Sudah lebih kurang dua tahun masyarakat dunia terpaksa ‘hidup’ bersama virus COVID-19 yang nampaknya masih belum beransur pulih, malah hari demi hari macam-macam pula varian baru yang muncul.
Kita juga sudah terbiasa dengan SOP yang ditetapkan dan sentiasa mengenakan pelitup muka ketika berada di tempat awam. Sejak pandemik ini, pelbagai rekaan pelitup muka wujud gara-gara ingin memberi keselesaan kepada pengguna.
Terbaharu, Korea Selatan telah memperkenalkan pelitup muka yang hanya melitupi hidung dikenali sebagai ‘kosk’, iaitu gabungan bahasa Korea ‘Ko’ bermaksud hidung dan ‘Mask’. Ia dikatakan dapat memudahkan pengguna untuk makan dan minum.
Walau bagaimanapun, rekaan terbaharu ini telah mendapat perhatian ramai apabila ada yang mendakwa ia tidak berkesan langsung untuk mengekang penularan COVID-19.
Pelitup muka terbabit mempunyai dua bahagian, iaitu satu daripadanya boleh ditanggalkan untuk membiarkan mulut terdedah atau memberikan tahap perlindungan semasa makan. Difahamkan, buat masa ini pelitup muka tersebut hanya dijual di negara itu.
Segelintir daripada warganet menyifatkan penggunaan mask hidung ini tidak masuk akal dan mustahil dapat mengelakkan virus itu.
Walau bagaimanapun, ‘Kosk’ telah menerima penarafan lima bintan di platform dalam talian Coupang dan dijual dengan harga 9,800 won (RM34) untuk sepeket yang mempunyai 10 pelitup.
Apa pula pendapat korang? Percaya atau tidak tentang keberkesanannya dan jika dijual di Malaysia adakah korang akan membelinya?
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebut sahaja mengenai Rakan Muda, pastinya dak-dak 80-an dan 90-an akan terus teringatkan iklan-iklan yang selalu keudara di kaca televisyen dahulu kala.
Memang hati berkobar-kobar hendak sertai pelbagai jenis aktiviti yang dianjurkan oleh Rakan Muda, bukan? Tapi itulah sejak beberapa tahun kebelakangan ini Rakan Muda tidak lagi bergerak secara agresif seperti sekitar tahun 90-an dan awal 2000.
Namun kini, inisiatif Rakan Muda telah kembali disegarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan objektif menjadikannya sebagai platform mengisi masa berkualiti serta menyatukan perpaduan dalam kalangan belia.
No wonder lah, KBS baru-baru ini telah berkolaborasi dengan Rakan Muda dan Astro Malaysia bagi program pertandingan sukan tarian street dance ‘Battleground Malaysia: Road To Gold’.
Program realiti yang baru sahaja keudara pada Jumaat minggu lalu ini adalah sebahagian daripada usaha penganjur untuk mengangkat potensi-potensi penari remaja di luar sana bagi mengekspresikan diri mereka menerusi budaya tarian dan muzik yang diminati generasi muda zaman ini.
Tapi jika korang tidak yakin dengan bakat tarian yang boleh digilap menerusi Battleground Malaysia: Road To Gold’, jangan risau. Itu baharu salah satu inisiatif. Ada BANYAK lagi program-program yang kini semakin rancak dianjurkan oleh Rakan Muda dari lokasi ke lokasi dengan usaha sama KBS.
ARTIKEL BERKAITAN:
Program Jelajah Mini Rakan Muda di Petaling Jaya, Selangor.
Sekadar informasi, Rakan Muda kali ini menjadi landasan utama pelaksanaan Modal Pembangunan Belia Madani 2030 yang dilancarkan, baru-baru ini.
Buat pengetahuan korang, pelaksanaan Rakan Muda kali ini ingin memfokuskan kepada tiga fokus utama iaitu memperkukuh jenama Rakan Muda melalui 10 Gaya Hidup dengan nafas baharu dan menyerlahkan potensi generasi belia melalui penterjemahan minat serta kecenderungan positif.
Bagi fokus terakhir pula, Rakan Muda ingin memperkasa pendekatan sinergi dengan pelbagai rakan kongsi strategik dan kumpulan pelaksanaan. Ya! Pastinya banyak input baharu lagi berguna akan korang perolehi apabila menyertai Rakan Muda generasi terbaru ini.
Tetapi mesti ada yang tertanya-tanya sama ada Rakan Muda menetapkan lingkungan umur bagi mendaftarkan diri. Haa, korang janganlah risau kerana Rakan Muda bukan hanya terbuka kepada pelajar sekolah sehingga ke peringkat universiti sahaja. Bahkan, ia juga terbuka kepada mereka yang sudah bekerja memandangkan had umur penyertaan Rakan Muda dibuka bagi keahlian berusia 15 hingga 30 tahun.
Mengapa Belia Perlu Sertai Rakan Muda?
Kita serba tahu betapa sinonimnya Rakan Muda dengan pelbagai jenis aktiviti bersifat outdoor yang selalu mengajak remaja bergiat aktif. Namun tahukah korang, selain daripada meluangkan masa secara berfaedah menerusi Rakan Muda, pesertanya juga rata-rata mengakui daya kemahiran masing-masing sudah bertambah baik memandangkan mereka mempunyai program ‘Skills for Life’.
Program Jelajah Mini Rakan Muda di Terengganu
Bukan sekadar itu, pesertanya juga dapat menggilap bakat, minat dan potensi yang ada pada diri sendiri. Kadangkala, kita boleh je buat tetapi daya keyakinan diri kurang. Betul tak?
Di sinilah tempat di mana korang boleh meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri, menjalin jaringan persahabatan dan profesional serta dapat memanfaatkan masa melakukan aktiviti yang berfaedah.
Selanjutnya, para peserta juga akan menikmati pelbagai ganjaran melalui penyertaan program Rakan Muda daripada rakan-rakan strategiknya yang bekerjasama dengan pihak KBS termasuklah Grab, Food Panda, Shopee dan Lazada. Menariknya!
Jelajah Mini Rakan Muda di Selangor
Jadi, bagaimana cara untuk korang sertai Rakan Muda? Mudah je!
Apa yang perlu korang lakukan adalah mendaftar secara dalam talian di laman web KBS di www.kbs.qov.my/rakanmuda. Dari situ, korang akan memperolehi kemas kini berkenaan aktiviti akan datang yang bakal mereka anjurkan.
Program ‘Sekolah Rukun Negara’
Dalam pada itu, Program ‘Sekolah Rukun Negara’ pula merupakan inisiatif baharu KBS di bawah Rakan Muda (Rakan Demokrasi).
Secara asasnya, program Sekolah Rukun Negara ini diselaraskan oleh salah satu agensi di bawah KBS i-LEAD atau Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan bagi menggalakkan kefahaman serta pengetahuan kita semua tentang demokrasi di kalangan belia di negara ini.
Pelaksanaannya juga adalah demi meningkatkan pengetahuan belia dalam memahami Prinsip Rukun Negara, konsep dan nilai demokrasi dengan lebih mudah lagi terperinci. Barulah ada semangat kenegaraan yang jitu!
Di samping mendidik belia celik, kesedaran yang tinggi dalam menjaga keharmonian negara amat penting melalui perpaduan, meraikan kepelbagaian kaum dan menghormati perbezaan agama dan budaya.
Majlis Pelancaran Rakan Muda di UKM, Bangi
Lihat sahajalah kepada inisiatif KBS bersama Astro Malaysia yang sedang menyiarkan Battleground Malaysia: Road to Gold.
Seperti yang kami kongsikan tadi, pertandingan sukan tarian street dance terbesar di Malaysia yang menampilkan penari-penari unggul tempatan yang mempunyai potensi untuk mengembalikan kegemilangan budaya tarian dari Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Menerusinya, KBS dengan pemerkasaan oleh Rakan Muda berharap agar remaja di Malaysia mempunyai satu lagi outlet baharu untuk mengangkat gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik yang selari dengan dunia masa kini yang bergerak pantas.
Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (saluran 104), Vinmeen (saluran 202) dan SHOWCASE (saluran 413) pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam bermula 29 September.
Ia juga ditayangkan di Astro AEC (Saluran 306) pada setiap Sabtu, jam 11 malam bermula 30 September.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat bertindak untuk berkawan dengan seorang wanita di Facebook dan mengajaknya untuk keluar bertemu janji; SELEPAS dia cuba merompak wanita berkenaan!
Memetik laporan WRTV Indianapolis, lelaki yang dikenali sebagai Damien Boyce itu difahamkan telah mengacukan sepucuk pistol kepada seorang wanita bernama Amber Beraun. Sambil itu, dia memaksa mangsa membenarkannya masuk ke rumah bagi tujuan merompak.
Damien Boyce
Amber bagaimanapun bertindak berani dan menangkis hasrat Damien itu (sambil pistol masih dituju ke arahnya!). Sebaliknya, dia menyerahkan wang tunai bernilai USD100 (kira-kira RM469) sebelum memintanya pergi.
Secara tiba-tiba, Damien pula bertanya jika Amber sudah berpunya dan memaksanya berhubung dengannya menerusi platform media sosial, Facebook. Amber mendakwa Damien sempat menunjukkan profil Facebook dan meminta wanita itu menekan butang ‘Follow’.
Amber Beraun.
Amber tidak berfikir panjang dan terus melakukan apa yang diminta oleh Damien agar dia beredar pergi.
Siapa sangka, tidak lama kemudian Damien mula menghantar mesej kepadanya menerusi Facebook!
Salah satu mesej berkenaan berbunyi, “Saya akan memulangkan wang kamu. Itu bukanlah cara terbaik untuk bertemu seseorang, tetapi kamu terlalu cantik untuk dirompak.”
Tambah mengejutkan apabila Amber membalas mesej-mesej Damien selepas itu, Katanya, dia mempercayai lelaki itu tidak berniat untuk berbuat buruk padanya dan keadaan hidup yang sukar memaksanya untuk merompak.
WRTV Indianapolis melaporkan Damien telahpun diberkas pada 21 Jun 2023 atas kesalahan meropak dan memiliki senjata api.
Malah, seminggu sebelum Amber menjadi mangsanya, Damien telahpun cuba menembak dua orang mangsa lain dan memukul seorang lagi mangsa dengan bata.
Pelik-pelik ya kisah cinta zaman moden! Well, perompak pun ada perasaan, betul tak? Hehe..
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memanglah bagus apabila seseorang pelajar itu kreatif tapi apabila daya bijak seseorang itu itu digunakan tidak kena pada tempatnya demi menipu, memang nak kenalah jawabnya!
Sebagaimana kita tahu, perbuatan merentas negeri masih tidak dibenarkan buat masa ini bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19 di negara kita.
Baru-baru ini, satu laporan akhbar tempatan membongkarkan bagaimana dua orang penuntut wanita kolej swasta berusia 22 tahun ditahan setelah disyaki memalsukan borang rentas negeri untuk ke Pahang.
Pelajar tersebut ditahan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya selepas Plaza Tol Bentong dan mereka meragui kesahihan borang rentas negeri yang dikemukakan.
“Siasatan awal mempercayai cap rasmi dan tandatangan Ketua Balai yang meluluskan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan atas alasan menghadiri kelas adalah palsu. Borang itu hanya dihasilkan menggunakan mesin pengimbas.”
Polis turut menemui salinan borang kosong dengan tandatangan palsu yang dikatakan milik ketua balai polis di telefon pintar seorang daripada suspek. Ia dipercayai digunakan bagi menghasilkan borang rentas negeri itu. Tambah mencurigakan apabbila ujian saringan air kencing ke atas salah seorang suspek juga didapati positif ganja.
Haihlah.. kami faham semua orang hendak balik kampung pada waktu sekarang. Tapi, semua orang kenalah patuhi undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan. Kan tak pasal-pasal kena saman dah, seperti yang berlaku kepada beberapa insan yang merentas negeri baru-baru ini demi – err – menghadiri majlis perkahwinan!
ARTIKEL BERKAITAN :
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.