Nampaknya kuasa viral banyak membantu penguatkuasa menjalankan tugas dengan lebih cekap.
Ini terbukti dalam kes seorang budak kecil yang bertubuh kecil di mana kakinya seolah tidak sampai menunggang motosikal sambil cuba membuat aksi wheelie. Netizen yang melihat aksi tersebut menegur perbuatan tersebut yang dianggap berbahaya kepada pemandu lain.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggangi kanak-kanak lelaki di negeri ini yang tular di laman sosial sejak semalam.
Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan gelagat kanak-kanak bersaiz kecil menunggang Honda EX5 dan ditegur seorang pemandu kenderaan di simpang Kampung Paya Cegar, Jitra.
Ads
Kanak-kanak dipercayai berusia 12 tahun itu turut didakwa cuba mengangkat tayar motosikal dan gelagatnya dirakam orang awam sebelum tersebar di media sosial.
Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, pihaknya sudah menyemak video berkenaan dan berjaya mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggangi kanak-kanak lelaki berkenaan.
Ads
Beliau berkata, berdasarkan video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku di Kampung Paya Cegar di Jitra.
"Kita akan memberi Notis 114 kepada pemilik motosikal itu supaya hadir ke pejabat JPJ untuk memberi keterangan.
Ads
"Namun, kita akan dapatkan dulu maklumat lanjut dan melakukan soal siasat sebelum tindakan diambil," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ismasuhaimi berkata, pihaknya mendapati kesalahan kanak-kanak itu ialah tiada lesen memandu B2 selain tidak memakai topi keledar.
Katanya, tindakan kanak-kanak itu juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan.
"Justeru, saya menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya mengawasi anak masing-masing supaya tidak menunggang motosikal terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di media sosial, ramai peniaga menjual secara online pelitup muka dari jenis fabrik. Harganya dari semurah RM5 dan ke atas bergantung kepada jenis fabrik digunakan. Mungkin harga lebih mahal jika ditambah corak dan sebagainya.
Ramai pengguna membelinya kerana beranggapan dapat menjimatkan wang tambahan pula jika mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Malah pelitup muka fabrik ini juga boleh dicuci berulang kali berbanding penggunaan pelitup pakai buang.
Di sebalik penguatkuasaan kerajaan bermula 1 Ogos ini untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan sesak, semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pelitup muka fabrik yang hanya mempunyai satu atau dua lapisan.
Jelas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berdasarkan garis panduan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya pelitup fabrik tiga lapisan yang disarankan bagi mengekang penularan COVID-19.
"Kalau satu lapisan memang tidak berkesan. Kita tidak menggalakkan penggunaan pelitup muka fabrik yang dikatakan satu atau dua lapisan.
"Kita mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan WHO iaitu non-medical facemask mesti ada tiga lapisan iaitu kesan hidrofilik dan hidrofobik. Jadi kita telah maklumkan iaitu ketiga-tiga lapisan tersebut," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin. Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular Sabtu lalu mengenai isu tayangan filem The Batman di pawagam Tanjung Golden Village (TGV) Vivacity yang terpaksa dimulakan semula selepas 45 minit filem ditayangkan.
Seorang pengunjung pawagam mendakwa isu tersebut timbul disebabkan golongan VIP yang kononnya tiba lewat di pawagam lalu menggesa filem itu ditayangkan semula dari awal. Katanya, petugas pawagam sendiri melaporkan perkara tersebut dan ia telah mencetuskan rasa tidak puas hati kerana ketidakadilan layanan yang diberikan.
Justeru, Isnin lalu pihak TGV Cinemas (TGV) telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memohon maaf atas kesulitan tersebut.
Bagaimanapun, apabila siasatan lanjut dilakukan oleh TGV, isu itu berlaku disebabkan kesilapan teknikal dan bukannya kerana kelewatan VIP.
Menerusi akaun media sosialnya, TGV memutuskan untuk memulakan semula tayangan filem The Batman jam 7.15 malam kerana 80 peratus pengunjung yang telah membeli tiket tayangan secara tidak sengaja dibiarkan menunggu di luar dewan oleh petugas TGV.
Petugas TGV tersalah faham bahawa pawagam itu masih mengalami isu teknikal seperti yang berlaku di dewan IMAX-nya pada petang Sabtu.
Oleh itu, dia telah menangguhkan kemasukan 80 peratus pengunjung sedangkan 20 peratus pengunjung lain telahpun memasuki dewan pawagam dan mula menonton filem The Batman.
— TGV Cinemas | #TontondiTGV 🇲🇾 (@TGVCinemas) March 7, 2022
Begitupun, TGV masih memahami mengapa pengunjung lain merasakan tidak puas kerana terpaksa menonton semula 45 minit terawal filem itu.
TGV tidak keberatana untuk menawarkan pembayaran semula harga tiket di samping memberikan dua tiket percuma kepada pengunjung terlibat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini kecoh di media sosial kisah seorang instafamous remaja, Amalin yang mendakwa telah dibelasah oleh teman lelakinya sehingga tubuhnya lebam-lebam.
Terkini, seorang pengguna twitter Danialoniel@dnielioniel mendakwa laporan polis itu sudah ditarik oleh Amalin. Benar atau tidak, hal ini tidak pasti.
Inilah dakwaan mengatakan kes pukul ini telah ditarik semula
Kes instafamous ini mula tular selepas dia memuat naik kenyataan yang ditulisnya di Instagram miliknya mula menjadi viral selepas dia membuat laporan polis dan menulis ,
“Terima kasih daun keladi, ada masa tumbuklah lagi.Kau nak lepas geram dengan perempuan nanti carilah aku, jangan pukul girls girls lain okay.
“BTW thanks your for those yang DM, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua, I will reply as soon as possible.
“I really appreciate it, niat Cuma nak nasihat perempuan lain jangan jadi bodoh je, tak sangka macam ni. Girls take care of your self okay. Jangan jadi macam kita.
Selepas berita itu tular, usianya yang dikatakan 13 tahun didakwa tidak benar kerana gadis yang masih bersekolah ini dikatakan berusia 17 tahun.
Kisah instafamous ini tular di media sosial kerana dakwa dipukul. Kredit gambar Oh My Media
Ramai yang memberikan komen agar pada usia itu sebenarnya ditumpukan kepada pelajaran dan bukannya masa untuk berkasih-kasihan. Ramai juga menyarankan agar istilah famous itu digunakan untuk perkara-perkara yang lebih bermanfaat.
Selain kes Amalin, sebelum ini media sosial turut melaporkan seorang instafamous remaja dirogol oleh kenalan lelakinya tanpa menyebut nama instafamous berkenaan. Namun pelakunya sudah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!