Terbaru, kumpulan Rock Indie terkenal, The Rose kembali memberi kejutan buat peminat, Black Roses apabila mengumumkan kemunculan mereka di Malaysia menerusi jelajah Asia ‘ROSETOPIA’ yang bakal berlangsung pada Oktober ini.
Kumpulan yang berasal dari Korea Selatan itu dijadualkan mengadakan persembahan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2026, Ahad. Konsert tersebut juga menjadi penampilan pertama The Rose di Malaysia selepas kali terakhir beraksi di negara ini pada tahun 2024.
Pengumuman mengenai konsert tersebut dibuat oleh penganjur, CK Star Entertainment, yang kini turut berkongsi butiran harga tiket buat Black Roses yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan aksi The Rose secara langsung. Tiket konsert ditawarkan pada harga bermula RM388 hingga RM738, manakala pakej VIP pula hadir dengan harga antara RM798 sehingga RM968.
Dalam pada itu, jelajah ‘ROSETOPIA’ Asia Tour 2026 kali ini dilihat cukup istimewa buat peminat kerana ia bakal menjadi siri persembahan terakhir The Rose sebelum kumpulan tersebut mengambil masa untuk berehat daripada aktiviti muzik mereka. Selain Kuala Lumpur, kumpulan itu turut dijadualkan mengadakan persembahan di beberapa bandar Asia Tenggara lain termasuk Thailand, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Ads
Sepanjang perjalanan muzik mereka, The Rose berjaya mencipta nama menerusi gabungan elemen rock alternatif, pop serta sentuhan emosi dalam karya-karya mereka. Antara lagu popular yang sering menjadi pilihan peminat termasuk ‘RED’, ‘Back To Me’, ‘She’s In The Rain’ dan ‘Sorry’, yang terkenal dengan melodi menyentuh hati serta persembahan vokal yang kuat.
Dengan reputasi mereka sebagai kumpulan yang mampu memberikan persembahan secara langsung penuh tenaga, konsert kali ini dijangka menjadi malam yang penuh emosi buat para peminat. Kehadiran The Rose di Kuala Lumpur juga memberi peluang kepada Black Roses tempatan untuk menyaksikan sendiri persembahan istimewa sebelum kumpulan itu berehat daripada aktiviti bersama.
Dalam pada itu, peminat disarankan untuk mengikuti perkembangan terkini menerusi laman media sosial rasmi CK Star Entertainment bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penjualan tiket dan persiapan konsert tersebut.
Sementara menantikan kemunculan mereka di Malaysia, peminat boleh terus menikmati karya terbaru The Rose menerusi lagu ‘Utopia’. Dengan pengumuman jelajah ‘ROSETOPIA’, pastinya ramai Black Roses sudah bersedia untuk menyanyi bersama dan mencipta kenangan baru bersama kumpulan kegemaran mereka di Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut pasal nak beli rumah, semua orang memang menyimpan angan-angan untuk memiliki kediaman sendiri. Tapi, kadang kala terfikir juga sama ada mampu atau tak aku nak beli rumah ni?
Kalau korang memang dah berangan nak beli rumah, baguslah dik. Cuma kalau setakat simpan impian tapi tak berusaha pun tak guna juga kan?
Sebenarnya perkara pertama yang korang perlu tahu adalah bagaimana proses yang diperlukan untuk membeli rumah pertama.
Berikut adalah perkongsian yang dibuat oleh Afiq Shamnazri tentang flow yang korang perlu jelas sebelum mendapat kunci rumah.
1. Persediaan
Fasa persediaan bermaksud, bila korang ada niat nak beli rumah, benda pertama yang korang patut buat adalah semak kelayakan loan dengan bank. Loan ni part paling kritikal melainkan korang beli cash.
a. Income
Formula perkiraan adalah seperti berikut:
Komitmen lama + komitmen rumah baru yang nak dibeli/net income x 100
Kalau lebih 70% application rejected. Korang boleh google cara nak kira DSR.
b. Scoring
Scoring ni maksudnya korang ada ciri-ciri orang boleh bayar hutang ke tak? So, bank akan tengok pekerjaan korang stabil tak, permanent ke kontrak, korang ada degree ke tak. Benda-benda ni addvalue dalam application.
c. Ccris
Ccris ni record kalau ada komitmen dengan bank. Kalau ada, kena bayar ikut time. Kalau tak ada record langsung boleh apply ke?
Boleh je.
Tips!
Dokumen apa yang bank nak?
Boleh je nak minta tolong ejen semakkan kelayakan loan korang. Biasanya ejen akan terus liase terus dengan banker. Bagi je korang punya dokumen tu.
Next.. Deposit pula
Deposit biasanya kena prepare 10% daripada harga rumah
Contoh harga rumah RM200,000, so kena ready RM20,000
Kalau tak cukup macam mana?
Lepas dah tahu berapa loan korang boleh ambil, perkara terakhir yang korang kena buat adalah plan pasal rumah tu.
2. Persediaan
Bila fasa pembelian ni nak window shopping refer balik pada plan yang korang buat dalam fasa persediaan tu. Cari rumah yang sesuai dan berkenan.
Bila dah jumpa yang berkenan, booking untuk proceed dengan langkah seterusnya. Booking mestilah kepada property agency atau law firm. Jangan bank in kepada akaun personal.
Bila dah booking dan owner pun dah sign, form tu attach sekali dengan dokumen-dokumen untuk loan tadi dan submit la dekat bank untuk apply loan. Tak pun, ada sesetengah ejen mereka akan tolong buatkan.
Kalau dokumen semua lengkap dalam masa seminggu dah boleh dapat approval loan.
Bila loan dah approve, ejen akan maklumkan kepada peguam untuk prepare sale and purchase agreement (Snp). Dalam masa dua minggu dah boleh sign.
3. Tukar nama
Untuk fasa ketiga ni korang boleh tenang sikit sebab kebanyakkannya diuruskan oleh peguam.
Rumah freehold kebiasaan ambil masa tiga hingga 4 bulan
Rumah leasehold 6 bulan hingga setahun. Kalau rumah lowcost lambat sikit sebab kena minta consent.
Apa yang korang kena buat adalah just follow up sebulan sekali pada peguam tentang proses ini. Jadi, bila dah settle semua peguam akan panggil untuk check rumah. Kalau semua okay boleh la ambil kunci dari peguam.
Settle!
Okay hopefully korang dah dapat gambaran yang jelas macam mana proses sebenar untuk membeli rumah. Mungkin urusan pertama jual beli ni nampak rumit sikit, tapi kalau ada rezeki untuk beli rumah kedua atau ketiga, rasanya mudah sikit la sebab korang dah ada experience kan?
Anyway kami doakan agar urusan dan impian beli rumah korang tercapai!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali musim perayaan, ada sahaja aktiviti menarik yang akan dianjurkan di Taman Tema Air Sunway Lagoon. Bagi sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini pula, barisan maskot Sunway Lagoon iaitu Captain Quack & Friends akan bersama-sama pengunjung memeriahkan perayaan ini dari 23 Januari sehingga 6 Februari.
Jika korang pergi pada dua hari pertama Tahun Baru Cina (25 dan 26 Januari), korang akan disambut oleh God of Prosperity bersama Captain Quack & Friends. Mereka akan menghadiahkan sampul ang pau edisi terhad dan limau mandarin. Selain itu, korang juga akan dihiburkan dengan Tarian Singa, persembahan gendang Cina dan persembahan sketsa A Mouse's Tale oleh maskot mereka dan kemunculan Sifu Lao Shu.
Terdapat banyak lagi tarikan menarik sepanjang Tahun Baru Cina ini dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Red Zodiac Statue
Korang perlu mencari dan menyentuh Rat Zodiac Statue yang terletak di pintu masuk Sunway Lagoon bagi simbolik tuah agar sentiasa berada di tangga #1 pada tahun 2020 (sama seperti kedudukan Sang Tikus dalam Perlumbaan Heavenly Gates mengikut cerita mitos kaum Cina).
2. Huat Cheese Mountain
Pada hentian seterusnya, korang boleh singgah ke Huat Cheese Mountain. Bayangkan impian korang untuk tahun baru, pegang hajat tersebut dan lempar duit syiling ke dalam lubang gunung keju. Sebagai ganjaran simbolik kepada tuah, korang bakal menerima syiling emas.
3. Wishing Love Pond
Buat korang yang masih single pula, kunjungi Wishing Love Pond demi impian hubungan yang indah pada tahun 2020 dengan melemparkan limau mandarin ke kolam ini. Semoga impian korang menjadi realiti. Hiks!
4. Fortune Chest
Pilih nombor dari mangkuk nasib dan korang perlu membuka laci almari bernombor yang tertera di kertas dari mangkuk nasib. Tilikan nasib tertera di helaian dari laci almari tersebut.
5. Lucky Tree
Untuk tahun baru yang makmur, petik salah satu ang pau yang tergantung di pokok tersebut dan lihat pada isi sampul. Pelbagai hadiah menarik korang seperti barangan eksklusif Huawei dan banyak lagi.
Selain itu, sepanjang sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Surf Beach akan dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan untuk pengunjung, seperti Rat Race Animal Kingdom, CNY Chapteh dan CNY Sand Art.
Pastinya cuti CNY korang tidak hambar jika mengunjungi ke Taman Tema Air Sunway Lagoon.
Paling best, kami turut menganjurkan satu peraduan untuk korang rasai sendiri pengalam berada di A Mouse's Tale Sunway Lagoon.
Bagi yang tak pernah alami masalah berat badan, mungkin takkan pernah faham perasaan orang gemuk. Tidak dinafikan, bila badan besar, macam-macam kesukaran dilalui. Antaranya memang susah cari saiz baju, susah nak aktif, selalu jadi bahan hinaan sedangkan semua manusia itu sama. Ada hati dan perasaan juga.
Bacalah perkongsian dari Bro Jazli Hassan ini. Dari usianya 2 tahun sehingga usianya mencecah 30 tahun, berat badannya pernah mencecah sehingga 183 kg dengan saiz pinggangnya 6 XL.
Jazli dalam usaha menurunkan berat badannya ketika ini – pix sumber Jazli HassanSalutelah bro berjaya turunkan berat badan 105 kg. Dah boleh pakai saiz M dah
Terlalu letih “bersahabat” baik dengan gemuk, bro nie nekad untuk kurus. Kini beratnya ideal, 78 kg, pakai pun saiz M sahaja dengan saiz pinggang 32 inci. Bagaimana dia lakukan? Ketahui apa rahsianya.
Mana tahu, mudah-mudahan dari ceritanya boleh menjadi inspirasi kepada orang lain pula. Keep it up bro! Salute!
Baca perkongsian Jazli Hassan ini.
30 Tahun saya merasai suka duka dalam Kegemukan dari berusia 2 tahun sehingga berat mencecah 183kg pingang saiz 60′ inchi saiz 6XL UK,Hari ini berat 78kg,saiz M dan pingang saiz 32′ inchi.Ini Antara “10 SEBAB BUAT SAYA BERUBAH”saya akan ceritakan pada semua saya mohon sila kongsikan demi berikan kesedaran pada yang lain di luar sana..kegemukan dan saya sudah sebati lama sebelum saya di berikan peluang untuk merasai apa saya rasa hari ini..
1) Sakit mula bersahabat baik.
Gemuk tak awesome sebab kegemukan ini saya hampir mandul hormon testerone saya menurun mendadak,jantung bengkak sebelah,hati saya dah mengembang dari normal dan paling seksa bagi saya asid perut saya dah naik sentiasa pedih ulu hati,pening,sendawa,badan berangin atau di kenali GERD..ini paling buat saya ingin berubah…kalau tak berubah mungkin hari ini saya tiada lagi di dunia ini
2) Saya ingin Lihat saya kurus bagaimana?
anda semua bertuah ada juga merasakan diri anda kurus ketika kecil.saya tak pernah lihat semuanya saya rasa gemuk sejak dari kecil.segala suka duka saya tempoh.hanya tangisan airmata dapat menceritakan bagaimana sukarnya,sedihnya di sebalik senyuman..dulu kecil seronok orang puji comel semakin dewasa mula lihat banyak yang terbatas akibat kegemukan..setiap kali saya tengok cermin dulu saya sentiasa bayangkan bila saya kurus bagaimana?..hari ini saya dapat hasilnya.
3)Teringin untuk bergaya seperti yang lain.
Gemuk membataskan saya untuk mengayakan sesuatu seperti orang lain.lagi lelaki penampilan penting.saya pernah di hina rupa saya seperti langsir buruk yang paling keji pernah di ibaratkan kain buruk…ada juga perli saya asyik-ayik baju sama..dia tak tahu baju bersaiz besar amat sukar dari segi pilihan dan harga mahal.saya di besarkan dalam keluarga yang sederhanaa membeli baju besar berharga beratus sepasang adalah satu bebanan..sepasang baju sangat berharga bagi saya..kadang-kadang bila tengok kawan-kawan shoping terasa sedih..saya nekad nak berubah.
4) Tiba masa Perbaiki Hubungan Dengan Tuhan.
Dulu ketika berbadan gemuk gedempol saya memang teruk dalam menunaikan sembahyang 5 waktu.apatah lagi bila tiba waktu subuh.kalau solat pun saya jadi tak khusyuk sebab termengah bila rukuk dan sujud..4 rakaat ibarat berlari 100 meter pecut..hal ini menyebabkan timbul rasa malas dalam diri,semakin hari saya menjadi lalai hubungan saya dengan tuhan.hidup saya jadi huru hara lagi bila terlibat dalam dunia lakonan makan tak tentu masa dan waktu tidur saya dah terbalik…tapi tuhan sayanggkan saya.dia berikan saya musibah untuk saya perolehi suatu perubahan luar biasa hari ini.
5) Saya dah letih dengan kelesuan,kelelahan dan kelenguhan.
selama bertahun lama saya terpaksa menangung kesakitan sendi kaki,kelenguhan terlampau dan keletihan ketika bangun tidur menjadi kelesuan dan sekali gus menganggu produktiviti saya seharian.bayangkan jalan sedikit tumit dah sakit,kekejangan kerap ketika tidur,tumit kaki sentiasa sakit..saya tak mahu lagi rasai semua ini..berpuluh tahun saya rasinya…..cukuplah saya tak rela ulangi lagi.
6) Tak sanggup di simpati dalam perCintaan.
nampak macam kelakar hal ini jangan di ambil remeh berkali-kali saya di permainkan dalam arena percintaan kebanyak wanita hanya menerima saya kerana simpati.ada satu kisah cinta saya siap mainkan saya dalam percintaan tiga segi di mana dia dan BF berpakat gunakan saya medium untuk mereka bersama dalam hubungan cinta diorg..ada juga perempuan hina saya gemuk ada juga cemuh saya..tue semua kisah lama..kisah ini yang menjadi pembakar semnagat saya untuk menjadi jazli yang baru hari ini.
7) Di hina ketika melebarkan sayap kerjaya,
Kegemukan ini bukan sesuatu yang seronok atau menjadi sesuatu yang perlu di bangakan.Sebab kegemukan ini saya kehilangan banyak peluang kerjaya saya.Antaranya kalau saya tak gemuk hari ini mungkin saya telah menjawat jawatan salah seorang juruteraan rangkain dan keselamatan komputer di salah sebuah syarikat besar saya di reject oleh ahli panel sebabkan kegemukan saya….ada saya pergi intiview diaorg buat tak layan saya dan seolah saya tak wujud.Ada baru duduk dah cakap tak terima sebelum intiview..ini sebab kenapa hari ini saya takkan pergi mana-mana intiview..kisah ini menjadikan saya belajar menjadi hari ini.
8) Hampir menemuai kematian.
hal ini terjadi bila saya di kejarkan di wad kecemasan hodpital tengku ampuan rahimah klang akibat kes demam denggi.hanya tuhan yang tahu bertapa susahnya pada hari tue di wad kecemasan mereka mahu ambil darah saya bertapa seksa saya dengan lemah longlai..bukan itu sahaja nak masukan drip dan ubat satu lagi azab.denggi saya dah tahap keluar merah di kulit saya seoalh berdarah…yang menjadi sayu hati saya bila bila melihat emak saya menangis di wad melihat doktor cucuk mengambil darah saya..di situ dah bermula terdetik dalam hati mungkin ini peluang untuk saya berubah…akhirnya saya berubah.
9) Tebus Malu Seluruh rakyat Malaysia
Pada 7 tahun lepas saya telah di panggil oleh pihak TV3 untuk satu slot khas untuk bercerita mengenai misi saya keluar dari kegemukan.masa tue akak wardina menemubual saya.dua kali saya di jemput satu lagi dengan kak abby Dj radio tue.beria-ria saya cerita akhirnya saya tewas dengan misi saya dari 120kg berat saya turun naik sehingga pernah mencecah 190kg..saya malu pada semua sebagai contoh saya tak dapat jadi yang terbaik…namun itu semua nekad sehingga hari ini saya bangkit penghujung 2016 saya berjaya buktikan Live semula MHI TV3 di temani abg fedtri yahya..berkali-kali saya cuba baca dan fahami diri akhirnya saya berjaya.
10) Hargai usia yang tinggal
berpuluh tahun lepas saya banyak leka dan terbuai dengan alam kegemukan pelbagai cerita saya lalui.dari penyakit sehinggalah di sakiti jiwa dan fizikal saya.banyak peluang-peluang di depab mata saya terlepas.bermacam-macam peluang saya tak pernah lakukan ketika usia kanak-kanak serta remaja.hanya tinggal beberaa tahun sahaja lagi sebelum waktu tua saya untuk merasai dan menikmati sebelum saya menemui pencipta saya.kalau saya tak berubah bila lagi saya nak rasai saya dah penat untuk berada tahap yang penuh dengan pelbagai kisah yang meyakitkan saya…cukupah saya dah penat inilah peluang untuk saya buktikan sesuatu yang luar biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!