Kali terakhir selebriti serba boleh, kacak dan berkarisma Thailand, Win Metawin berkunjung ke Kuala Lumpur adalah pada 5 November lalu. Ia bersempena jelajar Asia ‘Shooting Star’ yang merupakan acara ‘meet & greet’ selebriti Thailand popular dengan para peminat mereka anjuran ACO Media dan AMM.
Bertempat di Tropicana Gardens Mall Convention Centre, kehadiran kali pertama Win itu juga disertai oleh rakan gandingannya, Bright Vachirawit, Dew Jirawat dan Nani Hirunkit yang telah mendaki carta populariti sebagai kumpulan F4 dalam siri Meteor Garden versi Thailand.
Acara yang menyelitkan persembahan nyanyian lagu-lagu seperti Who Am I, Best Life, In The Wind, Lost And Found, Shooting Star dan The Person Must Be You (dari siri Still 2gether The Series) itu bertambah gamat dengan permainan ‘Familiar Game’ serta interaksi mereka berempat bersama peminat. Sambil itu, Win berharap agar dirinya akan kembali semula ke Kuala Lumpur pada masa akan datang.
Tidak sangka pula, hanya selang tiga minggu kemudian, harapan Win itu menjadi realiti apabila dia diundang semula ke Kuala Lumpur semalam. Kali ini, ia bersempena pembukaan semula butik Prada di Pavilion Kuala Lumpur.
Ads
Kelibat Win, 23 ingin sekali dilihat oleh para peminat yang sanggup beratur di luar butik seawal empat jam sebelum acara bermula lagi.
Win nyata tidak mengecewakan apabila tampil memukau dengan rupa paras yang menjadi idaman peminatnya sambil menyarungkan persalinan Prada serba hitam.
Ads
Khabarnya, Win juga dijadualkan meluncur video muzik terbaru pada 6 Disember ini bagi sebuah single baharu yang masih belum diketahui judulnya.
Malah untuk tahun 2023, Win bakal bersatu semula dengan empat lagi pelakon Meteor Garden itu. Cuma kali ini, ia adalah untuk siri berjudul Beauty Newbie dan turut dibintangi oleh pelakon wanita terkenal Thailand, Baifernbah.
Ads
Wah, Kuala Lumpur sudah boleh diibaratkan sebagai rumah kedua Win Metawin kan berdasarkan kekerapan kehadirannya di sini.Harapnya korang dapatlah mengambil swafoto bersamanya semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak jadi idola K-Pop ini antara ciri yang paling utama ialah kena cantik dan rupawan. Tak kisahlah sama ada idola lelaki atau pun perempuan! Sebab itulah mereka sangat menitikberatkan peenjagaan wajah dan juga seluruh badan. Aset tau!
Disebabkan itu portal gaya hidup Metro Style, baru-baru ini telah menganjurkan undian aktres tercantik Korea.
Inilah hasilnya!
Dalam undian tersebut, Seo Ye Ji menerima markah tertinggi iaitu 43.4 peratus bersamaan dengan 1.3 juta pengundi. Menerusi sumber, pelakon berusia 30 tahun ini menduduki tangga yang pertama bagi undian aktres tercantik Korea.
Meskipun sudah pun beberapa tahun berlakon, namun nama Seo Ye-ji mula meniti di bibir peminat K-Drama selepas berjaya membawa watak unik iaitu Ko Mun-yeong dalam drama popular “It’s Okay To Not Be Okay”.
Dengan badannya yang tinggi lampai dan rampai, dihiasi pula dengan wajah yang kecil dan kening tebal serta suara yang dalam, sudah pasti ramai yang terpersona melihat kecantikan wanita ini. Menurut profil rasmi, Seo Ye-ji difahamkan berdiri pada ketinggian 169cm dan beratnya pula ialah 43kg. Dikhabarkan juga bahawa ukur lilitnya pinggangnya itu ialah 22 inci.
.
.
Seo Ye-ji yang menerima perhatian ramai menerusi drama “It’s Okay To Not Be Okay” kerana lakonan mantapnya, kini membuatkan hati penonton berdegup kencang selepas tampil dengan penampilan yang memukau dalam drama tersebut.
Melakonkan karakter yang mengalami masalah personaliti anti-sosial dan melalui trauma ketika kecil apabila dihantui oleh ibu psikonya yang disangka mati, Seo Ye-ji menerima tepukan gemuruh daripada penonton kerana mampu menggalas tanggungjawab yang berat itu.
Selain itu, pelakon drama Lawless Lawyer ini juga dikatakan menewaskan sembilan pelakon lain yang nama-namanya juga cukup dikenali ramai seperti Son Ye Jin, Song Ji Hyo, Kim Go Eun, Kim Ji Won, Park Min Young malah Song Hye Kyo juga.
Sementara itu, keputusan terbabit disambut baik oleh orang ramai disamping netizen bersetuju mengenai kecantikan yang dimiliki pelakon terbabit.
Hmm….cantik tu kan subjektif…tapi penulis still tak boleh move on dengan pinggang kerennga Seo Ye-ji ni dalam drama “It’s Okay To Not Be Okay”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid menzahirkan kesyukuran proses melahirkan cahaya mata ketiganya dipermudahkan selepas dia selamat menimang bayi perempuan secara normal, hari ini.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, bekas peserta program Dewi Remaja itu memuat naik foto cahaya mata perempuannya yang didukung suami tercinta, Raf Yaakob.
Mawar dan Raf bagaimanapun belum berkongsi wajah cahaya mata mereka dan menutup muka bayi itu dengan emoji.
“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Saya bersalin secara normal, macam dua orang anak saya, Rafael dan Cinta. Terima kasih semua atas doa-doanya,” tulisnya ringkas.
Selain itu juga, pelakon drama Kalis Kasih itu turut mengumumkan nama bayi ketiganya iaitu Raden Seri Riyanna Sayang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis tidak terlepas peluang meniupkan doa yang baik-baik buat bayi mereka.
Sekadar informasi, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rossabella Cinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, syarikat YG Entertainment telah memindahkan hak cipta dagang bagi nama G-Dragon dan GD kepada ahli kumpulan Big Bang dan penyanyi G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong.
YG juga dikatakan telah mengambil keputusan bijak kerana nilai hak cipta berkenaan dipercayai akan menjadi maksimum jika dipindahkan kepada G-Dragon dan pemindahan hak cipta ini dilakukan tanpa sebarang balasan.
Menurut Ten Asia pada 1 Ogos, alasan YG Entertainment telah membuat keputusan untuk memindahkan hak cipta penggunaan nama G-Dragon dan GD kepada penyanyi rap, G-Dragon adalah kerana dia seorang artis yang sangat simbolik dengan nama tersebut.
Selain itu, nama tersebut juga mencerminkan identiti dirinya dan di masa akan datang, G-Dragon dapat menggunakan nama ‘G-Dragon’ dengan bebas terutamanya untuk pelbagai aktiviti solo.
“Hak cipta nama/jenama G-Dragon dan GD telah dipindahkan kepada artis ini. Selepas ini, penyanyi berkenaan tidak akan ada masalah untuk menggunakan nama G-Dragon bagi melakukan sebarang promosi”
Disebabkan perihal hak cipta nama atau jenama atau sebarang penerbitan secara umum diakui sebagai hak cipta harta intelek yang penting, keputusan yang dibuat oleh syarikat YG Entertainment juga dijangka dicatat sebagai kes penting dalam industri muzik.
Sekadar info, G-Dragon memulakan kerjaya bersama Big Bang pada 2006 dan telah meraih pelbagai pencapaian hebat lebih lagi dalam muzik K-Pop. Melalui Big Bang dan aktiviti solo, pelantun lagu Bullshit tersebut telah memikat ramai peminat secara global dengan menulis dan menerbitkan pelbagai lagu yang terkenal.
Dalam pada itu, G-Dragon juga merupakan ikon fesyen, budaya, seni dan terbaru dia turut dilantik sebagai seorang pensyarah pelawat di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Korea Selatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Detik cemas berlaku apabila api kecil muncul di pelamin ketika majlis nikah Pablo Amirul, namun reaksi tenang pengantin yang siap ketawa mencuri perhatian.