Kuasa ‘ARMY’ Tak Dapat Dinafikan, Jimin BTS Penyanyi Korea Pertama Rangkul #1 Billboard HOT 100 Dengan Solo ‘Like Crazy’

Share

Siapa tak kenal dengan figura kumpulan BTS yang terdiri dari tujuh orang. Kumpulah hangat ini sangat berjaya dan terkenal sehinggakan dapat menyumbang sebanyak AS$4.5 bilion, bersamaan dengan RM18.8 juta kepada pendapatan per kapita (GDP) Korea Selatan, menurut laporan The Hollywood Reporter.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli BTS Sah Jalani Latihan Ketenteraan, Bermula Dengan Jin

Penyanyi terkenal Jimin atau nama penuhnya Park Ji Min.

Baru-baru ini, Jimin yang merupakan salah seorang ahli dari kumpulan mega BTS telah mencipta sejarah selepas merangkul tempat teratas Billboard’s Hot 100!

Pada 3 April lalu, Billboard mendedahkan nama 10 penyanyi teratas dalam carta Hot 100 terbaru mereka yang turut dikenali sebagai carta lagu paling popular di Amerika Syarikat.

Billboard Hot 100 merupakan carta lagu paling popular di Amerika Syarikat.

Untuk carta Hot 100 bertarikh 8 April, “Like Crazy” oleh Jimin BTS berjaya merangkul hit No. 1 pertama dalam kerjaya solonya dan menjadikannya penyanyi solo Korea Selatan pertama yang menduduki tempat teratas carta itu!

Dalam minggu pertama keluaran lagu tersebut dari 24 hingga 30 Mac, “Like Crazy” telah mencatat jumlah lebih daripada 254,000 muat turun lagu dan single CD, selain memperoleh 10 juta strim. Angka jualan ini mengalahkan angka jualan lagu Taylor Swift berjudul “Anti-Hero” yang dikeluarkan November lalu.

Ahli kumpulan BTS kini terkenal di seantero dunia.

Kemasukan baru penyanyi terkenal itu ke dalam carta No. 1 Hot 100 turut memecahkan rekod PSY iaitu penyanyi solo Korea terdahulu dan menjadikannya ahli BTS pertama yang menduduki tempat 20 teratas bagi carta ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Jimin atas pencapaian baharunya yang luar biasa!

BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Getty Images, Hybe Company, Billboard

IKLAN