Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh enggan mengulas secara terperincimengenai kontroversi konsert Sumandak Stars yang dijadualkan berlangsung pada 30 November depan.
Dalam temu bual bersama Remaja, pelantun lagu popular Cinta itu juga mengakui bahawa dia belum bertemu dengan pihak penganjur, Orange International Entertainment.
“Sejujurnya saya tak mahu cakap lebih sebab tiada informasi langsung mengenai konsert cuma boleh harapkan dapat dijayakan dengan sempurna. Lagipun konsert ini mengetengahkan konsep bagus yang mana menggabungkan semua penyanyi Sabahan.
Ads
“Saya juga belum berjumpa dengan pihak penganjur lagi untuk berbincang. Kontrak semua biarlah menjadi rahsia dahulu, saya tidak berani cakap apa-apa lagi,” katanya ketika ditemui di malam gala filem Don Dukun.
Pada masa sama, Marsha turut mengunci mulut mengenai rakan seperjuangannya, Stacy Anam, yang telah menarik diri daripada konsert tersebut.
“Saya yakin Stacy ada alasan sendiri dan pasti dia perlu melindungi hak dia. Bagi saya apa yang penting, penyanyi lain perlu fokus dan pihak penganjur harus teliti dengan konsep,” ujarnya lagi.
Ads
Walaupun dalam situasi yang tidak pasti, penyanyi lagu Bimbang itu berharap agar konsert yang menggabungkan penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu itu berjalan dengan lancar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, kontroversi melibatkan sebuah video siaran langsung bintang terkenal K-Pop, RM BTS terus menjadi perbualan hangat di media sosial apabila pelbagai salah faham mula timbul sehingga mencetuskan perdebatan antara peminat dan warga internet.
Difahamkan, selepas sesi siaran langsung itu, pelbagai spekulasi serta khabar angin mengenai ahli BTS sedang hangat diperkatakan serta komen RM atau pemilik nama sebenar Kim Namjoon (31) mengenai beberapa topik sensitif, termasuk isu berkaitan kumpulan, menjadi fokus utama sehingga ada pihak yang mengambil kata‑katanya di luar konteks.
Disebabkan potongan video tersebut tersebar tanpa konteks penuh, RM menerima jumlah komen negatif yang agak tinggi. Ramai yang mendakwa kenyataannya seakan mengundang kontroversi, sedangkan apa yang disampaikan sebenarnya lebih kepada luahan hati dan rasa tertekan.
RM BTS Ketika Siaran Live Baru-baru IniPerkongsian RM BTS Di Weverse
Selepas dua hari, pada 8 Disember, RM tampil meredakan keadaan dengan memuat naik foto berbentuk hati di aplikasi Weverse. Dalam hantaran sama, beliau menzahirkan rasa kesal dan memohon maaf kepada peminat yang mungkin terasa atau salah faham.
“Saya minta maaf kalau live saya dua hari lepas buat ramai ARMY rasa penat. Sekarang saya menyesal buat live itu, tapi ketika itu saya memang rasa tertekan,” katanya.
Ketua kumpulan kepada BTS itu turut menambah bahawa beliau menerima banyak mesej daripada individu yang risau tentang keadaannya. Dalam nada lebih santai, beliau menjelaskan perancangan peribadi yang sedang berlangsung sambil mengingatkan peminat supaya menjaga diri dalam cuaca sejuk.
“Saya akan fokus pada penghasilan muzik, latihan koreografi, fikirkan content baru, tidur elok-elok, dan jalani hidup macam biasa,” jelasnya.
Kredit foto: IG RM BTS
Dalam hantaran yang sama, RM sempat bercerita mengenai kehidupannya kebelakangan ini, termasuk persiapan untuk mengambil ujian memandu, menonton filem indie berjudul The Color of Pomegranates, serta proses renovasi rumah yang akhirnya siap selepas enam bulan.
Sementara itu, di ruangan komen, para peminat menyambut baik keterbukaannya itu dan ramai yang menyatakan bahawa RM tidak bersalah dalam isu tersebut. Malah, sebahagian besar mereka berpendapat permohonan maafnya menunjukkan sikap matang serta rasa tanggungjawab sebagai figura awam.
Walaupun kontroversi itu memberi sedikit getaran dalam komuniti peminat, ramai percaya ia hanyalah salah faham yang diperbesarkan. Selain itu, menerusi penjelasan RM, suasana kini dilihat semakin reda dan peminat kembali memberikan sokongan penuh kepada beliau.
Untuk perkembangan terkini, kumpulan BTS kini dikhabarkan sedang dalam persiapan melancarkan album penuh baharu. Mereka dijangka kembali dengan aktiviti kumpulan sepenuhnya pada Mac 2026 selepas semua ahli selesai menjalani perkhidmatan ketenteraan masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu ini, empat lagi buah lagu baru daripada penyanyi tempatan menarik perhatian REMAJA apabila masing-masing seakan mempunyai konsep yang sama.
Inti pati lirik kali ini adalah lebih melankoli, sedih dan lebih meruntun jiwa. Bagi pendengar yang sedang dilanda masalah peribadi terutamanya masalah emosi, pastinya empat buah lagu ini akan ‘dilayan’ oleh korang.
Penulis hendak ingatkan kepada korang usah dilayan sangat perasaan itu. Setiap permasalahan itu pastinya didatangkan dengan solusi. Cuma dengan kehadiran lagu-lagu ini, korang bolehlah menjadikannya sebagai peneman sementaran, hehe..
Kami pasti setiap bulan peminat K-Drama pasti menantikan senarai drama-drama terbaru yang akan ditayangkan.
Menurut portal Kakimuvee, untuk bulan Mac ini ada beberapa buah drama yang best boleh korang tonton. Berikut merupakan senaraikan antara drama menarik bulan ini.
1. Nobody Knows
Tarikh tayangan: 2 Mac 2020
Cha Young Jin adalah seorang detektif. Dia kehilangan sahabatnya 19 tahun lalu kerana dibunuh pembunuh bersiri. Cha Young Jin masih menanggung rasa bersalah dan trauma atas kematian sahabatnya. Kes pembunuh bersiri yang sama kemudian bermula sekali lagi selepas 19 tahun. Cha Young Jin memburu pembunuh itu.
2. Unique! Chef Moon
Tarikh tayangan: 6 Mac 2020
Moon Seung Mo adalah seorang chef selebriti yang popular. Oleh kerana kematian ibu bapanya secara tiba-tiba, dia berpindah ke Kampung Seoha. Kehidupan hariannya yang tenang tiba-tiba berubah di sana dengan kemunculan Yoo Yoo Jin.
Yoo Yoo Jin adalah seorang pereka fesyen terkenal. Dia bekerja di bawah nama Yoo Bella. Suatu hari, dia mengalami kemalangan kereta. Kemalangan kereta menyebabkan dia kehilangan ingatannya sepenuhnya dan dia berakhir di Kampung Seoha.
3. Memorist
Tarikh tayangan: 11 Mac 2020
Drama yang dibintangi oleh Yoo Seung Ho dan Lee Se Young ini menceritakan tentang seorang detektif yang bernama Dong Baek memiliki kuasa supernatural. Setiap kali dia menyentuh seseorang, dia dapat membaca ingatan orang tersebut. Dia berjaya menangkap ramai penjenayah dan kemudiannya berhadapan dengan kes misteri tentang pembunuhan bersiri.
4. Hospital Playlist
Tarikh tayangan: 12 Mac 2020
Hotel Playlist adalah siri drama Korea yang mempunyai 16 episod menceritakan tentang lima orang sahabat alam yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran dan kini berkhidmat di sebuah hospital yang sama. Drama ini mendapat respon luar biasa daripada penonton dan khabarnya, ia mungkin akan ditayangkan selama tiga musim.
5. Kingdom Musim 2
Tarikh tayangan: 13 Mac 2020
Dalam usaha untuk menyelamatkan rakyat semasa wabak zombie menyerang, Putera Mahkota Lee Chang kembali ke istana untuk mencari sumber wabak itu dan mengungkap rahsia dan plot lain dalam istana.
6. Rugal
Tarikh tayangan: 16 Mac 2020
Rugal adalah drama aksi thriller sci-fi tentang Kang Ki Bum (Choi Jin Hyuk), seorang detektif elit yang berusaha menjatuhkan sebuah organisasi penjenayah yang benama Argos. Dalam proses itu, dia akhirnya menjadi sasaran oleh penjenayah hebat di belakang Argos, dia bukan sahaja kehilangan isteri tercinta dan kedua-dua matanya, tetapi dia juga diperangkap atas tuduhan membunuh isterinya.
Selepas menerima satu set mata buatan dengan kebolehan khas yang dibuat menggunakan bioteknologi yang dibangunkan oleh sebuah organisasi yang bernama Rugal, Kang Ki Bum menetapkan usaha untuk membalas dendam dan menghapuskan organisasi jenayah itu yang bertanggungjawab di atas segala penderitaannya.
7. Find Me In Your Memory
Tarikh tayangan: 18 Mac 2020
Menceritakan tentang kisah cinta antara Lee Jung-Hoon (Kim Dong Wook) dan Yeo Ha-Jin (Mun Ka-Young). Lee Jung-Hoon bekerja sebagai seorang wartawan di stesen penyiaran dan menghidap hyperthymesia, suatu keadaan yang memberinya kebolehan untuk mengingati banyak pengalaman hidup mereka secara terperinci. Manakala, Yeo Ha-Jin adalah seorang pelakon popular yang telah melupakan masa lalunya. Disebabkan itu, dia hidup dengan sesuka hatinya.
8. A Piece Of Your Mind
Tarikh tayangan: 23 Mac 2020
Drama ini menceritakan kisah percintaan antara Ha Won (Jung Hae-In) dan Han Seo-Woo (Chae Soo-Bin). Ha Won adalah seorang programmer yang berhati baik. Sementara itu, Han Seo-Woo bekerja sebagai jurutera rakaman klasik. Hidupnya tidak stabil tanpa keluarga atau rumah, tetapi dia adalah orang yang positif. Mereka bertemu dan See Woo tertarik dengan Ha Won selepas melihat cinta satu sisi jejaka tersebut dari jauh.
9. Repeat The Year
Tarikh tayangan: 23 Mac 2020
Adaptasi dari drama Jepun, Repeat (2018). Kisah di mana 10 orang mendapat peluang untuk kembali semula ke setahun yang lepas, tetapi situasi misteri yang tidak dijangka mula muncul apabila nasib mereka berubah.
10. Meow The Secret Boy
Tarikh tayangan: 25 Mac 2020
Sol-A (Shin Ye-Eun) merupakan wanita di pertengahan umur 20-an, dia bekerja untuk syarikat pereka grafik. Sol-A mengimpikan untuk menjadi artis webkomik, satu hari Sol-A bawa balik rumah seekor kucing, Hong-Zo (L Kim Myung-Soo). Sol-A tidak mengetahui Hong-Zo bukan kucing biasa. Hong-Zo mempunyai kebolehan bertukar menjadi manusia.
11. The World Of The Married
Tarikh tayangan: 27 Mac 2020
Ji Sun Woo adalah doktor perubatan. Dia berkahwin dengan Lee Tae Oh dan mereka mempunyai anak lelaki. Dia seolah-olah mempunyai segala-galanya, termasuk kerjaya yang berjaya dan keluarga yang bahagia, tetapi dia dikhianati oleh suaminya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.