Pelbagai episod duka terpaksa dihadam para peminat kumpulan k-pop popular, EXO setelah kontroversi melanda nama kumpulan itu sepanjang tahun 2021.
Biarpun tumpuan negatif terarah kepada bekas ahli kumpulannya, Kris Wu disebabkan dakwaan dan siasatan kes melakukan hubungan intim dengan gadis bawah umur serta menggunakan bahan terlarang bagi memerangkap mereka, secara tidak langsung masih ramai yang mengaitkan Kris dengan nama EXO. Lalu tempias kontroversi yang tercetus bulan Ogos lalu tetap terkena pada batang hidung kumpulan itu sendiri.
Semua itu bagaimanapun nampaknya tidak menjejaskan perancangan kemunculan semula ahli EXO, Kai dengan projek baharu pada bulan November ini!
Sumber Foto : W Korea September 2019
Semalam, SpotTVNews telah melaporkan bahawa Kai akan melakukan ‘comeback’ solo pada akhir November. Berita tersebut telahpun disahkan oleh sumber terdekat daripada syarikat labelnya, SM Entertainment biarpun secara tidak rasmi.
“Benar, Kai sedang bersiap sedia untuk album solo terbarunya pada akhir bulan hadapan. Teruskan menanti dan mengikuti perkembangan terbaru.”
Jika korang masih ingat, Kai yang juga merupakan penari utama-sub rapper-sub vocalist EXO pernah melakukan debut solonya pada bulan November tahun 2020 menerusi album mini berjudul KAI dan trek utama berjudul Mmmh.
Ads
Album KAI berjaya mendapat sambutan menggalakkan apabila mendaki puncak carta ‘Top Album’ iTunes di 55 buah negara di samping menakluki carta penjualan album digital QQ Music, Kugou Music, Kuwo Music dan berada di tangga teratas carta muat turun Gaon.
Setelah kira-kira setahun, peminat sudah bersedia menantikan konsep terbaru album solo kedua Kai ini.
Ads
Sumber Foto : W Korea September 2019
Kai terus fokus dengan bidang muzik biarpun sibuk dengan tugas sebagai duta jenama fesyen mewah, Gucci dan sebagai selebriti lelaki pertama yang dilantik oleh jenama kosmetik, Bobbi Brown sebagai spokeperson.
Selain percubaan sebagai penyanyi solo ini, dia juga terlibat dalam kumpulan SuperM bersama-sama beberapa penyanyi lelaki di bawah label SM Entertaiment seperti Taemin (SHINee), Baekhyun (EXO), Taeyong, Mark, Ten dan Lucas (NCT).
Harapnya, imej bersih Kai ini akan dapat terus dikekalkan untuk tempoh masa yang panjang.
Filem yang berkisarkan tentang haiwan sememangnya mampu menarik perhatian penonton untuk ke pawagam. Aksi comel mereka menjadi sebab utama kenapa ramai yang suka menonton, lebih-lebih lagi filem yang bergenre animasi.
Kalau pernah menonton The Secret Life of Pets, pastinya korang dah tahu macam mana comelnya kehidupan haiwan-haiwan peliharaan yang ditonjolkan dalam filem tersebut. Begitu juga dengan The Secret Life of Pets 2, filem ini adalah kesinambungan daripada filem pertamanya, berkisarkan tentang pengembaraan sekumpulan haiwan yang tinggal di bandar New York.
Diarahkan oleh Chris Renaud, pengembaraan kali ini lebih ‘mencabar’ dan dalam masa yang sama, aksi-aksi haiwan tersebut pastinya berjaya membuatkan korang tersenyum sendiri.
Serious comel, tak tipu!
Filem ini dibintangi oleh aktor popular seperti Patton Oswalt, Eric Stonestreet, Kevin Hart, Jenny Slate, Ellie Kemper, Lake Bell dan ramai lagi.
Apa yang kami suka tentang filem ini adalah semangat setia kawan yang dimiliki oleh sekumpulan haiwan yang tinggal di bandar. Boleh la dikategorikan sebagai haiwan bandar yang bukan ‘biasa-biasa’. Hiks! Selalunya orang cakap, anjing tak boleh jumpa kucing, pasti bergaduh. Tetapi dalam filem ini, korang boleh lihat macam mana keakraban mereka. Tak kiralah haiwan apa sekali pun, mereka tetap bersatu hati dan saling bantu-membantu.
So sweet!
Telatah mereka juga buat kami tersenyum sepanjang menonton file mini. Pendek kata, bukan hanya kanak-kanak, orang dewasa pun pasti terhibur.
Nah, tak bolehlah nak cerita lebih-lebih. Nanti tak syok pula. Apa kata korang tonton sendiri The Secret Life of Pets 2 yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 30 May 2019.
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan calang-calang komitmen yang ditunjukkan pelakon dan ratu cantik, Shweta Sekhon apabila sanggup menurunkan hampir 6 kilogram demi menjayakan watak Dr Malini dalam filem adiwira, Keluang Man.
Wanita yang pernah menggalas gelaran Miss World Malaysia 2016 dan Miss Universe Malaysia 2019 itu akui, peluang ini adalah tiket penting untuk menapak kukuh dalam industri lakonan tempatan.
“Saya perlu melalui sesi uji bakat berkali-kali dan prosesnya tak mudah.
“Apabila ambil saya dan minta turunkan berat badan kerana nak rahang kelihatan, saya turuti kehendak kerana laluan saya bukan mudah untuk jadi Dr Malini,” jelas Shweta.
Sepanjang tempoh tiga bulan persiapan, Shweta benar-benar menjaga pemakanan dengan ketat selain aktif bersenam menerusi rutin gimnasium, yoga dan pilates.
“Dalam tempoh tiga bulan saya berjaya turunkan berat badan sehingga hampir enam kg, malah masih lagi menjaga makan sepanjang penggambaran,” katanya lagi.
Yang menarik, dia bukanlah satu-satunya pelakon yang jaga makan di set. Menurutnya, suasana di set Keluang Man sangat positif dan semua pelakon seakan ‘satu keluarga’ yang saling menjaga disiplin.
“Kami sudah seperti keluarga, semua orang dalam set ini memang jaga makan. Jadi, produksi tak perlu susah-susah sediakan makanan yang banyak,” tambahnya.
Ratu cantik berasal dari Kuala Lumpur itu turut menyatakan keterujaannya beraksi dalam filem Melayu buat pertama kali.
“Saya pernah bintangi beberapa drama, tapi ini kali pertama saya berlakon dalam filem Melayu.
“Saya sangat berharap dapat cipta nama dalam industri filem dan drama Melayu, tapi saya perlu perbaiki penguasaan bahasa Melayu agar dapat diterima,” tuturnya lagi.
Filem arahan Anwari Ashraf ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nas, Datuk Rosyam Nor, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan ramai lagi.
Shweta yang berketurunan Punjabi sebelum ini aktif dalam dunia peragaan dan pernah mewakili Malaysia di pentas Miss Universe 2019 di Atlanta, Amerika Syarikat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi Industri hiburan Korea Selatan menerima berita menyedihkan selepas seorang pelakon ‘Descendant Of The Sun’ dikatakan meninggal dunia.
Kalau korang peminat K-drama, mesti perasan dan kenal dengan aktor veteran, Nam Moon Chul yang dikatakan meninggal dunia pada 4 Oktober di usia 50 tahun.
Foto Via SOOMPI
Hal ini turut disahkan oleh agensi yang menaunginya iaitu BK Management.
Nam Moon-chul memainkan banyak watak sampingan dalam filem dan drama TV Korea Selatan antaranya Six Flying Dragons, Nokdu Flower, CHIP-IN, When My Love Blooms, dan Descendants of The Sun.
Popularitinya naik mendadak menerusi drama popular, Descendants Of The Sun pada tahun 2016. Beliau membawa watak sebagai Pengurus Ko iaitu ayah kepada seorang pekerja muda di sebuah tapak pembinaan di sebuah negara.
Dalam episod enam, dia telah mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan rakan sekerja ketika negara itu dilanda gempa bumi.
Drama terakhirnya berjudul Mad For Each Other yang ditayangkan baru-baru ini.
Agensi kepada mendiang turut mendedahkan bahawa aktor yang berusia 50 tahun itu meninggal dunia selepas disahkan menghidapi kanser usus besar dan telah berjuang untuk melawan penyakit tersebut.
Untuk info, kanser Usus (Colon Cancer) adalah antara 10 kanser yang paling kerap berlaku dikalangan lelaki. Ia juga dikatakan berkait rapat dengan gaya hidup individu.
RIP Nam Moon Chul…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.