Seluruh negara hari ini bersedih dengan tragedi yang dianggap cukup mengejutkan semua pihak. Sejak tengah malam semalam, netizen tidak putus-putus menghulurkan kata-kata takziah dan simpati kepada keenam-enam keluarga mangsa perwira negara yang telah terkorban semasa bertugas.
Enam anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM) yang terkorban ialah Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33; Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25; dan Mohd Fatah Hashim, 34 yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Shah Alam.
Tragedi ini turut mendapat perhatian daripada pelbagai peringkat rakyat Malaysia termasuklah pemimpin tetinggi negara. Perdana Menteri, Tun Mahathir menyifatkan kejadian ini sebagai satu treagedi yang amat menyedihkan.
Lokasi kejadian di Lombong Taman Putra Perdana, Puchong.
Semetara itu Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keenam-enam wira negara ini mati syahid. Jelasnya, mereka bukan sahaja mati lemas tetapi terkorban kerana dalam misi membantu dan menolong mangsa sehingga meragut nyawa sendiri.
Ads
REMAJA yang turut turun ke Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pagi tadi turut merasa hiba dan sesungguhnya negara telah kehilangan anggota yang cukup berdedikasi dengan tanggungjawab dan tugasannya.
Inilah kronologi tragedi malang yang telah meragut nyawa 6 ahli bomba.
Ads
TERIMA PANGGILAN (6.30 PETANG)
Kira-kira jam 6.30 petang semalam, Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya telah menerima panggilan kecemasan dan dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana kerana terdapat kes seorang remaja terjatuh dan lemas.
KETIBAAN ANGGOTA PPDA (8.55 MALAM)
Seramai enam orang ahli Bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan empat orang dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua orang dari Balai Bomba Shah Alam tiba di lokasi untuk misi mencari dan menyelamat.
TURUN KE LOMBONG (9.15 MALAM)
Selepas melakukan persiapan, ahli pasukan PPDA mula turun ke lombong untuk memulakan misi mencari mangsa. Keenam-enam anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain dan dari tebing tali secara perlahan-lahan dihulurkan bagi merapatkan diri ke kawasan yang dipercayai tempat mangsa jatuh. Namun secara tiba-tiba arus deras yang mengalir mula menarik seorang demi seorang anggota PPDA ke dalam arus pusaran.
Ads
USAHA MENYELAMAT (9.45 MALAM)
Anggota penyelamat yang berada di bahagian tebing berusaha lebih 30 minit untuk menarik mereka seorang demi seorang dan memberikan bantuan pernafasan (CPR).
PENGESAHAN KEMATIAN (9.50 MALAM)
Selepas melakukan CPR, pasukan perubatan dari Putrajaya yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan enam anggota bomba terbabit meninggal dunia akibat lemas.
Salam takziah buat keluarga 6 pegawai bomba yang terkorban dalam operasi menyelamat.
Ya Allah ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, ampunilah kesalahan mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kubur mereka. pic.twitter.com/MVndH0ymfO
— BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (@bombaJBPM) October 3, 2018
Kami di team REMAJA mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang gugur ketika bertugas dan juga kepada keselurahan keluarga besar JBDPM.
Al-fatihah…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik untuk penggemar siri animasi Sailor Moon, kartun popular era 90-an ini khabarnya akan ditayangkan secara percuma di laman YouTube rasmi Sailormoon-official.
Menurut Theverge, 10 episod siri animasi ini akan ditayangkan mulai 24 April 2020 dan jumlah keseluruhannya mempunyai 127 episod bersamaan lebih kurang 3 musim sehingga akhir Julai nanti.
Tayangan siri Sailor Moon ini disiarkan secara percuma di YouTube adalah kerana berikutan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Pihak produksi memberi peluang kepada penonton untuk menonton siri animasi ini di rumah, selama berada dalam tempoh lockdown.
Selain itu juga, khabarnya usaha ini turut dilakukan sempena pelancaran filem Sailor Moon yang berjudul Pretty Guardian Sailor Moon Eternal yang dijadualkan bakal ditayangkan di Jepun pada 11 September 2020.
Pretty Guardian Sailor Moon Eternal adalah adaptasi daripada kisah siri animasi musi keempat. Jadi, sekiranya korang menonton musim pertama, kedua dan ketiga, maka korang akan lebih faham jika menonton filem itu nanti.
Walau bagaimanapun, khabarnya siri animasi ini hanya ditayangkan di Jepun. Ala, baru nak syok tengok Sailor Moon. Hm, tidak mengapalah mungkin selepas ini mereka akan membuka akses kepada seluruh dunia dengan sari kata bahasa Inggeris. Korang komen la di YouTube Sailor Moon-official untuk beri tayangan di Malaysia juga. Hiks!
Siapa yang menetap di Jepun tu, bolehlah menonton..
Esok, bermulalah peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang merupakan kemuncak debaran bagi pelajar tingkatan lima di seluruh negara.Untuk peperiksaan SPM 2020 norma baru ini, menyaksikan seramai 401,105 pelajar seluruh negara akan melangkah ke ‘medan perang pen dan kertas’.
Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lupa mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menerusi laman facebook rasminya sebentar tadi.
Turut mendoakan semua calon peperiksaan diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan menjawab soalan serta memperoleh kejayaan dan cemerlang dalam kehidupan.
“Kepada semua calon, jagalah kesihatan dan jawablah soalan dengan tenang. Kepada guru dan ibu bapa, semoga didikan dan doa anda semua mengiringi kejayaan pelajar-pelajar kita. Insya-Allah,” katanya.
Sumber Gambar : NST
Untuk info, pembudayaan norma baru turut dijalankan esok bagi menjamin keselamatan calon sepanjang peperiksaan itu. Pelajar dan calon SPM 2020, perlu membawa ‘bekalan tambahan’ iaitu pelitup muka dan cecair pembasmi kuman untuk mencegah penularan COVID-19. Selain itu, 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dilaksanakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM), termasuklah proses disinfeksi dewan peperiksaan.
Kepada semua calon SPM bagi tahun 2020, kami di team REMAJA ingin mengucapkan selamat maju jaya. All the best and good luck guys!
Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan mengambil inisiatif untuk membantu rakyat sepanjang tempuh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dengan menawarkan data Internet percuma dan lain-lain kemudahan.
Hal ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebentar tadi.
Menurut MCMC, bagi industri telekomunikasi dan multimedia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi, termasuk usaha-usaha menambahbaik rangkaian telekomunikasi bernilai RM1 bilion.
Selain itu, semua pelanggan pascabayar & prabayar celcom, DIGI, Maxis dan umobile akan menerima internet berkelajuan tinggi setiap hari sebanyak 1 GB secara percuma.
Penggunaan kuota data ini bebas mengikut kehendak pelanggan tetapi hanya aktif dari 8 pagi hingga 6 petang. Dengan ini masalah kekurangan data untuk melakukan kerja dari rumah misalnya dapat dielakkan.
Moga berita baik ini memberi manfaat kita semua dan korang boleh la duduk rumah diam-diam okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.