Korang Boleh Nampak Seperti ROGER FEDERER Dengan Koleksi Khas Uniqlo Ini

Share

 

Jenama pakaian Jepun, Uniqlo baru-baru ini telahpun mengeluarkan rekaan pakaian serta aksesori istimewa untuk dipakai pemain tenis ikonik, Roger Federer sepanjang kejohanan Wimbledon 2021 yang sedang berlangsung sekarang di Britain.

Kini, korang sendiri boleh memakainya dan menjadi persis Roger – look wise.

Roger Federer juga merupakan salah seorang Global Brand Ambassador Uniqlo.

Selain 100 peratus mirip dengan yang asal, menariknya tentang koleksi ini adalah faktor keselesaan yang dijamin oleh Uniqlo, seperti biasa.

Korang tak perlu bermain tenis pun untuk memakai  kemeja polo, seluar pendek, stokin dan topi ini. Dengan menggunakan teknologi fabrik mapped meshing, ia amat bersesuaian dipakai bagi tujuan kasual dalam cuaca panas terik di Malaysia.

Selain daripada logo Uniqlo, tertera juga logo RF yang melambangkan – yes you said it – Roger Federer dalam beberapa warna menarik terutamanya bagi koleksi topinya.

(Dari Kiri) : RF Cap (satu saiz) RM79.90 & RF DRY-EX Polo Shirt (XS-3XL), RM129.90.
Sejak melakukan debut dalam jelajah ATP pada tahun 1998, Roger Federer kekal relevan dan masih merupakan salah seorang pemain tenis lelaki terbaik dunia. Dalam senarai rekod 20 kejuaraan ATP Grand Slam, Federer memegang rekod 8 kejuaraan di Wimbledon.

Kata Federer mengenai koleksi ini, “Saya amat teruja untuk mempamerkan pakaian terbaru saya bersama Uniqlo. Untuk kejohanan Wimbledon ini,saya rasakan perincian kecil seperti kelim berwarna hijau dan biru pada baju dan seluar membuatkan saya lebih selesa di atas gelanggang berumput. Ia membantu saya merasa seperti bermain tenis di halaman sendiri.”

“Pilihan kedua yang menggunakan warna bendera Switzerland juga membuatkan saya rasa lbangga bagi mewakili negara saya,” ulas Federer yang turut berterima kasih kepada Uniqlo kerana menjadikan impiannya berkongsi sesuatu yang istimewa dengan para penyokong, satu realiti.

(Dari Kiri) : RF DRY-EX Polo Shirt (XS-3XL), RM129.90 & RF Cap (satu saiz) RM79.90.

Koleksi Uniqlo bersama Roger Federer ini didatangkan dalam saiz dewasa dan kanak-kanak. Sepanjang musim Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memerlukan stor fizikal Uniqlo di seluruh negara ditutup, koleksi ini boleh korang miliki secara atas talian di laman web Uniqlo atau di aplikasi khas Uniqlo.

IKLAN