Krisis Di Sudan Turut Dapat Perhatian Selebriti Antarabangsa, Termasuklah Rihanna

Share

Krisis yang melanda Sudan sudah pun berlangsung hampir sebulan!

Dalam tempoh itu, dianggarkan seramai 100 orang sudah terbunuh manakala ramai yang tercedera. Tidak cukup itu, kadar jenayah turut meningkat membuatkan trending di laman media sosial dengan tanda pagar #PrayforSudan.

Selain netizen, ternyata krisis yang melanda Sudan turut mendapat perhatian penyanyi antarabangsa, Rihanna. Menerusi laman Twitternya, dia mengajak orang ramai agar mendoakan keamanan untuk negara itu.

“Saya menghantar kasih-sayang dan mendoakan keselamatan rakyat Sudan. Mereka mempunyai hak untuk bersuara dan menuntut keamanan serta keadilan serta peralihan kepada pemerintaan awam. 

“Lebih 100 orang terbunuh manakala beratus-ratus orang lagi cedera dan ramai lagi bakal cedera dalam demonstrasi ketiga nanti. 

“Penguatkuasa tentera perlu dipertanggungjawabkan. Berdoalah agar tiada lagi pembunuhan atau lebih kekejaman berlaku hari ini. 

“Berjuanglah untuk hak asasi manusia di #Afrika dan bersama-samalah dengan para penunjuk protes di #Sudan,” tulisnya. 

Untuk pengetahuan, krisis yang bermula sejak 3 Jun lalu berlaku setelah penyingkiran bekas Presiden Sudan, Omar Al-Bashir. Selepas itu, rakyat meminta agar hak pemerintahan diberikan kepada rakyat sebagai pemerintahan awam.

Bagaimanapun, Majlis Ketenteraan Peralihan (TMC) tidak melayan permintaan tersebut seterusnya membawa kepada protes supaya mereka menyerahkan kuasa. Tidak disangka bahawa protes tersebut berlangsung hampir sebulan lamanya.

#BlueForSudan

Sementara itu, turut dilancarkan kempen #BlueForSudan di mana orang ramai diminta memberikan sokongan dengan menukar gambar profil di laman media sosial sebagai tanda menyokong Sudan.

Ternyata, ia turut merebak kepada selebriti-selebriti dalam dan luar negara. Berikut merupakan antara selebriti yang memberikan sokongan terhadap isu di Sudan.

Asa Butterfield

Gaten Matarazzo

Pearl Mackie

Aimee Lou Wood

Ncuti Gatwa

Aween Ismail

Ashraff Moghni

Eleena Sui

Nadiyah Shahab

Semoga keadaan di Sudan akan beransur pulih. Apa-apapun, kita janganlah juga lupa untuk sentiasa mendoakan saudara-saudara kita di sana.

 

IKLAN