Kos Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Beli Rumah, Barulah Senang Nak Simpan Duit

Share

Bila umur meningkat dewasa, pasti setiap daripada kita sudah mula memasang harapan untuk memiliki rumah sendiri. Tapi, mungkin masih ramai tak tahu berapa kos sebenarnya yang diperlukan untuk membeli sebuah rumah.

Ada juga yang berpendapat bahawa seakan tak mampu nak beli rumah disebabkan kosnya yang terlalu mahal dan tidak berkemampuan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau korang betul-betul nak ada rumah sendiri, kenalah berusaha sikit kan?

Jika masih ada yang tertanya-tanya berapa kos sebenar yang diperlukan untuk beli rumah, berikut adalah info-info yang korang boleh rujuk.

1. Deposit

Biasanya korang perlu sediakan 10% daripada selling price kerana margin loan hanya 90% daripada selling price atau market value.

Contoh:

Selling price RM250K
Deposit 10% = RM25K

Kalau bank yang memberi pakej 100% loan secara kasarnya deposit tidak perlukan. Jika korang masih keluarkan deposit, korang akan dapat semula wang tersebut apabila proses jual beli telah selesai.

2. Legal fee dan stamp duty

A. Legal fee

Contoh:

Selling price RM250K
First RM150K: RM150K x 1.0% = RM1500
Next RM100K: RM100K x 0.7% = RM700
Total: RM1500 + RM700 = RM2200

Tapi korang kena tahu, ada juga kos-kos lain yang peguam akan sertakkan dalam quotation seperti kaveat, pendaftaran pejabat tanah, transport, faks, telefon, photocopy, land search dan lain-lain.

B. Stamp duty

Contoh:

Selling price RM250K
First RM100K: RM100K x 1.0% = RM1000
Next RM150K: RM150K x 2% = RM3000
Total: RM1000 + RM3000 = RM4000

Untuk pembelian rumah pertama, korang layak dapat diskaun stamp duty sebanyak 50%

3. Legal loan dan stamp duty

Untuk contoh pengiraan, korang boleh terus layari website: lowpartners.com/calculator.php

Legal loan dan stamp duty biasanya termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank.

4. Valuation fee

Contoh:

Selling price RM250K
First RM100K: RM100K x 0.25% = RM250
Next RM150K: RM150K x 0.2% = RM300
Total: RM250 + RM300 = RM550

Valuation fee biasanya termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank dan terdapat kos disbursement yang akan penilai sertakan dalam quotation.

5. Insurans perumahan

Insurans biasanya termasuk sekali dalam pakej yang diberi oleh pihak bank.

Secara rumusan, deposit tunai dan legal fee adalah kos paling utama yang korang perlu beri perhatian. Legal loan, valuation fee dan insurans kebiasaanya termasuk dalam pakej loan yang diberi oleh pihak bank. So, jalan paling selamat adalah korang kena sediakan duit tunai 13%-15% daripada harga jualan.

Bila dah tahu segala kos yang diperlukan, barulah senang sikit nak menabung dan nampak hala tuju. Betul tak?

Sumber: Persatuan Perunding Tanah Muslim Malaysia

IKLAN