Kecoh sebentar dunia hiburan K-Pop dan Malaysia pada hari ini apabila sebuah lagu yang pernah dirakamkan oleh penyanyi, Jay Park kembali diperkatakan kerana kandungan liriknya yang didapati tidak sensitif.
Lagu berjudul Twisted Dreams itu telah dinyanyikan oleh Jay Park bersama-sama beberapa penyanyi lain seperti Jay Electronica dan juga rapper terkenal negara, Joe Flizzow.
Sebelum ini, Jay dan Joe pernah berkolaborasi menerusi lagu Ciao dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat mereka di kedua-dua buah negara. Jadi, apakah yang menyebabkan ramai pendengar bengang dengan lagu Twisted Dreams ini?
Ia didapati menggandungi kalimah Allah dan didakwa tidak sensitif terhadap penerimaan pendengar beragama Islam seperti yang dapat disaksikan menerusi komen-komen warganet yang kecewa dengan penglibatan Joe dalam lagu ini.
Dalam lirik yang dinyanyikan oleh Jay Electronica, ia berbunyi,
“Astaghfirullah, all we want is salam-salam. But all these f****s givin’ out is haram-haram.”
Ads
Biarpun Jay Electronica merupakan seorang rapper beragama Islam, namun penggunaan kalimah tersebut masih tidak disenangi oleh pendengar umum kerana ia bercampur-baur dengan perkataan tidak senonoh.
*
Isu ini tidak terhenti setakat di situ saja apabila Joe turut dikaitkan dengan sebuah lagi lagu nyanyian Jay Park berjudul Mukbang! yang turut menampilkan kalimah Allah, haram dan wanita Arab dalam liriknya.
Hari ini, Jay yang juga merupakan pengasas kepada AOMG dan H1GHR MUSIC telah tampil dengan penjelasan ringkas di akaun Twitter rasminya.
Kata Jay, liriknya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa atau tidak menghormati kepercayaan masyarakat dan menganggap ia hanyalah ‘sekadar lirik’.
“Kepada sesiapa yang merasakan ia sebegitu (menyinggung perasaan), saya mohon maaf. Kamu terus mengeluarkan komen seperti ‘dia mempergunakan agama’ dan ‘rasis’, hentikan naratif yang tidak benar itu. Bagi saya, ia hanya lirik, kepada sesetengah orang lain ia adalah lebih serius. Ia semudah itu.”
Ads
Biarpun kedengaran seperti Jay tidak mahu mengalah dengan tiket kebebasan untuk berkarya, tidak lama selepas itu dia tampil semula dengan beberapa lagi ciapan untuk memohon maaf dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Tentunya, saya faham respon yang diterima ini. I will be more mindful next time dear. Saya sayang semua peminat muslim sejati saya dan saya berharap isu ini tidak akan membuatkan kamu memandang saya dari sudut berlainan.
“Kepada yang ingin terus membenci, biarkan mereka,” catatnya.
Setelah beberapa jam, Jay Park kembali semula ke Twitter setelah beberapa jam untuk menjelaskan bahawa dia kini benar-benar faham isu yang telah menyentuh sensiviti masyarakat Muslim.
Ads
“Pada mulanya saya tidak melihat lirik itu adalah salah. Namun setelah saya membaca komen (bukan komen yang berbaur kebencian tetapi komen yang cuba menerangkan mengapa ia offensive), saya sedar saya telah menggunakan kalimah yang penting. Ada orang yang sanggup hilang nyawa demi kalimah tersebut (kalimah Allah).
“Saya tidak mempunyai hak untuk menggunakan sesuatu yang penting kepada masyarakat Islam dalam lirik rap saya. Saya memohon maaf kepada anda semua. Niat saya bukanlah untuk tidak menghormati sesiapa dan saya akan lebih berhati-hati. Saya sayang dan hormati semua peringkat masyarakat berlainan budaya, etnik dan agama.”
Tahniah REMAJA ucapkan kepada Hafeez dan pasangan!
Dengan sekali lafaz, pelakon tampan, Hafeez Mikail kini sah bergelar suami kepada Noor Azira Azman di Changkat Telang, Hulu Langat, Selangor pada 6 Mei yang lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Hatimu Sedingin Salju menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.
Mengenakan busana tradisional Jawa serba putih, Hafeez menitipkan kesyukuran dan menzahirkan penghargaan buat keluarga dan sahabat handainya yang telah membantu dalam menjayakan majlis perkahwinannya itu.
Selain itu, pelakon berusia 31 tahun itu turut tidak lupa berterima kasih buat semua para tetamu yang hadir pada acara resepsi perkahwinan mereka.
“Alhamdulillah saya dan isteri saya selamat diijab kabulkan pada 6/5/23. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua keluarga dan rakan-rakan yang telah membantu menjayakan majlis kami.
“Terima kasih juga kepada mereka yang hadir pada majlis kami, saya dan isteri ingin memohon maaf jikalau ada kekurangan dari pihak kami sepanjang process majlis kami dijalankan,” coretnya panjang.
Terdahulu, Hafeez dan isteri mengikat tali pertunangan di kediaman pihak wanita yang terletak di Beranang, Selangor pada 24 Disember 2022 selepas lebih setahun berkenalan.
Malah, dia sempat memberi peringatan kepada Azira untuk bersedia dengan kecaman netizen dan perhatian yang diberikan apabila bergelar isteri kepada seorang artis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semua wanita suka wajah mereka kelihatan cantik dan sedaya upaya memastikan setiap kali berhadapan dengan orang lain, penampilan mereka sentiasa nampak kemas dan menarik.
Dan kerana itu juga, ada wanita yang sanggup berhabis duit untuk membeli barang mekap semata-mata ingin kelihatan cantik seperti personaliti di media sosial.
Malah, tak kurang juga mereka yang memang mempunyai minat dalam bidang solekan. Tidak perlu mengambil kelas mekap, hanya dengan menonton tutorial di YouTube sudah cukup untuk menjadikan individu tersebut seperti jurusolek professional.
Berikut kami senaraikan antara YouTuber di Malaysia yang kerap berkongsi tips dan tutorial mekap untuk dijadikan panduan buat mereka yang ingin belajar tentang kecantikan dan bersolek.
1. Athisha Khan
2. Cupcake Aisyah
3. Nisha Ezzati
4. Johanis Sani
5. Faa Firds
6. Aisha Liyana
7. Asyalliee Ahmad
8. Putri Shameen Hashim
9. Anys Nadhilah
***
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
April lalu, bekas anggota Dolla, Syasya Rizal telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Nasrullah Mohd Sapie yang juga kawan kepada abangnya selepas merancang ke arah itu sejak hujung tahun lalu.
Walaupun kerjaya seninya masih di fasa memuncak, Syasya atau nama sebenar, Norsyasya Afiqah Shahrizal berkata, dia percaya pasti ada rezeki lain yang sudah ditetapkan, selain mahu memberi tumpuan menamatkan pengajian dalam peringkat ijazah sarjana muda.
Kredit: Syasya Rizal
“Saya rasa inilah masa yang sesuai untuk mulakan hidup baharu. Kalau rezeki sebagai penyanyi setakat itu, maka setakat itulah. Tapi, kita tak tahu rezeki pada masa akan datang”
“Buat masa sekarang, saya tiada apa-apa perancangan sebab saya hendak tumpukan perhatian kepada pengajian. Selepas ini kalau ada rezeki dan masa, Insya-Allah. Itu memang sudah dalam darah daging saya”
Syasya ketika ditemui media pada Sabtu di majlis resepsi Syasya dan Nasrullah di Magica Subang Hall berkata dia dan keluarga kedua belah pihak telah pun berbincang dan bersetuju dalam soal perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, Syasya turut berkongsi alasan kenapa dirinya memilih Nasrullah untuk dijadikan teman hidup. Ianya disebabkan jejaka itu mempunyai wajah seakan-akan watak Nobita dalam siri animasi kegemarannya iaitu Doraemon.
“Antara salah satu sebab saya tertarik dengan suami sebab saya suka Doraemon. Jadi, setiap kali saya tengok suami akan teringat Doraemon”
“Nasrullah kawan abang saya dan selalu lepak bersama. Dari situlah, saya selalu berjumpa dengan suami. Kami banyak persamaan dan perbezaan yang membuatkan saya tertarik dengan Nasrullah”
Kredit: Syasya Rizal
Sementara itu, Nasrullah berkata, sebagai suami dia tidak menghalang sekiranya Syasya mahu bekerja, namun merasakan lebih baik jika isterinya menjadi suri rumah.
“Untuk hal kerja, saya sebagai suami amatlah mengalu-alukannya. Tapi, ia lebih baik jika Syasya adalah suri rumah sepenuh masa. Berkenaan bidang seni, kalau ada rezeki pada masa depan InshaAllah”
Jelasnya lagi, buat masa ini mereka akan fokus akan hal masing-masing dahulu dan ada perancangan lain tetapi bukan dalam dunia hiburan.
Sekadar info, Syasya telah membuat kejutan dengan mengundurkan diri dalam kumpulan Dolla pada 8 Mac lalu. Kemudian, mengejutkan peminat sekali lagi selepas bergelar isteri kepada Nasrullah pada 20 April lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!