Kota A’Famosa Dibina Di Atas Runtuhan Masjid Agung Melaka?

Share

Seperti yang kita tahu beratus tahun dahulu Melaka merupakan sebuah kota dagangan dunia yang menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar untuk menguasainya. Kedudukannya yang strategik menjadikan Melaka sebagi pusat dagangan ulung ketika itu.

Mula dijajah oleh Portugis pada 1511 dan kemudiannya Belanda pula menjajah Melaka pada tahun 1641. Penjajahan Belanda ke atas Melaka merupakan penjajahan paling lama yang mana ia memakan masa selama 183 tahun. Ketika itu pengaruh Melaka sebagai kota dagangan semakin merosot kerana Belanda lebih mengutamakan Batavia ataupun sekarang dikenali sebagai Jakarta, Indonesia.

Sebelum kedatangan Portugis, Melaka sangat maju dan menjadi pusat perkembangan agama Islam yang unggul di Nusantara. Namun ada satu perkara yang menjadi persoalan, dimanakah sebenarnya lokasi Istana Melaka dan juga masjid yang menjadi pusat penyebaran Islam.

Dalam perkongsian rancangan Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul episode 13 yang disiarkan TV3 ada berkongsi tentang perkara ini. Ketika zaman gemilang Kesultanan Melayu Melaka Istana pasti hadir dengan masjid dan dikelilingi rumah para pembesar.

Sehingga kini kedudukan masjid masih menjadi tanda tanya dan ada yang mengatakan tinggalan gereja St Paul yang terletak di atas bukit Melaka sebenarnya merupakan sebuah Masjid Agung.

Sumber gambar: Go Melaka

Ujar Nurman Baroldin yang merupakan pengurus besar Institut warisan Melaka, “Islam diangkat sebagai sesuatu yang paling utama, adakah wajar Masjid berada di kaki bukit sedangkan Istana berada di puncak bukit?

“Jadi kemungkinan, apakah masjid agung melaka terletak di puncak bukit. Kalau pergi ke tapak memang runtuhan gereja st paul mengadap ke arah kiblat. Mungkin kalau kitab oleh buat perbandingan sekarang semua masjid-masjid lama yang terdapat di Melaka kedudukannya sama selari dengan runtuhan gereja St Paul.”

Sebenarnya tindakan Portugis menukar masjid menjadi gereja bukanlah satu perkara asing. Merujuk kepada sejarah perang salib apabila terjadinya Reconquista ataupun dalam bahasa Inggeris, Reconquest yang bermaksud penaklukan semula. Masjid-masjid diubah menjadi gereja dan kesan peninggalan tersebut masih boleh dilihat sehingga kini.

Pembaca jangan salah sangka ini adalah Kota A’Famosa. Ini hanyalah salah satu pintu masuk yang dikenali sebagai Porta de Santiago. Kota A’Famosa sangat besar merangkumi kawasan yang luar. Sumber gambar: The Star

Ketika Portugis membina kota A’famosa bukan sahaja batu-batuan semulajadi digunakan bahkan mereka menggunakan semula batu batu dari sisa runtuhan asal serta batu nisan untuk membina kota tersebut.

Mengikut fakta sejarah. Bukit Melaka dikenali sebagai Bukit St Paul kini. Dipercayai bukit tersebut sebenarnya dinamakan bukit Melaka sejak dari zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah lagi. Namun apabila Portugis menjajah Melaka, mereka menukar nama bukit tersebut kepada nama paderi terkenal di Nusantara ketika itu.

***P/S- Sebagai anak Malaysia, kita harus menghargai sejarah yang panjang negara kita miliki. Jangan biarkan ia ditelah waktu arus kemodenan kerana dengan sejarah kita mengenali jati diri bagaimana susahnya nenek moyang mempertahankan negara ketitisan darah terakhir.

Sumber: Youtube TV3 Malaysia, Britannica

IKLAN