Kuasa Asia! K-pop Tawan VMAs 2022 Menerusi Blackpink, BTS & Seventeen

Share

 

Selebriti K-pop menjadi salah satu topik perbualan utama sempena acara MTV Video Music Awards (VMAs) 2022 hari ini apabila kumpulan Blackpink, BTS dan Seventeen masing-masing memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Blackpink yang baru-baru ini meluncurkan lagu terbaru, Pink Venom bersempena album Born Pink yang bakal menyusul tidak lama lagi tidak mengecewakan para Blinks apabila menguasai pentas VMAs dengan persembahan lagu tersebut secara langsung.

Nak tau bagaimana kami tahu Pink Venom amat diminati? Lihat sajalah pada Taylor Swift yang sakan menari mengikut rentak lagu tersebut.

@rjvktsg SHE KNOWS THE LYRICS AND LIL BIT OF THEIR CHOREO!!! 😭😍 #blackpink #taylorswift #vmas #fyp ♬ blondie dancing to pink venom by blackpink – ㅤR

ARTIKEL BERKAITAN : “Terkejut!” Peminat Teruja Taylor Swift Akan Muncul Dengan Album Ke-10 Oktober Ini – REMAJA

Tidak cukup sekadar menghangatkan suasana, Blackpink turut membawa pulang trofi VMAs bagi kategori Best Metaverse Performance menerusi projek kolaborasi mereka berjudul Ready For Love bersama permainan video popular, PUBG.

Sementara itu, salah seorang ahlinya iaitu Lisa Manobal mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penyanyi solo K-pop PERTAMA dalam sejarah penganjuran VMAs untuk membawa pulang trofi idaman ramai itu. Ia adalah menerusi kategori Best K-pop bagi lagu LALISA.

Sambil menamakan kumpulan peminat Blackpink, Blinks sebagai punca kemenangannya, Lisa turut berterima kasih kerana menjadikan impian ini satu realiti buatnya dan ahli Blackpink lain.

Dalam pada itu, SEVENTEEN juga tidak terkecuali membawa pulang trofi VMAs pertama mereka menerusi lagu Rock With You dalam kategori Push Performance of the Year.

Biarpun tidak dapat berada di sana, Vernon SEVENTEEN mewakili ahli lain dalam ucapannya dan berkata, “Ini adalah satu penghargaan besar untuk menjadi artis K-pop pertama dipaparkan bagi MTV Push; apatah lagi menerima anugerah Push Performance of the Year.”

Tambah Mingyu SEVENTEEN, “Terima kasih VMAs, dan terima kasih kepada peminat kami CARATS atas sokongan dan kasih sayang anda.”

Certainly not the least, kumpulan sensasi BTS melengkapkan kemenangan trio K-pop ini dengan kemenangan Group of the Year untuk tahun keempat berturut-turut di VMAs. Wow! Tak beri peluang langsung ya kepada kumpulan lain, hehe..

“Kami tidak boleh melakukannya tanpa sokongan anda semua. Terima kasih ARMY.”

Jelas, kuasa hiburan Asia terutamanya dari Korea Selatan akan berada di sini untuk satu jangka masa yang amat panjang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN