat ini kerana tiada kawalan dilakukan.
Secara jujurnya, penulis menghalalkannya kalau apa yang disampaikan itu bermanfaat kepada orang lain. Tapi tak tahulah kepada rakan penulis yang lain kerana masing-masing ada pendapat sendiri.
Ada ratusan ribu buku diterbitkan oleh ramai penerbit di negara ini. pix hiasan
Sebenarnya ratusan ribu buku diterbitkan oleh penerbit di negara ini malah banyak media berautoriti seperti Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, NSTP, Utusan dan banyak lagi tetapi kajian mendapati rakyat Malaysia hanya membaca 15 buah buku setahun dalam satu kajian dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2014. Masih di tahap rendahkan.
Mungkin ramai yang berminat dengan gajet, hiburan dan keseronokan lain dan sebagai generasi muda yang dikatakan malas membaca, korang boleh memberi pendapat tentang isu ini.
Tapi awas ya, demi memupuk tabiat suka membaca, jangan sesekali mengulang cetak atau siar 21 buah penerbitan ini kerana ia telah dikenakan perintah larangan oleh pihak KDN bermula hari ini.
Baca artikel bawah ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap 21 penerbitan kerana kandungannya yang mungkin memudaratkan keselamatan, ketenteraman, moral dan kepentingan awam serta menggemparkan fikiran orang ramai.
Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perintah larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan P.U(A) 391 – 401 bertarikh 19 Disember 2017.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim
Beliau berkata warta perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).
“Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.
“Secara keseluruhannya, kesemua penerbitan berkenaan dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda di mana ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum,” katanya.
Senarai tajuk penerbitan yang dilarang:
Assalamualaikum : May Peace Be Upon You Observations On The Islamisation Of Malaysia “Qun Jiao Wang Shi” “36F Da Bo Mei De You Huo” “Gou Nan Nv No. 2” Antithesis Loaded (No. Keluaran 242) 100 Keajaiban Di Dunia Amalan Mustajab Dan Murah Rezeki Senjata & Pendinding Mukmin Asma Ul-Husna : Rahsia Dan Amalan 99 Nama Allah Rahsia Dan Kelebihan Kayu Kokka : Jenis Kayu Bahtera Nabi Nuh AS – Tongkat Nabi Musa AS Perjalanan Yang Cemerlang 1930 – 1980 Mempromosi fahaman komunisme. Intense Pleasure Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Hampir Tidak Kesampaian Berakhir Tiada Kesudahan Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Dimanakan Ku Cari Ganti Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Pencarian Ilmu Dipenghujung Rasa Agama Masa Depan : Perspektif Filsafat Perennial 25 Kisah Mukjizat Rasulullah Meneladani Rasulullah & Cerita Lain
Sehubungan itu, Alwi berkata individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya telah melakukan suatu kesalahan.
“Mereka boleh disabitkan dengan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 8(2) Akta 301,” katanya.
Alwi juga menyarankan agar orang ramai yang mendapati penerbitan itu masih ada di pasaran boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di moha.spab.gov.my. – BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya berkongsi berita bahagia mengenai tarikh pernikahan...