
OMG! Filem The Lion King bakal Ke pawagam hujung bulan ini.
Kepada para peminat Disney tentu mengingati filem ikoniknya iaitu The Lion King. Siapa je yang akan lupa dengan watak Simba, Nala, Timon, Pumba dan Zazu kan?
Apa tidaknya, sejak Disney mengeluarkan poster filem tersebut tahun lalu dengan hanya menggunakan foto singa sahaja, peminat sudah dapat meneka bahawa filem The Lion King akan kembali ke pawagam.
Susulan itu, Disney kembali dengan gaya kreatif mereka apabila berkongsi foto pelakon suara mereka untuk watak-watak di dalam filem tersebut.
Tentunya perkongsian itu menaikkan lagi hype peminat yang tentunya tidak sabar untuk menyaksikan filem ini.
Donald Glover sebagai Simba

Beyonce sebagai Nala

Billy Eichner, Seth Rogen, dan John Oliver sebagai Timon, Pumbaa, dan Zazu

Alfre Woodard sebagai Sarabi

Chiwetel Ejiofor sebagai Scar

Keegan-Michael Key, Florence Kasumba, dan Eric Andre sebagai hyenas Kamari, Shenzi, and Azizi

JD McCrary dan Shahadi Wright Joseph sebagai Simba dan Nala waktu muda

Untuk pengetahuan, suara Mufasa iaitu bapa kepada Simba akan menggunakan suara pelakon asal iaitu James Earl Jones. Filem ini bakal keluar pada 17 Julai nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ji Sukjin Umum Bakal Rehat Sebentar Dari Sertai Running Man, Isu Kesihatan Menjadi Penyebab?

OH NO! Nampaknya ada berita sedih untuk penonton setia Running Man.
Baru-baru ini, rancangan realiti program SBS, Running Man mengumumkan bahawa rancangan mereka akan berlangsung tanpa kehadiran Ji Suk Jin buat sementara waktu.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 6 Tahun Hiburkan Penonton, Jeon So Min Umum Tinggalkan Running Man

Pada hari Isnin yang lepas, agensi Ji Suk Jin, ESteem Entertainment, mengumumkan bahwa pelawak berusia 57 tahun tersebut akan berehat dari Running Man untuk beberapa minggu dek kerana isu kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Setelah menjalani pemeriksaan kesihatan baru-baru ini, Ji Suk Jin memutuskan untuk berehat sementara dari program SBS ‘Running Man’. Sesuai dengan saranan doktor, beliau memerlukan perawatan khusus,” jelas agensi tersebut seperti yang dilaporkan oleh portal berita, Soompi.
“Dia akan berehat buat sementara waktu untuk kembali pulih dan akan berusaha melakukan yang terbaik untuk kembali sihat secepat yang mungkin. Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang selalu diberikan kepada Ji Suk Jin,” lanjut agensi.

Pengumuman dari ESteem Entertainment tersebut turut diperjelaskan oleh pihak produksi Running Man.
Rancangan realiti program yang telah bersiaran sejak tahun 2010 tersebut mengumumkan bahawa Ji Suk Jin tidak akan mengambil bahagian dalam beberapa episod akan datang.
“Suk Jin, yang memiliki peranan besar sebagai anggota tertua Running Man, baru-baru ini menyedari bahawa dia perlu berekat dek kerana isu kesihatannya. Oleh sebab itu, dia akan kembali ke Running Man setelah beristirehat sepenuhnya,” kata pihak Running Man.

Buat makluman, Ji Suk Jin adalah salah satu anggota Running Man, yang telah menghiburkan penonton sejak episod pertama rancangan tersebut pada tahun 2010.

Selain Suk Jin, ahli asal Running Man yang masih bertahan hingga saat ini adalah Yoo Jae-seok, Song Ji-hyo, Haha, dan Kim Jong-kook.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Risau Leona Ni Jenis Hari-Hari Bodoh…”, Azhar Sulaiman Bimbang Karenah Anak Perempuan

Bukan mudah sebenarnya apabila seseorang itu bergelar anak kepada seorang selebriti tempatan. Apa saja gerak-geri, tingkah-laku, tutur kata malah cara pemakaian pasti akan ‘diteropong’ khalayak semudah memasuki akaun media sosial mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Bakal Lawyer, Anak Kembar Azhar Sulaiman Dapat 7A Dalam SPM! – REMAJA

Menginjak ke usia 21 tahun, mungkin itulah yang dialami oleh Kasih Leona Iris. Normal lah bagi remaja sebaya dengan anak kepada arkitek serta pelakon popular, Azhar Sulaiman ini untuk mengekplorasi setiap sudut kehidupan pada usia ini.
Terbaru, Leona menerusi laman Twitter miliknya, meluahkan rasa sakit hati apabila dia sering menjadi sasaran serangan netizen, sehingga pakaiannya pun dijadikan isu.
“Apa saya pakai, tak beri kesan kepada sesiapa. Ini badan saya, ini pilihan saya, ini masalah saya dan tak ada kaitan dengan anda semua!
“Kalau anda tak suka apa yang anda lihat, jangan lihat! Sekat sahaja saya,” tulisnya di Twitter.

Barangkali sudah ‘penat’ dengan karenah anak perempuannya itu, Azhar Sulaiman tampil memuat naik status di Facebook meluahkan rasa bimbang.
Melihat dari status tersebut, Azhar memberitahu bahawa setiap orang ada hari ‘bodohnya’, namun buat Leona, dia bimbang jika anaknya sejenis ‘bodoh’ setiap masa kerana tidak henti membuat hal.”
“Ada orang, ada hari ‘bodoh’ dia. Sekarang, saya risau kalau anak saya, Leona ini, jenis yang ‘bodoh’ setiap hari,” tulisnya.
Sebelum ini, Azhar pernah menitip beberapa nasihat buat Leona supaya lebih bijak berkongsi apa-apa jenis kandungan memandnagkan pengikut alam mayanya majoriti beragama Islam.
Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan gaya hidupnya sebagai rujukan untuk Leona supaya menjadi lebih berhati-hati kelak. Malah, Azhar sempat berseloroh kepada Leona supaya merahsiakan perkara tersebut daripada ibunya.
Terdahulu, Leona menjadi bualan hangat ramai di media sosial selepas tampil dengan berbikini putih malah, baru-baru ini juga hadir ke majlis universitinya dengan gaya mencolok mata.
Untuk pengetahuan, Azhar memiliki dua lagi cahaya mata yang kian dewasa. Kembar Kasih Leona iaitu Andika Rees Pahamin telahpun bekerja di sebuah syarikat guaman maritim dan turut aktif mewakili Malaysia dalam bidang sukan.
Manakala kakak Kasih Leona dan Rees iaitu Kasih Leia Ixora pula telahpun menamatkan pengajian dan kini bercita-cita ingin menjadi seorang ahli politik.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Lelaki Azhar Sulaiman Wakili Pasukan Hoki Ais Malaysia Ke Luar Negara – REMAJA
Sumber: Facebook @Azhar Sulaiman
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penangan Jualan 11.11, Shopee Jual 70 JUTA Barang & Bantu Pesakit Kanser

Kempen 11.11 pada tahun ini sememangnya mencatatkan rekod luar biasa di seluruh dunia. Lebih hebat daripada jualan-jualan lainlah gamaknya!
Salah satu platform e-dagang popular Malaysia iaitu Shopee juga tak terkecuali daripada mengadakan kempen 11.11.
Tetapi menariknya, mereka bukan saja menjual barangan pada harga murah. Shopee pada masa yang sama turut memberikan sumbangan untuk pasakit kanser tak bernasib baik dengan kolaborasi bersama MAKNA.
Hanya dalam masa tiga minggu saja, kempen #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge ini berjaya mengumpulkan RM114,170 dan ia diakhiri dengan program siaran langsung di Astro Prima dan Shopee Live.

.

.

Memang tergelaklah kami bila melihat gelagat selebriti popular seperti Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Sarah Hildebrand, Adira, Fahrin Ahmad, Elyana, As’ad Motawh dan ramai lagi mengambil bahagian di atas pentas. Masuk air semuanya!
Dalam bersuka ria, mereka semua telah menjadi sebagian daripada komuniti yang menyumbang semula kepada masyarakat terutamanya untuk rawatan pesakit kanser.
*
Shopee juga ‘tak nak kalah’ dalam jumlah jualan mereka kalau nak dibandingkan dengan beberapa platform e-dagang popular lain.
Hanya pada 11 November saja, sebanyak 70 juta barangan telah terjual dan rancangan Shopee Live mereka menerima 65 juta tontonan di seluruh dunia.
Antara produk paling laku keras pada tahun ini termasuklah Tefal, Skechers dan Acer yang menunjukkan peningkatan jumlah pesanan hingga 3,804 kali ganda! Pergh, dapat bonus lah pekerja Shopee pada tahun ini, hehe!
*
Apapun, tahniah kepada Shopee kerana bukan saja berjaya meningkatkan jumlah jualan 11.11 tetapi juga kerana memulakan inisiatif #ShopeeMAKNA untuk mengingati rakan-rakan kita yang tak bernasib baik.

Untuk melihat betapa kecohnya selebriti Malaysia semasa rancangan #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge, jom tonton sedikit klip di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

