Kos Hanya RM1300, Individu Ini Makeover Rumah Flat Jadi Kondo

Share

Siapa yang tidak suka melihat kediaman mereka cantik tersusun rapi dengan kemasan perabot dan hiasan dalaman yang menarik. Tidak perlu tunggu nak duduk rumah mewah dahulu baru nak cantikkan rumah, seorang pengguna di laman Facebook membuktikan bahawa dia mampu mengubahsuai rumah sewanya untuk kelihatan lebih menarik.

Walaupun tinggal di rumah flat dan hanya menyewa, ia tidak menjadi alasan bagi Siti Mariam Kamsan

untuk mengubah suai interior rumahnya itu. Kos keseluruhan untuk make over ruang tamu ini adalah hanya dalam RM1,300 termasuklah kabinet televisyen, chest drawer, sofa bed, tikar getah yang dibeli sedikit demi sedikit pada PKP tahun lalu.

Kebanyakan perabot dibeli dari Shopee dan Lazada. Korang boleh lihat sendiri keadaan ruang tamu sebelum dan selepas makeover.

Sebelum

Selepas

Sofa dibeli dari Lazada. Lampu dari Shopee
Sofa bed – RM199
Bench stool – RM84
Frame – RM70
Bantal cloud – RM25

Lampu Nordic – RM74
Frame – RM70
Meja makan, kerusi – Tuan rumah punya
Tikar getah – RM115
Stool untuk pokok pisang – RM35

Kabinet TV – RM 165
Frame – RM 50

Ruang dapur
Rak Ikea Hylis- RM 59

Ha, cantik kan? Kalau tak mahu rasa terbeban dengan kos yang besar, korang boleh beli sedikit demi sedikit terlebih dahulu. Sempatlah nak kumpul duit. Hiks!

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk korang yang nak makeover kediaman. Selamat mencuba!

Sumber: Siti Mariam Kamsan

IKLAN