Siapa sahaja tidak mengenali kumpulan K-Pop terkenal ini? Dianggotai oleh 4 orang wanita hebat, kumpulan tersohor ini kekal di carta teratas tiap kali lagu baru mereka dikeluarkan.
Namun, langit tak selalunya cerah apabila kumpulan penyanyi Korea Selatan ini dihentam teruk oleh outlet media Perancis dek kerana kualiti persembahan yang tidak memuaskan.
Pada 2 September, Le Parisien dari Perancis menerbitkan ulasan semua konsert yang diadakan di State De France dan Arena Paris La Défense sepanjang musim panas yang lalu. Akhbar itu menyatakan bahawa senarai itu dibuat secara objektif.
Ads
“Oleh kerana senarai ini benar-benar objektif, sesetengah orang akan gembira, cemburu, atau sakit hati setelah membacanya,” jelas Le Parisien.
Le Parisien mendakwa bahawa konsert Encore Julai BLACKPINK adalah yang paling teruk di antara aksi konsert antarabangsa. Akhbar itu turut mendedahkan mengapa mereka memberikan kumpulan itu tangga paling terendah dalam senarainya.
“Hanya kerana penonton memenuhi State De France (lokasi konsert) tidak bermakna persembahan yang diberikan adalah bagus. Apa yang kami nilai selepas meninggalkan konsert BLACKPINK ialah koreografi terlalu rigid, dan mereka sesama ahli sering tersilap langkah di hadapan satu sama lain kerana miskomunikasi,” jelas mereka.
Ads
Penerbitan itu kemudian meneruskan kritikannya terhadap konsert tersebut dan seolah-olah tidak berpuas hati dengan interaksi berlebihan di antara ahli kumpulan BlackPink dengan peminat mereka.
“Semasa bahagian akhir persembahan, Jennie tiba-tiba meninggalkan pentas, dan ahli yang selebihnya mula berinteraksi dengan peminat menerusi poster yang dipegang penonton. Ini bukan persembahan yang setaraf dengan populariti mereka,” komen outlet media tersebut.
Sebelum ini, BLACKPINK membuat persembahan di State De France pada 15 Julai di mana ianya berjaya menarik hampir 55,000 peminat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: DISPATCH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua insan hebat ini tidak perlu diperkenalkan lagi, nama mereka merupakan ‘jenama’ yang meniti dibibir kebanyakan rakyat Malaysia. Kedua-duanya bermula di dalam bidang seni sebelum menjadi seorang ahli perniagaan seterusnya memanfaatkan kekayaan dan juga populariti yang dikecapi untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Terbaru, Forbes Asia telah menyenaraikan dua bintang dari Malaysia ini di dalam senarai 100 Bintang Digital Forbes Asia. Dalam penulisan yang disertakan bersama penyenaraian itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat aktif dalam membantu peniaga makanan dan restoran yang terkesan disebabkan oleh pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini.
Kini beliau sedang hamil empat bulan. Sumber Gambar: via Instagram CTDK
Dengan kekuatan 7.9 juta pengikut di Instagram, beliau membantu peniaga-peniaga tersebut mendapatkan publisiti yang lebih tinggi. Tahun ini juga penyanyi kesayangan ramai ini telah melancarkan album solo ke-18 dengan tajuk ManifestaSITI 2020 yang mendapat sambutan hangat dari para peminat beliau. Selain itu, pelantun lagu popular kini, Aku Bidadari Syurgamu turut sibuk dengan perniagaan produk kecantikan halal, SimplySiti.
Merupakan alumni Asia Forbes 30 under 30, penyenaraian Neelofa di antara 100 bintang digital Forbes Asia bukan satu perkara yang mengejutkan. Bahkan ini merupakan satu penanda aras yang wanita asal Kelantan ini dan juga merupakan Dewi Remaja 2009/2010 seorang personaliti yang punya visi yang jelas di dalam hidupnya.
Keputusannya untuk berniqab menerima reaksi positif peminat. Sumber Gambar: via Instagram Neelofa
Baru sahaja berniqab, dia merupakan individu paling ramai pengikut di Instagram di Malaysia seramai 8.2 juta pengikut. Sibuk dengan empayar perniagaan hijab dan busana siap pakai sopan, Naelofar yang dimulakan sejak 2014. Dia kini mengembangkan sayap dengan lebih luas dalam bidang kemanusiaan pula menerusi penubuhan Kasih Neelofa dan terbaru Markaz Tijari yang bertujuan membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan melalui perniagaan khususnya golongan wanita dan pelajar.
Inilah yang dikatakan wanita yang penuh dengan inspirasi. Kehebatan mereka bukan sahaja dalam kerjaya bahkan dalam membantu orang yang memerlukan juga. Tahniah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular di platform Twitter ketika ini lagu terbaharu dari penyanyi rap terkenal tanah air, Malique berjudul Sedih Hati yang turut mengabungkan sebuah lagu nyanyian Allahyarhamah Mona Fandey.
Perkara tersebut didedahkan seorang pengguna Twitter, @arfdy12 yang memaklumkan Malique baru sahaja melancarkan single itu.
Lebih menarik lagi, tajuk lagu berkenaan juga diambil dari bait lirik di dalam lagu nyanyian Mona Fandey itu.
Difahamkan juga lagu Mona Fandey itu dijadikan sebagai ‘intro’ dan ‘background’ pada lagu baharu penyanyi rap tersebut.
“Baru tahu Malique ada keluar new single – Sedih Hati. Lain macam ya bila dengar vibe lagu ini.
“Bila baca komen ada yang cakap intro itu lagu Ratapan Anak – Mona Fandey. Fuhhh, bukan biasa-biasa,” ciapnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut merasakan lagu tersebut mempunyai unsur seram kerana dikaitkan dengan misteri Mona Fandey berikutan kes pembunuhan kontroversi suatu ketika dahulu.
Selain, ada juga segelintir yang teruja dengan hasil karya tersebut dan menyifatkan Malique itu tidak pernah gagal dalam menghasilkan lagu.
Sekadar informasi, Allahyarhamah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tanggal 2 November 2001 di Penjara Kajang, Selangor selepas dia didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Filem tempatan hasil karya anak Malaysia sekali lagi berjaya membawa nama negara ke persada dunia apabila Imaginur tercalon dalam New York Asian Film Festival 2022 yang bakal berlangsung bermula 15 hingga 31 Julai ini.
Filem sains fiksyen ini diarahkan oleh Nik Amir Mustapha yang sebelum ini pernah mengarah dalam filem KIL dan Bisik Pada Langit. Berita ini telah pun dikongsi menerusi laman twitter Finas Malaysia yang menjelaskan bahawa Imaginur bakal dipertontonkan kepada penonton luar negara.
FINAS ingin merakamkan ucapan tahniah kepada filem cereka tempatan, ‘Imaginur’ arahan Pengarah Terbaik FFM26, Nik Amir Mustapha yang terpilih mewakili Malaysia dan telah diumumkan menembusi seleksi pencalonan Filem Cereka Terbaik (Uncaged Award for pic.twitter.com/4PisvYByv2
Imaginur menerima pencalonan dalam kategori Filem Cereka Terbaik (Uncaged Award for Best Features Film Competition) bersama enam lagi filem Asia yang lain yang tercalon dalam festival filem tersebut.
Dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle, filem ini dikhabarkan bakal ditayangkan di pawagam Malaysia dalam masa terdekat ini.
Namun begitu, disebalik kejayaan filem fiksyen tempatan ini, pelakon wanita Imaginur dilihat telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak mampu menyertai festival filem tersebut kerana tiada dana untuk trip ke sana.
But we couldnt afford to go bc we don’t have funds to cover the trip, oh well https://t.co/6Zuf0mnQeb
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada seluruh tenaga produksi filem Imaginur kerana berjaya menempatkan diri ke festival filem antarabangsa walaupun belum lagi ditayangkan di Malaysia. Semoga lebih banyak karya anak tempat mendapat pengiktirafan luar negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...