Ads
Home Hiburan Kucing Kesayangan Kritikal, Awal Ashaari Cari Penderma Darah

Kucing Kesayangan Kritikal, Awal Ashaari Cari Penderma Darah

Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari meraih perhatian warganet apabila memohon bantuan orang ramai selepas kucing kesayangannya, Luna, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan banyak darah.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Awal berkongsi berita duka tersebut dan menyeru pemilik kucing di sekitar Lembah Klang untuk tampil membantu.

Penderma darah kucing

Menurut Awal atau nama penuhnya Ahmad Awaluddin Ashaari, Luna kini sedang dirawat di Saint Angel Animal Medical Center, Puchong dan memerlukan penderma darah kucing dengan segera.

Kucing Kesayangan Kritikal, Awal Ashaari Cari Penderma Darah

“Assalamualaikum, kucing kami iaitu Luna berada dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah serta memerlukan penderma darah (kucing) yang bersesuaian,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Lebih menyentuh hati, Awal turut menegaskan bahawa pihaknya akan menanggung sepenuhnya kos rawatan dan pemeriksaan kucing penderma. Beliau hanya mengharapkan keprihatinan pemilik kucing yang tinggal berhampiran untuk hadir bersama haiwan peliharaan mereka bagi membantu menyelamatkan nyawa Luna.

Ads

“Kami sangat hargai pemilik kucing yang tinggal berhampiran yang ingin membantu, untuk membawa kucing peliharaan anda ke Saint Angel Animal Medical Center, Puchong. Cuma hadir bersama kucing anda di hospital, beritahu nama Luna dan segala kos akan dibiayai pihak kami,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Impak Maksima ini turut meluahkan harapan agar lebih ramai tampil mendoakan kesembuhan buat Luna, serta memohon agar segala kebaikan yang dihulurkan dibalas dengan ganjaran oleh Allah SWT.

Kucing Kesayangan Kritikal, Awal Ashaari Cari Penderma Darah

Ads

Warganet dan rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan semangat dan doa buat Awal serta Luna. Ramai yang tersentuh dengan keprihatinan selebriti ini, yang sanggup berkongsi kesulitan demi memberi peluang kedua kepada kucing kesayangannya.

Buat pencinta haiwan, inilah masanya untuk kita sama-sama memainkan peranan dan menyebarkan empati bukan hanya kepada manusia, tetapi juga kepada makhluk yang tidak mampu bersuara.

Sumber: Threads Awal Ashaari

Ads

BACA LAGI : Kajian Bukti Parasit Dari Kucing Berpotensi ‘Kawal’ Fikiran & Tingkah Laku Manusia

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads